Roti Nan Cheese Homemade Sedap & Mudah

Sedapnya Roti Nan Cheese. Kalau makan panas-panas memang terbaik. Jika anda dan keluarga sukakan hidangan ini, bolehlah cuba buat sendiri secara homemade guna resipi perkongsian saudari Nur Amiera. Lebih sedap, mudah dibuat dan boleh makan puas-puas. Selamat mencuba!

Resipi Roti Nan Cheese Paling Mudah

Roti Nan Cheese Paling Sedap. Resipi Mudah Untuk Yang Nak Buat Sendiri Di Rumah

Resipi ini menggunakan bahan yang sangat asas dan mudah diperoleh di rumah. Apa yang menjadikan Roti Nan Cheese ini begitu menarik ialah doh yang lembut, keju yang cair sempurna, serta aromanya yang semerbak ketika dimasak di atas kuali. Rata-rata yang mencuba resipi ini berkongsi bahawa ia lebih sedap berbanding yang dibeli di kedai kerana teksturnya lebih gebu dan rasanya lebih kaya.

Bahan-Bahan:

  • 1kg tepung gandum cap rose
  • 1/2 cawan marjerin
  • 1/2 cawan gula
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 sudu makan yis (mauripan)
  • Keju cheddar (keping) secukupnya

Cara Memasak:

1. Masukkan gula ke dalam air. Kacau hingga sebati. Ketepikan.

2. Dalam bekas berlainan, masukkan tepung gandum, marjerin dan yis. Gaul sebati.

3. Tuang air campuran gula tadi ke dalam tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga tepung tidak melekat di tangan. Pastikan bancuhan tepung tidak keras.

4. Tutup doh dengan tuala lembap selama 1/2 jam.

5. Bila doh naik, tumbuk doh bagi membuang angin.

6. Bahagikan doh dan bulatkan. Leperkan doh, masukkan keju dan canai leper. Biarkan 15 minit.

Ads

Roti Nan Cheese Paling Sedap. Resipi Mudah Untuk Yang Nak Buat Sendiri Di Rumah

Roti Nan Cheese Paling Sedap. Resipi Mudah Untuk Yang Nak Buat Sendiri Di Rumah

7. Panaskan kuali tahan lekat dan masukkan doh tadi. Tutup tudungnya dan masak guna api perlahan. Biar masak di kedua-dua belah.

8. Bila roti dah masak, sapukan sedikit mentega supaya roti nampak berkilat.

Roti Nan Cheese Paling Sedap. Resipi Mudah Untuk Yang Nak Buat Sendiri Di Rumah

Ads

9. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama kari atau sambal tumis ikan bilis. Kalau nikmati bersama Ayam Tandoori pun sedap.

Roti Nan Cheese Paling Sedap. Resipi Mudah Untuk Yang Nak Buat Sendiri Di Rumah Roti Nan Cheese Paling Sedap. Resipi Mudah Untuk Yang Nak Buat Sendiri Di Rumah

Tip Supaya Roti Nan Cheese Lebih Lembut

Jika anda ingin memastikan tekstur Roti Nan Cheese sentiasa lembut, pastikan doh tidak terlalu keras ketika proses menguli. Doh yang sedikit lembut akan menghasilkan roti yang gebu selepas dimasak. Selain itu, biarkan doh berehat dengan cukup lama supaya yis dapat bekerja dengan baik.

Cara Hidangkan Roti Nan Cheese Untuk Keluarga

Roti Nan Cheese Paling Sedap. Resipi Mudah Untuk Yang Nak Buat Sendiri Di Rumah

Roti Nan Cheese sangat sedap dimakan ketika panas kerana keju masih lembut dan cair. Anda boleh hidangkannya bersama pelbagai jenis kuah seperti kari ayam, kari kambing atau sambal tumis ikan bilis. Jika ingin sesuatu yang lebih istimewa, padankan dengan Ayam Tandoori homemade. Aromanya sahaja sudah cukup membuka selera.

Ads

Kesimpulan

Jika anda mencari resipi yang mudah, sedap dan berbaloi untuk dicuba, Roti Nan Cheese homemade ini memang pilihan terbaik. Dengan bahan mudah dan langkah yang tidak rumit, sesiapa pun boleh menghasilkan roti yang enak seperti di restoran.

Kredit resipi & foto: Nur Amiera.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Cara Masak Garlic Nan Homemade Yang Sangat Mudah & Sedap

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI