Sambal bilis bunga kantan petai. Buat makan nasi bertambah-tambah. Lauk simple tapi ‘berbahaya’ orang kata. Sebabnya, boleh buat kita tak berhenti makan. Betul tak?
Aroma bunga kantan yang wangi ditambah pula dengan petai, memang membuka selera sesiapa saja untuk menikmari sambal ini. Kalau beli, harganya mahal juga. Buat sendiri lagi puas hati dan lebih rendah bajetnya. Selain itu, boleh simpan dan boleh tahan sampai seminggu.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Sally Mally ini ye.
Panaskan minyak, Tumis bahan yang telah dikisar kasar tadi hingga pecah minyak.. Tambah sedikit air. Pstikan ia pecah minyak supaya hilang bau maung daripada bahan-bahan tumis tersebut.
Kemudian masukkn bahan perasa garam, gula dan ajinomoto. Masukkn bunga kantan dan sedikit asam jawa. Gaul sebati. Akhir sekali masukakn petai dan masak lagi sekitar dua minit dan tutup api.
Bila sambal dah sejuk baru masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi supaya kekal rangup.
Dh siap!! Boleh makan dengan nasi putih dan telur mata. Bila sambal dh sejuk masukkan dlm bekas kedap udara. Insya-Allah boleh tahan seminggu.
**Sukatan ini tak ada sukatan khusus. Semua agak-agak ikut ikut suka hati.
Kata orang makan kalau tak pedas memang tak berselera. Sebab tulah pelbagai menu kampung mesti pedas dan sambal antara menu wajib ada di meja hidangan.
Sebagai perkongsian bersama, jom kita cuba empat resipi berasaskan sambal yang sekali makan, memang boleh menghabiskan dua pinggan nasi!
SAMBAL TUMIS PETAI BILIS CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
200 gm ikan bilis | kopek 3 papan petai muda| kikis kulit ari & potong dengan kulit-kulit 1 biji bawang besar | hiris 1 sudu makan air asam Jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak secukupnya (untuk menggoreng & menumis)
1. Panaskan minyak secukupnya, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak dan tinggal sedikit untuk menumis. Tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan hirisan bawang dan petai.
3. Kacau rata hingga petai berubaah warna, masukkan air asam Jawa. Setelah kulit petai bertukar warna, masukkan ikan bilis, kacau rata. 4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kecilkan api dan terus kacau hingga pecah minyak. Tutup api dan sambal sedia dihidangkan.
SAMBAL BILIS JERING
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan | kopek 6 biji jering tua | hiris nipis 1 biji bawang besar | hiris 6 ulas bawang merah | kisar kasar 2 ulas bawang putih | kisar 1 sudu makan air asam Jawa 5 sudu makan pes cili kering Garam dan gula secukup rasa Minyak masak (untuk menggoreng & menumis)
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak, angkat dan toskan. 2. Seterusnya goreng jering juga separuh masak, angkat dan tos. Keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis. 3. Tumis bahan kisar bersama bawang besar hingga layu. Masukkan pula pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam Jawa, kacau seketika masukkan pula ikan bilis dan jering goreng tadi. 5. Kecilkan api, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Setelah garing dan cukup rasa, tutup api. Sambal sedia dihidangkan.
IKAN MASIN SEPAT SAMBAL CILI
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan masin | potong atau tiga setiap ekor ikan 3 sudu makan pes cili kering 1 sudu makan air asam Jawa 1 biji bawang besar | hiris 5 ulas bawang merah | kisar 2 ulas bawang putih | kisar 3 biji cili merah | kisar Garam & gula secukup rasa Minyak masak (untuk menggoreng & menumis)
1. Cuci ikan masin kemudian toskan. Panaskan minyak, kemudian goreng ikan masin (guna api sederhana) hingga garing, kemudian angkat dan tos. 2. Keluarkan minyak tinggal sedikit. Tumiskan bawang besar bersama bahan kisar hingga wangi. 3. Masukkan pula pes cili kering bersama air asam Jawa. Terus kacau hingga pecah minyak, perasakan dengan gula dan sedikit garam. 4. Setelah cukup rasa, masukkan ikan masin dan kecilkan api. Kacau rata dan tutup api. Ikan masin sambal sedia dihidangkan.
IKAN TALAPIA SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan talapia | siang, cuci bersih & tos ½ biji bawang besar | hiris 1 sudu makan air asam jawa Garam & gula secukup rasa Minyak masak (secukupnya untuk menggoreng & menumis)
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 15 biji cili padi 1 batang serai
1. Gaulkan ikan yang telah dicuci bersih tadi dengan garam dan serbuk kunyit. 2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. 3. Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan bawang besar. 4. Kacau rata dan masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Setelah cukup rasa dan timbul minyak, masukkan ikan goreng. 5. Tutup api dan gaul rata, kemudian ikan sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Ingin resipi sambal belacan yang ringkas tapi rasa yang padu. Anda boleh jimat masa dengan buat sambal totok yang sangat mudah ini.
Tidak perlu lauk pauk sampingan yang meriah, cukup sekadar makan bersama nasi panas dan ikan goreng atau telur goreng. Buat lebih sebagai stok dan simpan dalam peti sejuk.
RESEPI SAMBAL TOTOK
BAHAN-BAHAN:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (potong kasar)
10 biji bili padi
Belacan (sebesar ibu jari tangan)
Ikan bilis (segenggam)
Gula (satu sudu makan/ kurangkan kalau tak suka manis)
CARA MEMASAK
Mula-mula panaskan minyak, goreng kesemua bawang dan cili padi, biar sampai agak kekuningan, kemudian angkat dan toskan.
Kemudian goreng pula belacan sehingga agak garing (jangan sampai hancur). Angkat dan toskan.
Gorengkan juga ikan bilis sehingga jadi garing, angkat dan toskan juga.
Tumbuk bawang, cili padi dan belacan sehingga jadi lumat. Kemudian masukkan gula dan tumbuk juga hingga lumat.
Akhir sekali, masukkan ikan bilis goreng tadi dan tumbuknya biar sampai ikan bilis itu hancur.
Masakan ini sesuai dimakan dengan nasi yangg suam-suam panas.
Info: Jika suka boleh tambah dengan bahan yang kita suka seperti petai, jering, tomato, belimbing buluh dan sebagainya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hidangan dari Indonesia yang sememangnya menjadi kegemaran ramai. Dihidangkan bersama nasi putih, tempe, tauhu dan ulam-ulaman, rahsia keenakan menu ini semestinya terletak pada ayamnya yang garing tapi lembut serta sambalnya yang power. Jika kedua-duanya sedap, hidangan nasi ayam penyet anda pastinya padu. Nak cuba buat hari ni? Jom tengok resipi perkongsian di bawah ini.
1. Kisar halus bawang merah, bawang putih, buah keras dan lengkuas.
2. Rebus ayam bersama bahan yang dikisar tadi. Masukkan serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan garam. Rebus hingga ayam masak.
3. Bila ayam dah masak, masukkan tempe dan tauhu ke dalam air rebusan. Matikan api. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkan semalaman. ( tujuannya supaya ayam lebih sedap dan betul-betul empuk supaya senang di penyet.)
BAHAN SALUTAN TEPUNG GORENG AYAM
2 cawan tepung beras
1 biji telur
Air rebusan ayam secukupnya
Gula dan garam secukupnya.
CARA PENYEDIAAN:
1. Campurkan kesemua bahan dan tambahkan air rebusan ayam sedikit demi sedikit. Mcm nk buat tepung goreng pisang tu.
2. Tambahkan sedikit garam dan gula. Hati-hati sebab air rebusan ayam dah masin jadi kena pandai-pandai agak.
3. Untuk menggoreng ayam, tauhu dan tempe, mula-mula sekali,toskan ketiga-tiga bahan ini sehingga air kering. Kemudian celupkan dalam adunan tepung.
4. Panaskan minyak kemudian goreng ayam hingga garing. Setelah ayam habis digoreng, barulah goreng tempe dan tauhu.
5. Untuk buat keriuk-keriuk, caranya masa menggoreng ayam, tapis lebihan tepung pada minyak dan toskan pada tisu.
6. Jika nak hasilkan lebih banyak, celupkan jari ke dalam tepung ayam dan renjiskan ke dalam minyak panas. Goreng sebanyak mana yang dikehendaki. Toskan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Nikmati Final Muzikal Lawak Superstar 2025 dengan tema “Clash of Empire”, gabungan komedi, muzik dan persembahan epik untuk tontonan keluarga. Jangan terlepas malam paling lucu musim ini!