Sandwich lof ayam menu sarapan untuk suami dan anak-anak. Nak sediakan hidangan ini pun tak susah. Buat cantik-cantik dan potong macam beli sandwich mahal kat kedai mesti anak dan suami suka.
Jangan lupa tambah hidangan lain seperti telur dan juga kentang goreng untuk cemilan bersama. Zurina Zulkefli berkongsi resipi sandwich yang sering dibuat untuk bekal suaminya ke pejabat. Memang nampak sedap dan menyelerakan. Nak buat untuk bekal anak ke sekolah pun sesuai
Sandwich Lof Ayam
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
– 4 KEPING ROTI MIL (Wholemeal Bread). Panggang roti di atas kuali untuk mendapat permukaan yang rangup. Jangan panggang terlalu lama sebab kita tak nak roti sandwich liat. Sapu sendikit marjerin pada setiap kepingan roti.
– 2 KEPING LOF DAGING AYAM. Goreng di atas kuali sehingga masak.
– 6 HIRISAN TIMUN JEPUN. Timun setelah dihiris, mesti dilap kan supaya timun tidak berair. Taburkan secubit lada hitam dan garam ke atas timun.
– 6 HIRISAN LOBAK MERAH. Kemudian hiris lagi memnjang bentuk jejari. Campurkan satu sudu besar mayonis dan gaul sebati.
– 2 HELAI DAUN SALAD. Basuh dan keringkan.
– 1 KEPING KEJU
– Sos bijan panggang
Cara menyediakan sandwich:
1. Letakkan kepingan roti yang pertama. Kemudian lipat helaian daun salad
Ads
Letakkan satu kepingan lof daging ayam.
Kemudian tutup dengan kepingan roti yang kedua. Sapukan marjerin.
Letakkan satu kepingan keju.
Letakkan lobak merah yang digaul mayonis. Kemudian tutup lagi dengan kepingan roti yang ketiga.
Susun hirisan timun jepun.
Letak kepingan lof daging ayam yang kedua di atas hirisa timun.
Letak sedikit sos bijan panggang. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang ke empat (terakhir).
Siap sandwish 3 tingkat.
Nota:
Setiap potongan sandwich mesti dibaluti tisu kertas supaya sandwish terletak kemas dan tidak berterabur.
Potong sandwich menggunakan pisau potong roti. Wajib guna yang ini kalau nak potongan sadnwich yang cantik. Teknik memotong, pisau mesti senget ke hadapan, InsyaAllah menjadi.
Anak-anak yang memilih makan ni pasti merisaukan ibu bapa. Bukan apa, bimbang diri mereka kekurangan zat yang sepatutnya diterima. Ada idea yang geng mak-mak boleh cuba. Di pasaran, ada banyak dijual capati sejukbeku kan? Capati bukan sahaja boleh dinikmati bersama kuah dhal, malah jika anda inginkan kelainan, doh capati sejukbeku boleh dijadikan ‘base’ untuk piza. Menarik kan? Anak-anak comfirm suka. Malah, selain capati sejuk beku, boleh juga menggunakan paratha sejuk beku untuk hidangan ini. Memang mudah dan cepat disediakan.
BAHAN-BAHAN:
1 keping capati sejuk beku | dimasak hingga keperangan
1 keping isi dada ayam | dihiris nipis
20gm bawang putih | dicincang
1/2 cawan bawang besar
3 sudu makan puri tomato
1 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh oregano
1/4 sudu teh lada sulah
1/4 sudu teh lada hitam
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
HIASAN PIZZA:
1/2 biji bawang besar | dihiris
1/4 cawan keju mozarella
1/4 cawan lada benggala hijau dan kuning | dihiris memanjang
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan tumis isi ayam yang telah diperap bersama garam dan lada hitam sehingga separuh masak.
Masukkan puri tomato sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan garam,oregano, serbuk cili dan lada sulah.
Dalam kuali berasingan, tumiskan bawang besar dan lada benggala untuk hiasan pizza sehingga sedikit layu. Angkat.
Sudukan isi ayam dan kuah tomato yang di masak tadi ke atas capati.
Hiaskan dengan bawang besar,lada benggala dan taburkan keju mozarella dengan secukupnya.
Bakar pada suhu 180°C selama 5 minit atau sehingga keju cair. Siap untuk dihidangkan.
Bila bab makan pagi untuk anak-anak, mestilah kena yang mudah dan sedap. Anak-anak memang teruja nak makan tapi mak-mak kena pandai nak sesuaikan menu yang sesuai.
Jadi, apa kata kita kongsikan 4 resipi mudah sarapan untuk anak-anak, bagi menggalakkan mereka untuk makan pagi. Sangat senang resipi yang dikongsikan Afzal Sukasuki ni.
PAI CARBONARA
BAHAN-BAHAN:
Roti paratha (saya guna Royale Paratha Fatihah) Bawang holland | dipotong dadu – beli online di sini 400gm daging cincang | dicuci bersih 1 tin sos carbonara – beli online di sini 1 biji kuning telur (untuk disapu atas roti) Sayur campur (optional)
CARA-CARA:
1. Goreng daging cincang terlebih dahulu sehingga kering. Angkat dan dibiarkan sejuk seketika. Tumis bawang holland. Masukkan daging cincang yang siap digoreng tadi. 2. Kemudian masukkan sayur campur (optional). Masukkan sos carbonara. Masak sehingga mendidih sebelum diangkat dan dibiarkan sejuk seketika.
3. Potong roti paratha kepada 2 bahagian. Letak bahan-bahan carbonara tadi sebagai inti ke dalam doh roti paratha.
4. Boleh kelim tepi roti paratha tadi menggunakan garfu. Sapu kuning telur pada atas doh carbonara. 5. Masukkan ke dalam air fyer selama 15 minit pada suhu 180°C. Dah siap, boleh dihidang kepada anak-anak.
2. Gulung sosej tersebut dengan potongan-potongan kecil roti paratha tadi. Sapu setiap gulungan sosej dengan kuning telur. 3. Masak di dalam air friyer pada suhu 180°C selama 5 minit. Siap dan boleh dihidang kepada anak-anak.
1. Masak doh di dalam air fryer selama 10 minit pada suhu 180°C. 2. Susun salad, beacon dan sosej di atas roti paratha tadi. 3. Letak sos dan mayonnaise. 4. Siap dan boleh dihidang kepada anak-anak.
* Selain Roti Paratha Original, korang boleh juga guna Roti Paratha Garlic.
Hari tu Min berkunjung ke Sg Academy yang terletak di Putra Majestik, Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Hebat sungguh menu yang ditampilkan oleh Chef Nadzirah Abdul Razak, Mohd Aizat Sha’rani, Wan Noraini Syuhada Mohamad dan Faribusz Anak Kandau.
Dari kiri : Faribusz Anak Kandau, Wan Noraini Suhada Mohamad, Mohd Aizat Sha’rani dam Nadzirah Abdul Razak
Min dengan juru foto Nurul Akma ke sana merakamkan 6 menu antarabangsa untuk isu tahun baru Januari 2019. Kempat pensyarah ni masih muda tau. Masing-masing berusia dari 24 hingga 28 tahun belum pun cecah usia 30 tahun. Tapi resipi yang dikongsi ..fuhh sedap sungguh “Awesome “ lah bakat mereka.
Di tengah tu dari kiri tu Min dan jurufoto Nuru Akma ,hidu aromanya
Nah, min kongsikan 2 reseipi dari sajian Jerman dan England (Britain), nak resipi yang lain kena tunggu majalah RASA isu Januari ya. Semak betul-betul panjang sungguh senarai bahannya. Masyarakat di sana biasanya menjamu makanan ini semasa perayaan Krismas atau Majlis Hari Kesyukuran penganut Kristian, terutamanya sajian Beef Wellington tu .
ENGLAND BEEF WELLINGTON WITH AU JUS
Sedap dimakan dengan Au sos
BAHAN-BAHAN :
150gm daging batang pinang
50gm cendawan tiram
50gm cendawan butang
50gm cendawan portabelo
50ml minyak zaitun
3 gm daun thyme | dicincang halus
6 keping ayam salami
Garam secukup rasa
Bahan Au Jus (sos dari rebusan tulang daging) :
200gm tulang lembu
30gm puri tomato
30gm mentega
30gm tepung gandum
25gm lobak merah | dihiris
15gm saderi | dihiris
50gm bawang holland | dihiris
2gm daun rosemary | dicincang halus
5gm daun parsli | dicincang halus
2gm daun salam | dicincang halus
1 liter air
Bahan Puff pastry:
400gm tepung gandum
50gm mentega
220ml air sejuk
300gm pastri majerin
*atau puff pastry siap ada dijual pasar raya
CARA MEMASAK :
1. Potong daging membentuk silinder. Kemudian panggang seketika diatas api sehingga menjadi keperang-perangan sekelilingnya. Angkat dan asingkan
2..Kemudian kisar semua cendawan bersama daun thyme, sehingga hancur.Tumis cendawan dengan sedikit mentega sehingga masak.
3. Kemudian hiriskan lobak merah ,bawang Holland dan saderi.
4. Kemudian dalam satu dulang letakkan pula tulang lembu. Tabur lobak merah,saderi dan bawang Holland di sekeliling tulang lembu.Tuang tomato puri diatas tulang lembu tadi.Bakar sehingga 20 minit.
5. Dalam satu mangkuk lain campurkan tepung gandum,air ,garam, majerin pastri dan mentega. Gaul sehingga menjadi doh. Uli dan canai rata doh puff pastri serta lipatkan menjadi segi empat. Rehatkan seketika dalam peti sejuk ‘chillers’.
6. Ulangi proses sehingga 10 kali lipatan. Rehatkan sekurangnya 10 minit selepas setiap kali mencanai dan melipat.
7. Angkat tulang lembu yang telah dibakar tadi. Masukkan ke dalam periuk dan masukkan 1 liter air. Rebus sehingga mendidih.
8.. Selepas itu, dalam periuk lain masukkan ½ liter air rebusan tadi, masukkan rosemary dan daun salam gaul seketika, selepas itu masukan mentega dan sedikit tepung gandum. Tutup api selepas sos menjadi pekat dan warna perang. Ketepikan untuk dihidangkan bersama beef wellington .
9. Ambil puff pastry canai rata dan kemudian susun ayam salami di atas doh puff pastry pada lapisan pertama.
10. Pada lapisan kedua letakkan cendawan yang telah dimasak tadi,ratakan menjadi satu lapisan nipis.
11. Pada lapisan ketiga letakkan daging batang pinang.Selepas itu sapukan telur disekeliling doh puff dan gulung menutupi daging tadi.
12. Panaskan ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius.Bakar sehingga 30 minit.Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan:1-2 0rang
Waktu memasak: 2 jam
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Puff pastry daging (sajian England)
Keistimewaan: Pasti dengan inti daging berjus dan ayam salami memang lazat dengan pastri yang lembut dan rapuh. Sedap dimakan bersama Au jus (sos dari rebusan tulang lembu)
Info Chef : Masakan istimewa disajikan pada perayaan hari kesyukuran dan Krismas oleh penganut Kristian.
GERMAN SPAETZLE SAUBIAN
BAHAN-BAHAN :
Bahan spaetzle :
240gm tepung gandum
1biji telur
5gm serbuk lada hitam
5gm serbuk cili
5gm garam
5gm mentega
Bahan ditumis :
200gm kepingan ayam ham | dipotong halus
50gm daun parsli | dicincang halus
35gm lada benggala hijau | dipotong kiub kecil
30gm bawang holland | dicincang halus
20gm bawang putih | dicincang halus
15ml minyak zaitun
3gm serbuk cili
2gm daun rosemary |dicincang halus
2gm thyme | dicincang halus
Garam secukup rasa
60ml susu segar
Keju parmesan secukupnya sebagai hiasan dan melazatkan rasa
CARA MEMASAK :
1. Dalam periuk besar isi air dan biarkan hingga mendidih. Sementara itu ayakkan tepung ke dalam mangkuk
2. Dalam mangkuk lain, pukul telur dengan garam dan air.
3. Secara beransur-ansur tambahkan campuran telur ke tepung dan pukul bersama dengan tangan atau menggunakan pengadun elektrik sehingga adunan dipukul dengan baik dan berbuih, tanpa sebarang ketulan.
4. Bentukkan doh menjadi spaetzle (mi berbentuk butiran kecil),kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih sehingga masak.
5. Selepas 3-5 minit setelah spaetzle masak ( terapung atas air), keluarkan dan toskan sehingga tiada air. Ketepikan
6. Gaulkan spaetzle dengan mentega dan tambah sedikit garam dan lada secukup rasa.
7. Dalam kuali panaskan minyak, tumiskan bawang putih ,bawang holland, lada benggala dan dada ayam dan letakkan serbuk cili,rosmary dan thyme.Tambahkan sedikit garam sehingga cukup rasa.
8. Masukkkan spaetzle dan gaulkan dengan bahan tumisan, tuangkan susu segar dan masak seketika . Tutup api dan hidangan siap disediakan.
Saiz hidangan:1-2 orang
Waktu memasak: 25 hingga 30 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Masakan mi telur (Jerman)
Keistimewaan: Rasa pasta telur gandum yang lembut dan rasa berkrim susu
Anggaran kos: RM 20
Info Chef : Spaetzle mi dibuat dari tepung gandum atau mi telur ini juga terkenal di Hungary, Switzerland dan beberapa bahagian Eropah. Boleh dibentukkan doh mi dengan ditekankan di dalam tapis.
TERIMA KASIH : SG ACADEMY, Putra Majestik , Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. www.sgacademy.edu.my
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!