
Sambal ikan pari kering ini memang sedap. Cuma lauk ini dah jarang dibuat memandangkan ikan pari kering ini pun sukar diperoleh.
Tapi kalau terjumpa sila beli dan buat sambal ini. Sedapnya lain macam. Hidang dengan nasi panas dan ulam pun dah cukup. Tak perlu lauk banyak barulah menikmati keenakannya.
Resipi sambal ikan pari kering

Bahan-bahan
Ikan pari kering (nipis lebih sedap & cepat garing)
1 biji bawang besar – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
5 sudu makan cili kering kisar
Garam secukup rasa (ikut masin ikan kering)
Sedikit serbuk perasa(jika suka)
Minyak masak untuk menggoreng
Cara Penyediaan
- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
2. Masukkan ikan pari kering yang sudah dibasuh bersih. Goreng guna api kuat hingga garing.
3. Angkat ikan pari yang dah garing, ketepikan.

4. Kurangkan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris sampai naik bau.
5. Masukkan cili kering kisar, tumis sampai pecah minyak dan betul-betul garing.
6. Perasakan dengan garam dan sedikit serbuk perasa
7. Akhir sekali, masukkan semula ikan pari goreng tadi. Gaul rata sampai sambal serap cantik.
8. Siap! Sedia dihidang panas-panas dengan nasi putih.

Tip Ekstra
- Boleh tambah hirisan bawang besar mentah di akhir sekali kalau suka rasa manis segar bawang.
- Kalau suka sambal lebih berkuah, tambah sikit air masa tumis cili.
- Nak lagi umphh? Tumbuk sedikit ikan bilis goreng dan gaul sekali dengan sambal.
Kredit resipi & foto: Zizah Mizie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ni Dia Tumis Petai Ikan Bilis Dengan Cili Api Sedap Melampau, Makan Sampai Licin



Hidangan petai paling pantas yang boleh kita masak. Tidak perlu bahan yang keterlaluan dan sangat senang untuk di masak. Rasa enak pahit petai, digabung dengan rasa masam, manis dan pedas. Sesuai makan dengan nasi putih atau untuk penggemar tegar petai boleh ratah begitu sahaja.
IKAN BILIS PETAI DAN CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk ikan bilis – goreng garing
- Bawang Putih (Hiris)
- Bawang Holand (Hiris)
- Petai (Belah dua)
- Cili Api (Hiris)
- Garam
- Gula

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holand, garam, gula dan petai.
2. Masukkan cili api. Dah masak semua masukkan ikan bilis yang sudah di goreng garing tu. Kacau sampai sekata.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Marina Ismail
10 Resipi Mudah Ikan Masin & Bilis, Sedap Buat Lauk Tengahari

Ikan masin dan ikan bilis, antara bahan yang pastinya ada di setiap rumah.
Paling senang untuk dimasak, ikan masin dan bilis, sebenarnya boleh membuka selera sebagai lauk sampingan.
Resipi yang dikongsi saudari Nurul Adlina Soaed ini, memang dimasak buat mereka yang pertama kali ingin mencuba menu berasaskan ikan masin dan ikan bilis.
IKAN MASIN KURAU MASAK CUKA

BAHAN-BAHAN:
250gm ikan masin kurau | potong empat segi
2 biji bawang besar | dipotong baji
2 ulas bawang putih | dihiris
6-8 biji cili padi | dibelah hujung
3cm halia muda | dihiris memanjang halus
2 sudu makan
1 sudu sos cili
Gula secukup rasa
Garam jika perlu
Minyak untuk menggoreng dan menumis
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMASAK:
1. Rendam ikan masin lebih kurang lima minit, kemudian cuci bersih dan toskan.
2. Panaskan minyak. Goreng ikan masin atas api sederhana, kemudian ketepikan. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
3. Tumiskan bahan hirisan sehingga layu. Masukkan sos cili dan cuka, gaul rata.
4. Masukkan ikan masin yang telah digoreng. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Angkat dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF:
Selain cuka anda juga boleh menggunakan perahan jus limau mipis atau kasturi.
IKAN MASIN BERLADO

BAHAN-BAHAN:
250gm ikan masin talang | dipotong dadu
1 biji bawang besar | dihiris bulat
3 ulas bawang merah | dikisar kasar
2 ulas bawang putih | dikisar kasar
2cm halia muda | dikisar kasar
1 sudu makan air asam jawa
4 sudu besar pes cili kering
1 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MEMASAK:
1. Rendam ikan masin lebih kurang lima minit. Cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak. Goreng ikan masin dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan bahan kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili.
3. Kacau hingga pecah minyak dan masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:
Jika anda suka boleh campurkan dengan sedikit lobak jeruk manis atau masin.
IKAN SEPAT MASIN MASAK ASAM

BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan sepat masin | diotong dua atau tiga
1 biji bawang besar | dihiris bulat
2 ulas bawang merah | dicincang
2 ulas bawang putih | dicicang
2cm halia muda |dihiris memanjang
6-8 biji cili padi | dibelah hujung cili
3 sudu air asam jawa
1 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan masin dan toskan. Panaskan minyak, goreng ikan masin hingga garing dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan bawang merah, bawang putih cincang bersama hirisan halia hingga wangi.
3. Masukkan cili, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Kemudian masukkan ikan masin yang telah digoreng. Lengkapkan rasa dengan sedikit garam dan gula. Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:
Untuk menghilangkan lendir pada ikan masin, suci dengan cuka. Kemudian toskan.
IKAN TENGGIRI JERUK GORENG BAWANG CILI

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tenggiri jeruk | dipotong empat
1 biji bawang besar | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
2cm halia muda | dihiris
8 biji cili padi | dititik
6 biji tomato ceri | dibelah 4
1 sudu teh air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan masin dan toskan. Panaskan minyak dan goreng ikan masin, kemudian piring dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan sedikit. Tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
3. Masukkan air asam jawa dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula. Kemudian tuangkan bahan tumisan atas ikan masin yang telah digoreng tadi. Hidangkan panas-panas.
INFO CHEF:
Pastikan semasa menggoreng ikan jeruk menggunakan api kecil kerana isi ikan mudah hancur dan hangus.
KARI TULANG IKAN MASIN BERSAMA TERUNG

BAHAN-BAHAN:
300gm tulang ikan masin jenahak | direndam
2 biji terung bulat | dibelah empat
½ liter santan
5 ulas bawang merah | dihiris
4 ulas bawang putih | dihiris
3cm halia muda | dihiris memanjang
3 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan rempah penumis (jintan manis, jintan putih dan halba)
3 sudu makan air asam jawa
1 tangkai daun kari | dileraikan dari tangkai
6 biji cili padi | dibuang tangkai
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Rendam ikan masin sekurang-kurangnya l5 minit. Kemudian toskan.
2. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan dan daun kari hingga wangi.
3. Kemudian masukkan rempah kari dan serbuk cili yang telah dibancuh dengan sedikit air.
4. Kacau rata sehingga pecah minyak, masukkan pula santan, air asam, tulang ikan masin dan terung.
5. Biarkan mereneh atas api sederhana hingga terung empuk. Lengkapkan rasa dengan garam dan gula.
INFO CHEF:
Selain terung, anda boleh tukar dengan kacang bendi. Boleh juga campurkan dengan hirisan tomato.
SAMBAL IKAN BILIS GARING

BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | dikopek
1 biji bawang besar | dihiris
6 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
15-20 tangkai cili kering | dikisar
1 sudu makan sos cili
3 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan. Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
2. Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa gula secukupnya.
3. Kecilkan api dan terus kacau sehingga pes cili agak pekat. Masukkan pula hirisan bawang besar.
4. Apabila pes telah pekat dan secukup rasa masam, masin dan manisnya tutup api. Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.
INFO CHEF:
Gunakan ikan bilis saiz sederhana dan putih kerana ia lebih ranggup. Untuk pastikan pes cukup masam masin dan manisnya, pes akan bertukar warna merah menjadi merah kehitaman.
SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT

BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar
150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus
6 ulas bawang merah | dikisar kasar
2 ulas bawang putih | dikisar kasar
10 tangkai cili kering | dikisasr halus
10 biji cili padi | dikisar halus
1 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
3. Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus.
4. Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi. Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya. Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:
Selain terung pipit boleh juga gunakan lobak jeruk manis atau masin. Tetapi potong dadu kecil.
SAMBAL BILIS TUMBUK

BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis | dikopek
10 tangkai cili padi
½ biji tomato | dibuang biji dadu kecil
1 biji limau nipis
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Cuci ikan bilis dan toskan. Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar.
2. Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk.
3. Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu.
4. Gaul rata, dan sedia dihidangkan. Jika terlalu masam, boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
INFO CHEF:
Selain tomato, boleh juga gunakan belimbing buluh (hiris nipis atau tumbuk bersama ikan bilis).
SAMBAL BILIS BERTELUR

BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dikopek
2 biji telur
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar. Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing. Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
3. Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis. Tutup api angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:
Isi ikan masin talang juga enak dimasak seperti ini tetapi ia perlu didadu kecil sebelum dijadikan sambal dan dicampurkan telur.
IKAN MASIN SAMBAL PETAI

BAHAN-BAHAN:
100 gm isi ikan masin jenahak | dipotong dadu
100gm isi petai
1 biji bawang besar | dihiris
3 ulas bawang merah | dikisar kasar
2 ulas bawang putih | dikisar kasar
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Cuci ikan masin dan petai kemudian toskan berasingan.
2. Panaskan minyak goreng ikan masin dan petai secara berasingan dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili.
4. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan pecah minyak. Masukkan ikan masin dan petai kemudian gaul rata. Tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF:
Petai digoreng terlebih dahulu untuk mengurangkan bau dan ia lebih sedap.
Kredit resipi: Nurul Adlina Soaed
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Lauk Simple, Telur Tomato Sedap & Tak Guna Banyak Bahan
Hidangan Pencuci Mulut Durian Crepe, Sedap Makan Sejuk-Sejuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Sata Ikan @ Sate Ikan Buat Sendiri, Tak Payah Cari Sampai Terengganu

Sata ikan ni memang sajian lazat yang popular dari Terengganu. Rugi tak makan sata ikan bila berkunjung kesana. Ikan yang biasa digunakan adalah ikan sardin atau selayang. Taruh budu sikit tu yang jadi sedap meletop.
Ni kalau ratah memang best sangat ni. Jom semak resipi dari Surita Hassan ni. Tengok bahan ramuannya pun dah tahu sedap.
SATA IKAN

BAHAN-BAHAN :
- 5 ekor ikan sardin/selayang
- 3/4 biji kelapa putih
- 6 biji bawang merah | ditumbuk
- Seinci halia | ditumbuk
- Sedikit daun kesom | diracik halus
- 1 sudu besar cili boh
- 1 biji telur
- Garam,gula dan perisa secukup rasa
- Resepi rahsia budu sedikit
- Cili api | potong kecil, tak nak pedas guna cili besar aje
- Daun pisang layur atas api
CARA MEMBUAT :
1. Ikan ambil isinya
2. Tumbuk atau mesin
3. Gaul dengan bahan yg lain

4. Ambil daun pisang buat kelongsong
5. Bakar/goreng jer atas kuali leper
6. Dah boleh dihidang, makan gitu aje pun cukup sedap.

Kredit : Surita Hassan
Via FB : Resepi Nenek Aku
ANDA SEDANG MENCARI PEMANGGANG ATAU OVEN BARU, JOM LAYARINYA DI SINI. TERDAPAT BANYAK PILIHAN DAN TAWARAN MENARIK.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :

