Sambal tempe ikan bilis ni kena buat manis-manis sikit. Selain sedap dimakan dengan nasi, boleh juga ratah macam tu je. Ada yang buat kering dan rangup dijadikan sebagai kudapan. Resipi yang dikongsikan ni sangat senang, tapi tetap sedap. Tempe ni kesukaan masyarakat jawa. Jadi kalau ada yang nak cuba, RASA berikan resipi di sini. Mudah untuk korang cuba masak sendiri. Try tau.
Ads
SAMBAL TEMPE IKAN BILIS
Bahan-Bahan
• Minyak masak
• Tempe (dipotong nipis)
• Ikan bilis (digoreng garing)
• 3 ulas bawang putih (cencang halus)
• Cili kering (dikisar dapatkan 4 sudu besar)
• 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
• Garam secukupnya
• 3 sudu besar gula
• 1 sudu besar gula merah
Cara membuat
1. Panaskan minyak masak. Goreng tempe, ketepikan.
2. Goreng ikan bilis, ketepikan.
3. Kurangkan minyak masak tadi. Tumis bawang putih sampai kuning. Masukkan cili kering. Tumis sampai garing.
4. Masukan bawang besar, garam, gula, gula merah. Masak sehingga bawang besar layu dan tumisan nampak warna gelap.
5. Tutup api. Biarkan sambal ni betul-betul sejuk.
6. Akhir sekali, gaulkan tempe dan ikan bilis dengan sambal sehingga rata. Siap.
Anda suka makan salad tapi tak tau macam mana nak buat sedap macam makan kat restoran makanan barat tu. Jangan risau sebenarnya sos campuran untuk makanan pembuka selera yang sihat ini mudah sangat disediakan dan ada banyak jenis yang boleh dipandankan ikut kesesuaian bahan salad yang anda semua gunakan. Berikut ada enam jenis sos salad yang boleh anda gunakan.
.
Sos Thousand Island Sos Tousand Island antara sos popular di kalangan masyarakat Malaysia. Untuk menyediakan secara home made, anda hanya perlu campur manyones, sos cili, tomato, garam, gula, serbuk lada hitam, bawang putih cincang dan sedikit mustard. Kacau sebati, Setelah siap sos sedia dihidangkan bersama salad pilihan anda. Sesuai untuk salad jenis dedaun rangup.
Sos Blue Cheese Sos Blue Cheese berwarana putih, teksturnya pekat dan rasa masam. Ia biasa digunakan sebagai sos pencicah untuk makanan bergoreng seperti, kentang atau ayam goreng. Jika ingin menyediakan sos ini di rumah, anda hanya perlu campurkan mayones, susu cair, yogurt, sebuk bawang Holland dan serbuk bawang putih. Kacau rata sebelum sedia dihidangkan dengan makanan yang anda goreng.
.
Sos Ranch Dressing
Sos ini paling disukai di kalangan masyarakat barat, berwarna putih dan mempunyai rasa khusus yang sedikit masam dan pedas. Ia adalah campuran mayones, jus lemon, bawang putih cincang, garam halus, serbuk lada hitam, buttermilk, bawang Holland, biji sawi, paprika dan herba parsly. Sos ini sesuai untuk sayuran batang dan keras teksturnya. Contoh, brokoli, lobak merah dan timun. Ia juga sesuai dijadikan sos pencicah untuk nachos dan kentang goreng.
Sos Honey Mustard
Sos ini rasanya masam, sedikit manis dan hangat lada hitam, bagi menyediakan sos ini, anda hanya perlu campurkan madu, mustard dengan tambahkan sedikit minyak zaitun. Sangat sesuai disajikan bersama makanan yang ingin digabungkan dengan rasa manis sos tersebut.
Sos Asian Peanut
Sos ini sinonim dengan masyarakat Asia Tenggara, terutama Malaysia dan Indonesia. Digunakan sebagai kuah sate dan pecal. Jika anda ingin menggunakan sebagai sos salad, tekstur perlu lebih halus. Ia menggunakan kacang tanah goreng kisar, daun limau purut, kicap manis,cili, bawang putih, bawang merah, garam dan gula secukupnya. Rasa sos ini manis pedas yang sedap.
Sos Vinaiaagrette
Sos Vinaigrette adalah sos salad paling mudah disediakan. Ia adalah campurana garam, cuka, serbuk lada hitam dan minyak zaitun atau minyak salad. Rasanya adalah masam dan sedikit pedas lada hitam. Sebagai tambahan dalam salad anda boleh campurkan paprika, hirisan bawang Holland dan jus lemon.
Walaupun semua sos ini boleh dibeli di pasaraya tetapi sesekali anda sediakan sendiri secara homemade apa salahnya…
Apabila berada di dapur, antara benda paling renyah nak buat adalah menyiapkan bahan-bahan atau orang panggil sebagai ramuan. Apa kata kita buat siap-siap bahan perencah untuk dijadian ramuan dalam makanan yang bersesuaian. Pes begini sebenarnya boleh digunakan dalam banyak masakan.
Jadi, ianya memudahkan kerja di dapur. Misalnya nak masak nasi goreng. Anda dah tak perlu nak mengupas bawang, perisi ikan bilis, menumbuk belacan dan sebagainya. Hanya tinggal tumiskan pes ini dan nasi. Kalau nak tambah sotong atau udang, itu terpulang. Senang kan?
PES BELACAN SERBA GUNA
Bahan-bahan
10 biji cili padi
2 biji cili merah (nak letak semua cili padi pun boleh)
Belacan sebesar ibu jari
Air
Minyak masak untuk menumis
2 sudu teh sos tiram
Sedikit gula
Cara memasak
1. Kisar cili padi, cili merah dan belacan bersama sedikit air.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
3. Masukkan sos tiram serta gula dan masak sehingga pecah minyak. Pastikan selalu dikacau bagi mengelakkan pes hangit.
4. Padamkan api dan sejukkan. Simpan di dalam bekas bertutup.
TIP:
1. Boleh juga masukkan ikan bilis dalam bahan untuk dikisar. Cuma kalau dah masukkan ikan bilis, sos tiram kena kurangkan kerana takut terlebih masin.
2. Jika mahu buat dalam jumlah yang banyak, gandakan kuantiti bahan-bahan di atas.
Sambal Tahun paling mudah, sedap dan cepat disediakan. Selain sedap dimakan bersama nasi, boleh juga makan dengan pulut atau lemang. Memang padu! Yang mana suka menu pedas, ni salah satu hidangan yang boleh dicuba.
SAMBAL TAHUN
BAHAN-BAHAN:
3 genggam cabai burung / cili burung
3 genggam ikan bilis
5 biji bawang merah
1 labu bawang putih
1 inci halia
2 apket taucu
Belacan – sebesar ibu jari
Air asam jawa
Santan pekat – dari 1 biji kelapa
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ikan bilis pula ditumbuk kasar.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Kemudian masukkan cabai burung dan ikan bilis.
4. Seterusnya masukkan taucu, belacan dan air asam jawa.
5. Tambahkan santan dan perasakan dengan garam serta gula. Kacau rata.
6. Masak sehingga Sambal Tahun menjadi agak pekat.