Kecur air liur sungguh tengok daging bakar harimau menangis ni. Dengan nampak juicy dan menyelerakan, kini boleh dibuat dengan mudah saja menggunakan air fryer (AF).
Memang menjimatkan dan dapur pun tak berkecah kan dengan kesan minyak merata-rata.
DAGING BAKAR HARIMAU MENANGIS GUNA AF & SOS ALA THAI
BAHAN UNTUK PERAPAN DAGING:
½ kg daging 3 ulas bawang putih | ditumbuk 1 sudu besar lada hitam | ditumbuk 1 sudu kecil garam 2 sudu besar sos tiram – beli online di sini 2 sudu besar sos ikan – beli online di sini 3 sudu besar gula perang
Ads
CARA-CARA:
1.Campur semua bahan di atas dengan daging dan perap selama 2-3 jam. Lagi lama lagi sedap rasa daging. 2.Kelar daging atau cucuk dengan garfu supaya bahan-bahan perapan dapat meresap ke dalam. 3.Bakar dalam Air Fryer (AF) dengan suhu 180C selama 25 minit. (selepas 15 minit, balikkan dan bakar lagi 10 minit).
BAHAN SOS ALA THAI:
Ads
4 ulas bawang putih | ditumbuk – beli online di sini 10 biji cili padi | ditumbuk – beli online di sini 2 biji cili api | dihiris 2 sudu besar sos ikan 3 sudu besar sos tiram 3 sudu besar gula perang – beli online di sini 1 bawang merah | hiris nipis – beli online di sini 2 biji air perahan limau Sedikit daun ketumbar
CARA-CARA:
Satukan semua bahan di atas mengikut selera anda dan kacau sebati.
Kek Cheese /Kek Kejuhomemade sedap ni memang sangat mudah untuk dicuba. Bahan-bahan sangat ringkas malah cara penyediaannya pun mudah. Bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam pembuatan kek keju, resipi perkongsian saudari Nor Atikani antara yang terbaik yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK: 1. Pecahkan telur dan asingkan kuning dan putihnya. Letak dalam bekas berlainan.
2. Masukkan krim keju ke dalam bekas. Lembutkan. Kemudian masukkan kuning telur.
3. Sebatikan kedua-dua bahan ni hingga sebati menggunakan pemukul tangan (whisk).
4. Masukkan tepung naik sendiri dan tepung jagung yang telah diayak bersama. Gaul sebati.
5. Seterusnya, panaskan whipping cream bersama mentega hingga cair menggunakan Teknik double boiler.
6. Setelah cair, masukkan campuran whipping cream tadi ke dalam adunan tepung.
7. Pukul sehingga semua bahan sebati dan tidak berketul. Ketepikan.
8. Untuk membuat meringue, pukul putih telur menggunakan mixer hingga berbuih.
9. Kemudian masukkan gula ising dan cream tartar.
10. Pukul lagi adunan hingga bertanduk.
11. Ambil senduk adunan putih telur dan masukkan ke dalam bekas adunan tepung tadi. Ratakan.
12. Kemudian masukkan lebihan adunan putih telur. Kaup balikkan hingga rata dan sebati.
13. Ambil loyang dan alaskan dengan baking paper. Tuang adunan kek tadi.
14. Panaskan ketuhar pada suhu 160C. Bakar kek guna teknik Water Bath selama 1 jam lebih. Ketuhar mungkin berbeza jadi kena tengok suhu dan masa ikut ketuhar masing-masing. Water bath adalah teknik bakar kek dimana perlu letak air panas di dalam tray sebelum dimasukkan loyang kek.
15. Bila kek dah keperangan, bolehlah dikeluarkan. Sedia untuk dinikmati ikut citarasa masing-masing.
Siapa yang tak suka makan lauk-pauk warisan orang lama. Sajian kali ni bukan orang Johor aje suka, semua rakyat Malaysia pun boleh ‘jatuh cinta’ dengan masakan ni.
Ni min kongsikan 4 sajian dari daging, sotong dan tempe. Resipi No 4 jangan lupa semak,Nasi Beringin tapi diolah sikit letak daun pudina dari hotel The Pearl KL. Resipi yang lain tu dari Bunga Lawang Cafe dan Hotel Seri Petaling, KL. Cubalah nanti, sedap teramat tau.
1. DENDENG DAGING
Bahan-bahan :
1 kg daging batang pinang
1/2 kg cili merah/ buang biji dan kisar kasar
1/2 kg bawang besar/dikisar
Sedikit kicap (gabungan kicap manis dan kicap pekat
2/3 sudu makan cuka
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak: 1. Rebus daging hingga lembut. 2. Hiris daging nipis dan ketuk atau tumbuk hingga kembang. Air rebusan daging jangan dibuang. 3. Goreng daging hingga garing. Angkat dan ketepikan. 4. Panaskan minyak, tumis cili merah dan bawang besar yang telah dikisar. 5. Apabila cili sudah masak dan naik minyak, masukkan air rebusan daging, kicap dah cuka. Kacau rata. 6. Apabila sudah pekat, masukkan daging dan gaul sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Saiz hidangan : 6-7 orang Masa memasak : 40 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Dendeng boleh tahan lama, jika disimpan dalam bekas kedap udara
INFO CHEF: Dendeng sedap dimakan dengan ketupat dan roti selain nasi. Daging diketuk supaya ia jadi lembut dan cepat empuk.
2. SOTONG MASAK HITAM
Bahan-bahan :
6- 7 ekor sotong saiz sederhana
*3 ulas bawang putih /ditumbuk
*1/2 inci halia /ditumbuk kasar
*1/2 inci kunyit hidup /ditumbuk kasar
*1 sudu teh serbuk jintan manis
*1 sudu teh serbuk jintan putih
*1 sudu teh serbuk lada hitam
1 labu bawang besar /dihiris bulat
2 – 3 batang cili hidup/ padi
1 batang serai /diketuk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara memasak : 1. Potong sotong bulat2 dan bersihkan macam biasa tapi dakwatnya JANGAN DIBUANG. 2. Kemudian tos dan ketepikan. 3. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan-bahan bertanda *. 4. Lepas tu, masukkan dakwat sotong dan biarkan sekejap. 5. Kemudian masukkan sotong, dan tunggu sampai sotong keluar air. 6. Kemudian masukkan cili dan bawang besar dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Saiz hidangan : 3 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Cukup kaya dengan rasa rempah ratus, dakwat hitam memberi aroma yang sedap .
INFO CHEF :Sotong jika dimasak terlalu lama akan menjadi liat, jangan menumis lebih daripada lima minit, cukup sekadar tiga minit sahaja.
3. HATI AYAM DAN SAYUR GORENG JAWA
BAHAN-BAHAN :
300 gm hati ayam
200 gm kacang panjang
6 keping tauhu | digoreng dan dipotong dadu
4 keping tempe | digoreng dan dipotong dadu
100 gm ikan bilis | digoreng dan dipotong dadu
100 gm fucuk | direndam dahulu
150 gm soo hoon | direndam dahulu
20 ml kicap manis
100 gm pes cili kering
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan dihiris :
200 gm bawang merah
100 gm bawang putih
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi. 2. Kemudian masukkan pes cili kering, tumis hingga pecah minyak. 3. Kemudian masukkan kacang panjang, tempe, tahuhu, ikan yang digoreng, soo hoon, fucuk serta hati ayam. 4. Masukkan kicap manis , dan perasakan dengan sedikit garam. 5. Setelah sayur masak, sajian sudah boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 5 orang makan Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Goreng dan tumis Jenis hidangan : Lauk utama, sayuran Keistimewaan : Sambal goreng jawa lebih enak ditambah hati ayam.
INFO CHEF: Sajian popular di Johor dan sedap diratah juga.
4. NASI BERINGIN DAUN PUDINA
BAHAN-BAHAN :
4 cawan beras basmathi
4 cawan santan /diperah dari sebiji kelapa (pekat dan cair)
2 sudu makan minyak sapi atau majerin
2 batang serai /diketuk
5 ulas bawang putih /dicincang
1 biji bawang besar /dihiris
1.5 sm halia /dihiris
2 helai daun pandan / disiat dan disimpul
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 sudu makan halba
Garam secukup rasa
100 gm daun pudina /dikisar dengan sedikit air
CARA MEMASAK : 1. Basuh berat terlebih dahulu dan toskan. Rendam dahulu sekurang-kurangnya setengah jam. 2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali dan tumiskan bawang, bawang putih, serai, halia, bersama rempah empat sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih) dan halba hingga naik bau. 3. Sediakan periuk nasi dan masukkan beras basmathi yang telah ditoskan bersama bahan tumisan tadi. 4. Kemudian masukkan santan, dan daun pudina yang telah dikisar dan daun pandan. 5. Tambahkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan apabila kuah pekat dan surut, tutup periuk dan kecilkan api. 6. Biarkan nasi hingga masak, dan kacau sesekali supaya ia berderai. 7. Taburkan daun pudina dan bawang goreng sebelum dihidang
Saiz hidangan : 10 orang Masa memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan didih Jenis masakan : Nasi Keistimewaan : Seakan rasa nasi lemak, tetapi kurang rasa lemaknya. Ramuan halba dan rempah menjadikan ia lebih berempah dan beraroma.
INFO CHEF : Nasi beringin sangat popular di Muar, Segamat dan Batu Pahat, Johor. Ia adalah masakan tradisi orang Johor lama.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sup sederhana masak ala cina yang menyegarkan dan sesuai makan ketika masih hangat.
SUP MI SUAH ALA CINA
BAHAN-BAHAN:
*5 biji bawang merah (ditumbuk)
*8 biji bawang putih (ditumbuk)
*Sedikit halia muda (ditumbuk)
Sos tiram
Minyak Bijan
Garam
Lada sulah
Ayam (terpulang suka bahagian mana)
Daun sup
1 kiub pati ayam
Sawi
2 biji telur
Lobak merah
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan renjiskan dalam 3 kali renjis minyak bijan dan tumiskan bahan yang sudah ditumbuk.
2. Bila sudah naik bauk letakkan 3 sudu besar sos tiram dan satu kiub pati ayam.
3. Masukkan bahan-bahan lain seperti lobak merah, bebola ikan dan ayam.
4. Selepas itu masuk 3 cawan besar air. Lebih sedikit supaya ayam empuk dan mi suah itu nanti akan kembang dan menyerap air. Masuk garam secukup rasa.
5. Sudah mendidih dan masak dalam 20minit sup itu, masuk sayur dan pecahkan 2 biji telur. Biar masak sekejap.
6. Kemudian masukkan mi suah. Masuk tidak sampai seminit, kacau dan tutup api. Mi suah jangan bagi kembang nanti kurang sedap. Renjiskan sedikit lada sulah ikut citarasa anda.
7. Akhir sekali taburkan daun sup dan bawang goreng (kalau suka)
INFO: Untuk rasa pedas boleh makan bersama cili potong dengan kicap cair.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!