Bila tiba waktu sahur, anak-anak kadang-kadang kurang berselera. Tak makan, nanti kesian pula. Esok pasti lapar. JAdi apa kata anda cuba buat Roti Cheezy Pizzaria ni. Pasti anak-anak suka.
ROTI CHEEZY PIZZARIA
Bahan-bahan untuk Sos Pizza:
Ads
4 sudu makan puri tomoto
1 sudu teh minyak zaitun
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam
Sedikit air (ikut suka nak likat macam mana)
Bahan untuk roti sosej:
Sos pizza yang dah siap tadi
Sosej dipotong dua (boleh rebus atau panaskan dalam microwave)
Keju cheddar
Roti Gardenia
CARA MEMASAK:
1. Buat sos pizza dulu. Masukkan 4 sudu puri tomoto dalam mangkuk dengan bahan-bahan sos yang lain. Kacau supaya sos tu likat ala-ala sos tomato. Jangan cair sangat.
2. Letak sos atas roti gardenia yang dah dipotong dua. Kalau malas potong pun tak mengapa.
3. Susun sosej cantik-cantik atas roti, selimutkan dengan cheese.
Ads
4. Panaskan oven – high temperature (boleh la buat dari awal).
5. Masuk roti sosej tadi, kejap je (dalam 2 – 3 minit) janji cair cheesenya. Lagi pulak temperature tu dah panas dan sosej pun dah masak separuh.
Ads
6. Hidang ketika panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ubi keledek merupakan antara makanan yang cukup popular dalam kalangan masyarakat. Tidak kira Melayu, Cina atau pun India. Kebiasaannya ubi keledek ni kita akan rebus atau goreng. Tak sangka yang ubi keledek juga boleh dijadikan bebola berintikan keju. Ternyata resipi olahan Uncle Joshua Loh ini menjadi dan nampak sungguh menyelerakan.
Paling penting, beliau menggunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella kerana keju ini memiliki tekstur yang lembut dan kenyal serta berkrim dengan kandungan tenusu asli berkualiti tinggi dari Australia. Keju Perfect Italiano Mozzarella ini juga memberi regangan sempurna dan meningkatkan rasa dalam masakan.
Untuk penyediaan doh; potong dan stimkan ubi keledek sehingga lembut.
Masukkan tepung kanji dan air panas. Gaul sehingga menjadi doh.
Di dalam mangkuk, lenyekkan ubi keledek. Tambahkan mentega, serbuk pati ayam, baking soda, gula dan serbuk 5 rempah. Masukkan adunan tepung kanji tadi ke dalam mangkuk. Gaul sebati hingga menjadi doh. Biarkan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
Untuk penyediaan cheese filling; masukkan keju Perfect Italiano Mozzarella di dalam mangkuk.
Masukkan bawang merah, cili merah dan serbuk lada putih. Gaulkan hingga sebati dan bentukkan bulat.
Untuk menyediakan bebola; ambil sedikit doh lalu bentukkan bulat. Tekan pada bahagian tengah dan masukkan kiub keju. Bentukkan bulat.
Panaskan minyak di dalam kuali, goreng bebola sehingga keperangan dan berbentuk seakan honeycomb. Keju akan mencair di dalam. Hidangkan panas.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web RASA:
Nak cuba buat sesuatu yang sedap dan menyihatkan? Cuba buat mentega kacanghomemade tanpa gula ni. Jika beli di kedai, mentegakacang versi ini memang harganya lebih mahal dari yang biasa. Tapi usah risau kerana sekarang anda boleh hasilkan sendiri. Menarik kan? Jom lihat resipi perkongsian saudari Siti Iela dan bahan-bahan yang diperlukan.
MENTEGA KACANG HOMEMADE TANPA GULA
BAHAN-BAHAN:
500gm kacang tanah tanpa kulit
CARA MEMASAK:
1. Sangai kacang tanah tanpa minyak. Guna api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak hangus.
2. Masak hingga kacang jadi seperti ini.
3. Kisar kacang menggunakan pengisar kering.
4. Kisar sehingga mendapat tekstur likat seperti ini.
5. Siap untuk dinikmati.
6. Jika mahu mentega kacang yang ada tekstur kasar, ambil segenggam kacang tanah yang disangai, tumbuk kasar dan campurkan dalam bekas mentega kacang tadi. Gaul rata dan siap untuk digunakan.
Hidangan yang sesuai untuk berbuka puasa dan juga bersahur tentunya Pancake Sambal Berkeju. Memang enak gabungan keju dan sambal ni, lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Sesuai untuk anda yang tak makan pedas. Untuk hidangan ini, gunakan Keju Perfect Italiano Perfect Melt kerana keju ini akan mencair dengan sempurna dan menambah rasa dalam hidangan. Anda wajib cuba hidangan ini!
PANCAKE SAMBAL BERKEJU
Bahan-Bahan:
250gram Perfect Italiano Perfect Melt
60gram Anchor Unsalted Butter – cairkan
440ml Fernleaf Susu UHT
280gram tepung gandum
1 biji telur
4 sudu teh baking powder
½ sudu teh baking soda
½ sudu teh garam
½ sudu teh oregano kering
Bahan-Bahan Sambal:
1 mangkuk medium cili kisar
5 biji bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan gula perang
1 labu bawang besar – potong bulat
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara Memasak:
Untuk membuat sambal; panaskan 2-3 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak dan cili masak. Masukkan bawang besar, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Tumis hingga sambal masak sempurna. Gaul rata dan ketepikan.
Untuk membuat pancake; satukan Fernleaf Susu UHT, Anchor Unsalted Butter yang telah dicairkan, telur dan garam di dalam mangkuk. Pukul sebati. Masukkan tepung gandum, baking powder, baking soda dan oregano kering lalu gaul sebati hingga jadi bancuhan yang likat. Masukkan Perfect Italiano Perfect Melt lalu gaul sebati.
Panaskan kuali leper, sapu sedikit mentega. Tuang sesenduk bancuhan pancake lalu masak hingga perang di kedua-dua bahagian. Ketika masih panas sapu bahagian atas pancake dengan sambal. Tabur lebihan Perfect Italiano Perfect Melt ketika pancake masih panas. Hidangkan segera.
Chicken tenders ini boleh jadi hidangan bila dah buntu nak masak apa untuk anak-anak. Lengkap dengan sos ranch homemade, menu ini memang buat mereka...