Kalau ada roti lebih semalam, jangan buang! Campur dengan telur, serbuk perasa, mayones dan goreng rangup, terus jadi menu bajet yang bukan saja mudah dibuat, tapi juga sedap tak terkata. Roti Goreng Telur ni memang penyelamat kalau tengah pokai hujung bulan atau bila nak sarapan/minum petang cepat tapi mengenyangkan. Confirm licin satu pinggan, anak pun suka!
ROTI GORENG TELUR
Bahan-bahan:
10 keping roti putih
5 biji telur rebus | dilenyek kasar
5 sudu besar mayones
1 sudu besar serbuk bawang putih
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Garam
1 sudu besar lada sulah
Cheese slice
Breadcrumbs secukupnya
Telur | untuk salut roti
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk, masukkan telur rebus dan lenyekkan. Masukkan mayones, serbuk bawang putih, sos cili, sos tomato, garam dan lada sulah. Gaul sebati.
Di atas papan pemotong, lenyekkan roti dan letakkan sesudu inti telur mayones tadi. Tambahkan kepingan keju di atasnya. Letakkan sekeping roti di atasnya.
Tekan bahagian hujung roti menggunakan garfu dan boleh salutkan roti bersama telur. Kemudian, salutkan dengan breadcrumbs.
Di dalam api sederhana, goreng roti hingga keperangan.
Siap! Boleh dinikmati ketika Roti Goreng Telur masih panas. Boleh letakkan sos cili di atas roti jika suka.
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Ads
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi sedap dan mudah untuk pai epal buat hidangan seisi keluarga pada waktu pagi.
Resipi pai epal perkongsian daripada Ida Alina Salleh ini juga sesuai untuk anak-anak bawa sebagai bekal ke sekolah. Boleh buatkan saiz kecil-kecil. Bawa untuk berkelah pun boleh.
1. Masukkan semua bahan (kecuali air) dalam food processor. Putar hingga mentega berketul-ketul kecil saiz kacang peas dan bergaul tepung. 2. Masukkan air sejuk sudu demi sudu hingga pastri bergumpal. Bahagi dua. Masukkan dalam bekas dan sejukkan dalam peti ais sejam.
*Elakkan terlalu mengguna tangan. Kepanasan adalah musuh ketat pastry.
8 sudu besar mentega – beli online di sini 3 sudu besar tepung gandum – beli online di sini ½ cawan gula demerara atau gula perang – beli online di sini ½ cawan gula pasir – beli online di sini ¼ cawan air Sebatang kulit kayu manis Sedikit garam 6 biji apple Granny Smith | kupas kulit, buang tengahnya, belah 16 tiap sebiji, gaul dengan sedikit jus lemon
1. Cairkan mentega, masukkan tepung dan whisk seminit atas dapur tanpa berhenti. 2. Masukkan ¼ cawan air, kacau jangan berhenti. Masukkan gula dan kulit kayu manis, masak 3 minit atas api perlahan. Letak secubit garam. Matikan api dan biarkan sos menyejuk sebentar. 3. Ketepikan kulit kayu manis. Gaul sos dengan apple yang telah disediakan. Biar sebentar.
4. Sediakan lapis bawah pastry dalam bekas 9 inci x 13 inci. Masukkan inti. Tutup dengan setengah lagi pastry. Sapu dengan kuning telur. 5. Panaskan oven 205C. Bakar pie 15 minit. Turunkan suhu ke 160C, sambung bakar sejam lagi atau hingga apple lembut.
6. Sejukkan sebelum dihidang. Apple pie tak boleh dihidangkan terus dari ketuhar sebab kuah akan cair dan tak berapa sedap. Saya suka hidang pie ni dengan satu scoop ais krim vanilla.
Pelbagai buah-buahan segar yang dicipta Allah itu ada manfaatnya untuk semua umat manusia. Di antara banyak buah-buhan itu salah satu yang disebutkan Allah s.w.t dalam al-Quran adalah anggur.
Anggur juga adalah buah-buahan yang digemari Nabi Muhammad s.a.w. Memakannya bukan sahaja menjadi amalan sunnah tetapi buah anti oksidan ini juga penuh berkhasiat dan menyihatkan.
Di dalam al-Quran buah yang lazat ini disebutkan sebanyak 14 kali di antaranya surah An-Nahl, ayat 11, Allah berfirman : “Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” Anggur juga memiliki pelbagai khasiat . Di antaranya mengurangi keradangan serta boleh melancarkan perjalanan darah dan membersihkan perut.
Manfaat Kesihatan Anggur:
1.Kesihatan Mata Anggur mempunyai serat, air dan khasiat nutrisi yang mampu menurunkan dan mengawal berat badan. Selain itu khasiat buah anggur juga dapat mencegah kerosakan mata.
Di dalam buah anggur banyak mengandungi lutein dan zeaxanthine, kedua kandungan zat ini percayai boleh mengurangkan risiko kerosakan penglihatan. Lutein merupakan salah satu jenis karotenoid dan ia juga mempunyai kesan anti oksida. Dalam satu penyelidikan sains, didapati bahawa lensa mata manusia mengandungi sedikit lutein dan zeaxanthine.
Menjadi amalan yang baik kita memakan buah anggur yang mengandungi lutein ini yang diyakini boleh menjaga metabolism dalam lensa mata sehingga ia tetap jernih. Tujuannya adalah untuk menjaga metabolisma dalam lensa mata, sehingga tetap jernih.
2. Mencegah Sakit Hati (hepar)
Khasiat buah anggur juga dapat membantu mencegah sakit hati (hepar), buah anggur yang difermentasi daripada kulitnya, dengan kandungan polyphenol-nya memiliki khasiat melindungi segala penyakit yang berhubungkait dengan hati (hepar) manusia.
3. Mencegah Penyakit Strok, Jantung dan Kanser
Khasiat anggur juga dipercayai dapat mencegah daripada penyakit strok, jantung, dan kanser. Menurut Reuter Health (Kaltim Post, 2001), “Wanita muda yang mengamalkan meminum jus anggur merah 1 hingga 2 gelas sehari kurang berisiko untuk mendapat serangan Ischemic stroke (strok yang disebabkan oleh tersumbatnya saluran darah sehingga oksigen tidak pat sampai ke otak). Ini kerana di dalam buah anggur terdapat khasiat flavonoids zat antioksida dan yang berfungsi melindungi tubuh daripada penyakit jantung dan kanser.
Bagamana pun seperti juga makanan yang lain, jangan pula diambil secara berlebihan untuk mengelakkan ia menjadi mudarat pula.
PAI ANGGUR (Resipi ini untukk pie berukuran 23 sm ( 9 inci))
BAHAN-BAHAN : Bahan pastri:
Bahan untuk inti :
CARA MEMASAK : 1. Pastri :Ayak tepung dan garam di dalam mangkuk besar. 2. Kemudian masukkan mentega dan adunkan dalam campuran tepung 3. Renjiskan dengan 10 sudu makan air sejuk ais, satukan dengan doh sehingga ia sebati. 4. Tekan doh menjadi bulatan dan pindahkan ke atas papan canai yang ditabur tepung. 5. Uli seketika sehingga doh sekata. Bahagikan doh kepada dua bebola. 6. Satu bahagian bola biarkan lebih besar sedikit daripada yang satu lagi. 7 .Balutkan di dalam plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama dua jam. 8. Membuat inti : Keluarkan isi setiap biji anggur (pulp dengan biji) dari kulitnya dan masukkan ke dalam kuali bersaiz sederhana, Masukkan kulitnya di dalam mangkuk besar dan ketepikan. 9. Masak isi anggur dengan api sederhana, dan kacau hingga lembut selama lapan hingga sepuluh minit. 10. Kemudian toskan, dan tapiskan ke dalam mangkuk yang mengandungi kulit amggur. 11. Lecekkan dengan belakang sudu, buang biji anggur. 12. Biarkan sejuk sepenuhnya. Kacau gula dengan ubi kayu dan masukkan ke dalam anggur dan ketepikan. 13. Panaskan oven ke suhu 204 darjah celcius. 14. Canaikan bola doh yang besar di atas papan canai yang sudah ditabur tepung. Jadikan membulat dengan ukuran 30.5 sm untuk dimuatkan dalam acuan pai berukuran 23 sm. Tekan kemas di tepinya. 15. Masukkan inti anggur ke dalam pastri dan sapukan sedikit mentega di atasnya. 16. Canaikan bola doh yang satu lagi menjadi bentuk membulat dengan ukuran 25 sm. 17. Tutup inti dengan pastri bulat. Kelarkan sedikit garisan lubang (slits) atas permukaan pai untuk melepaskan stim masa membakar.Kemaskan dan lipatkan doh di keliling tepi acuan pai . 18. Bakar pai untuk 20 minit dan turunkan suhu kepada kurangkan kepada suhu 176 darjah celcius. 19. Teruskan membakar sehingga perang keemasan, selamaka 45-50 minit lagi. Keluarkan dan pai sedia dihidangkan.
2. JUS ANGGUR SUSU/GRAPE MILKSHAKES (Resipi ini cukup untuk dua gelas)
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMBUAT : 1. Masukkan anggur dan susu ke dalam mesin pengisar. 2. Masukkan ais dan madu dan kisar sampai halus. 3. Tuangkan dalam gelas, jus anggur susu siap dinikmati
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jom cuba buat pizza homemade! Resipi perkongsian saudari Amie Samuri ni memang terbaik kerana bahan yang digunakan tidak banyak malah anda tak perlu adun doh guna mesin atau uli banyak kali. Hanya gaul menggunakan tangan je. Mudah kan? Sesuai sangatlah buat untuk anak-anak di musim cuti sekolah ni.
CARA BUAT DOH PIZZA HOMEMADE TANPA ULI
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMBUAT:
1. Satukan semua bahan, adun sebati dan masukkan ke dalam bekas bertutup yang telah disapu minyak. Tutup.
2. Setiap 30 minit, tarik dan lipat doh (stretch and fold). Buat 4 kali. Pastikan tangan dibasahkan dengan air sewaktu membuat proses ini.
3. Sapu acuan pizza (pan) dengan mentega atau minyak. Tekan-tekan doh guna tangan hingga memenuhi pan. Cucuk tengah pizza dengan garpu. Doh memang lembik (high hydration).
4. Untuk inti (topping), boleh sapukan sos pizza dan tabur mozarella. Boleh juga tambah apa-apa inti kegemaran ikut citarasa.
5. Perap pizza selama 1/2 jam. Kemudian bakar pada suhu 180C hingga masak. Sedia untuk dinikmati.
Ada cara mudah untuk hasilkan laksa yang cepat dan dapat disiapkan dalam masa 30 minit, tapi tetap sedap macam kita gunakan ikan segar, iaitu dengan menggunakan sardin dalam tin.