Siapa yanga rasa tak sah raya kalau takda Sambal Paru & Masak Lodeh Jawa. Dua menu ni sangat sedap dipadankan dengan nasi impit atau lemang, Dengan rasa pedas sedap memang sesuai sesangat menu ni dihidangkan di Hari Raya.
SAMBAL GORENG PEDAS PARU
BAHAN-BAHAN:
500gm paru | cuci bersih
1 biji bawang besar | mayang halus
Garam gula secukup rasa
1 biji limau nipis | ambil jus
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
8 biji cili merah
8 biji cili padi
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2cm halia muda
2 batang serai | hiris
CARA MEMASAK:
Rebus paru hingga empuk, angkat dan toskan.
Hiris nipis paru, kemudian gaulkan dengan sedikit garam.
Goreng hingga garing, ketepikan.
Menggunakan kuali lain, tumiskan hirisan bawang hingga layu.
Masukkan bahan kisar, tumis hingga garing dan timbul minyak.
Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, kecilkan api dan masukkan paru.
Tutup api dan gaul paru dengan sambal hingga rata.
Angkat dan sambal paru sedia dihidangkan.
MASAK LODEH JAWA
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | hiris tebal
2 biji kentang | hiris tebal
2 keping tauhu | hiris tebal
1/2 isi dada ayam | hiris kecil
3 keping fuchuk | rendam supaya lembut
Sedikit suhun rendam
5 batang Kacang Panjang | potong 2cm
4 batang anak jagung | hiris serong
1/2 batang lobak merah | hiris kecil
2 biji cili merah | hiris
2 biji cili hijau | hiris
Sedikit hirisan kubis
500ml santan pekat
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
Ads
20 biji cili padi
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2cm halia muda
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak goreng kentang tauhu dan tempe secara berasingan (jangan terlalu garing).
Keluarkan minyak, tinggal sedikit minyak dalam kuali untuk menumis.
Tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar, tumis hingga wangi dan pecah minyak,
Seterusnya masukkan isi ayam, kacau hingga layu,baru masukkan fuchuk dan sayuran lainnya.
Setelah sayur layu masukkan bahan goeng, suhun serta santan pekat dan air asam jawa.
Kecilkan api, kemudian perasakan lodeh dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, dan kuah pekat. Tutup api dan sayur lodeh sedia dihidangkan.
Selain menggunakan telur ayam, hidangan ini juga enak jika menggunakan telur itik. Menu ini memang ringkas dan cepat. Sangat sesuai bagi ibu-ibu yang kurang masa untuk ke pasar bagi membeli bahan-bahan basah.
BAHAN-BAHAN:
50 biji telur gred B | direbus dan dibuang kulit
400gm serbuk rempah kurma | dibancuh dengan sedikit air
8 biji ubi kentang | dibuang kulit dipotong empat
12 biji cili besar hijau | dikisar halus
300ml air
8 biji bawang besar saiz sederhana | dibelah empat
2 biji bawang besar | dihiris halus
2 labu bawang putih | dihiris
4 inci halia | diketuk kasar atau dihiris halus
Rempah 3 beradik secukupnya
Minyak untuk menumis
3 helai daun pandan | disimpul
4 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Hirisan cili merah dan cili hijau secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumiskan bawang besar yang telah dihiris sehinga naik bau . Kemudian masukkan bawang putih, halia bersama rempah tiga beradik .
Masukkan rempah kurma dan cili hijau kisar. Masak sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan daun pandan dan bawang besar yang telah dibelah empat tadi. Gaul rata.
Masukkan air diikuti santan. Kacau rata. Apabila menggelegak, masukkan telur rebus dan perasakan dengan garam dengan secukupnya.
Masukkan hirisan cili merah dan hijau sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan.
Lauk asam pedas yang diletakkan kelapa bakar boleh dikatakan sebagai lauk yang jarang-jarang ditemui pada hari ini. Cuba korang buat asam pedas macam ni. Sedap sangat. Boleh cuba masak untuk berbuka puasa nanti.
ASAM PEDAS TENGGIRI KELAPA BAKAR
BAHAN-BAHAN
2 keping ikan tenggiri
3 tangkai daun kesum
4 sudu besar kerisik
1 liter air asam jawa
4 tangkai bendi
Garam secukup rasa
Minyak masak (untuk menggoreng dan menumis)
Kepingan kelapa (dibakar atas api seketika)
BAHAN A
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
15 tangkai cili kering
BAHAN B
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
CARA MEMBUAT
1. Ikan digoreng terlebih dahulu. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dalam periuk. Bahan A ditumis sehingga separuh garing. Masukkan air asam. Biarkan mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan ikan yang sudah digoreng tadi, kelapa bakar, daun kesum dan bendi.
3. Panaskan kuali, tumis bahan B dengan kerisik sehingga garing. Campurkan ke dalam periuk. Masukkan garam. Biarkan 2 minit sebelum matikan api.
4. Sedia dihidang.
Lauk pauk tradisi memang tiada tandingan sedapnya. Buat kita terkenang-kenang. Memang susah nak cari orang menjual lauk pauk sebegini kecuali kalau dimasak sendiri. Contohnya seperti menu pisang muda masak lemak cili api campur bilis & tempoyak. Memang mengembalikan nostalgia lampau. Resipi yang dikongsi oleh
SuiSan Aliezsha menjadi kegemaran kerana ibunya sering memasak menu ini untuk mereka sekeluarga.
Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Campur Bilis & Tempoyak
Bahan-bahan:
Pisang muda- cuci bersih-bersih. Rendam dengan air garam dan asam keping (saya guna pisang emas,ada pisang kapas lagi sedap)
Cili api(ditumbuk)
Kunyit hidup (dtumbuk)
Tempoyak (ikut suka korang letak banyak mana)
Asam keping & ikan bilis
1 1/2 biji kelapa parut (perah amik pati)
*Pisang tu ikut korang banyak mana. Kalau lebih sesisir jangan lupa lebihkan kelapa.Biar betul-betul pekat kuah gulai korang.
Cara memasak: 1.Sediakan kuali,masukkan santan,asam keping,cili api,ikan bilis dan pisang. Masak, kacau sehingga mendidih. 2.Agak-agak pisang hampir lembut, masukkan tempoyak. 3.Pastikan garam secukup rasa.. 4.Siap untuk dihidang.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!