Bun dan pastri panas memang best makan petang-petang dengan kopi atau teh panas. Bila nak menguli tu biar betul-betul caranya barulah gebu dan rangup rasanya kan.

Ni min kongsi resepi ori dari Royale Chulan Bukit Bintang, KL oleh Chef Raja Kamaroszaman Raja Zainal dan geng Chef yang gigih dan kreatif ini.

Roti Bun Dan Pastri Enak, Uli Elok-elok Barulah Gebu…

Jom cuba tiga resipi ni…memang lah renyah sikit tapi bila menjadi… tersangatlah puas hati kan.

OREO CHOCOLATE BUN

Roti Bun Dan Pastri Enak, Uli Elok-elok Barulah Gebu…

BAHAN-BAHAN :

Bahan A:

  • 330 gm tepung roti
  • 8 gm yis
  • 16.6gm susu tepung
  • 50 gm gula
  • 30 gm mentega
  • 6 gm garam
  • 45gm telur
  • 167 ml susu segar

BAHAN INTI :
Coklat ganache :

  • 125 gm krim putar
  • 125 gm coklat masakan (baking chocolate)
  • 50 gm mentega

Krim kastad :

  • 250 gm tepung kastad
  • 1/2 liter susu segar
  • 1 liter krim putar

50 gm serbuk biskut Oreo

IKLAN

Topping’:
100 gm serbuk biskut Oreo

CARA MEMASAK :
Cara masak inti (chocolate ganache):
1. Masakkkan krim putar di atas api sederhana hingga mendidih sedikit dan tutupkan api.
2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga sebati.
3. Kemudian masukkan mentega dan sebatikan. Biarkan dalam suhu bilik.
Cara masak inti (krim kastad) :
1. Masukkan tepung kastad, susu segar dan krim putar di dalam periuk.
2. Masakkan di atas api sederhana
3. Tutup api dan biarkan seketika dalam suhu bilik.

Cara membuat oreo bun :
1. Masukkan bahan bahan A ke dalam mixer dan bancuh dengan kelajuan rendah selama 1 minit
2. Selepas 1 minit, bancuh dengan kelajuan sederhana selama 10 minit
3. Tutup mixer dan periksa jika doh lembut dan licin
4. Keluarkan doh dari mixer dan timbang 60 gm untuk setiap doh
5. Rehatkan pada suhu bilik selama 10 minit
6. Uli doh memanjang untuk dililit ke acuan
7. Sesudah siap semua celup ke oreo hancur untuk topping dan letak ke dulang pembakar
8. Rehatkan selama 1 jam sebelum bakar
9. Panaskan oven dengan suhu 190 darjah celcius, kemudian masukkan dulang pembakar berisi bun.
10. Bakar hingga coklat keemasan, keluarkan dan sejukkan selama 30 minit dan isi dengan bahan inti ke dalam bun

Saiz hidangan : 10 biji
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Rasa coklat berkrim dan keenakan biskut Oreo

INFO CHEF : Pastikan coklat masakan tidak dimasak ‘langsung’ atas api. Tutupkan api dan anda boleh tuangkan krim putar atas coklat masakan hingga cair.

BANANA ROLL PUFF

Roti Bun Dan Pastri Enak, Uli Elok-elok Barulah Gebu…

IKLAN

 

BAHAN-BAHAN :

  • 400 gm tepung gandum
  • 1/8 sudu teh garam
  • 220 ml air
  • 350 gm mentega
  • Sedikit tepung untuk ditabur

Bahan Isi :

  • 6 biji pisang raja yang sudah masak
  • 50 gm mentega

Bahan untuk glaze :

  • 1 biji kuning telur | dipukul ringan
  • 1 sudu teh air kosong | dipukul ringan

CARA MEMASAK :
Cara buat puff pastri :
1. Gaul rata tepung gandum, garam dan 50 gram mentega. Tuang air sedikit demi sedikit sambil menggaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk, jika air habis dan doh sedikit melekit, tabur sedikit tepung. Rehatkan doh 15 minit.
2. Tabur tepung pada permukaan meja kerja. Canai doh sehingga mendapat bentuk seakan akan huruf “T”. Letakkan 300 gm mentega ditengah-tengah dan bungkus kemas (dari bahagian kanan dan kiri, kemudian bahagian atas dan bawah). Tabur sedikit tepung dan terbalikkan doh.
3. Canai doh sehingga mencapai ketebalan 0.5 cm. Berhati-hati nanti mentega terkeluar.
4. Lipat dan rehatkan 15 minit.
5. Canai perlahan-lahan sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm juga, lipat sekali lagi. Rehatkan 15 minit lagi
6. Ulangi proses mencanai dan melipat sebanyak 2 kali lagi dan rehatkan 15 minit setiap kali selesai proses melipat.
7. Canai doh tadi sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm. Masukkan inti pisang yang sudah dicampur mentega dalam pastri puff ini, lebihkan hujung inti pisang sehingga masih terlihat pisangnya.
8. Sapu dengan glaze. Bakar dengan suhu oven 200 Celcius selama 20 minit hingga keperangan.

PUFF KARI AYAM

Roti Bun Dan Pastri Enak, Uli Elok-elok Barulah Gebu…

IKLAN

BAHAN-BAHAN :

  • 400 gm tepung gandum
  • 1/8 sudu teh garam
  • 220 ml air
  • 350 gm mentega
  • Sedikit tepung untuk ditabur

Bahan isi :

  • 2 keping dada ayam | dihiris kecil
  • 3 biji kentang | kupas dan potong dadu
  • 2 biji bawang besar | dipotong dadu atau racik halus
  • 3 ulas bawang putih | cincang
  • 2 sudu makan rempah kari ayam | dicampur dengan sedikit air jadikan pes
  • 1/2 -3/4 cawan air
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan glaze :

  • 1 biji kuning telur – pukul ringan
  • 1 sudu teh air kosong – pukul ringan

CARA MEMASAK:
Cara sediakan puff :
1. Gaul rata tepung gandum, garam dan 50 gram mentega. Tuang air sedikit demi sedikit sambil menggaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk, jika air habis dan doh sedikit melekit, tabur sedikit tepung. Rehatkan doh 15 minit dalam peti sejuk.
2. Tabur tepung pada permukaan meja kerja. Canai doh sehingga mendapat bentuk seakan2 huruf “T”. Letakkan 300 gm mentega di tengah-tengah dan bungkus rapi (dari bahagian kanan dan kiri, kemudian bahagian atas dan bawah).
3. Tabur sedikit tepung dan terbalikkan doh.
4. Canai doh sehingga mencapai ketebalan 0.5 cm. Berhati-hati nanti mentega terkeluar.
5. Lipat dan rehatkan 15 minit.
6. Canai perlahan -lahan sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm juga, lipat sekali lagi. Rehatkan 15 minit lagi
7. Ulangi proses mencanai dan lipat sebanyak 2 kali lagi dan rehatkan 15 minit setiap kali selesai proses melipat.
8. Canai doh tadi sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm.

Cara memasak inti :
1.Tumiskan bawang putih bersama bawang dadu hingga layu dan berbau harum masukkan pula rempah kari yang dijadikan pes tadi, kacau hingga agak garing masukkan pula ayam.
2. Balik-balikkan ayam masukkan anggaran 1/2 cawan air dan kentang, masakan hingga kentang agak empuk jika belum empuk masukkan sedikit lagi air diikuti dengan gula dan garam secukup rasa.
3. Balik-balikkan hingga inti agak sedikit kering dan matikan api, sejukkan dahulu sebelum digunakan.
4. Potong puff pastri dileperkan sedikit dan letakkan inti, tutupkan dengan sekeping lagi pastri yangg dileperkan sedikit dan dikelar sedikit diatasnya dengan garisan serong sahaja, tekankan tepi pastri dengan garfu sedikit supaya tidak terbuka.
5. Setelah pastri siap dimasukkan inti sapukan glaze dan bakar di dalam ketukar dalam 20 – 25 minit pada suhu 180 darjah Celcius.

Saiz hidangan : 10 biji
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Inti ayam berempah sama bertambah lazat dengan pasti puff yang gebu

Info chef: Membuat pastri puff memang renyah dan mengambil masa agak lama. Jadi pastri puff ini lebih baik dibuat awal dan masukkan ke dalam beg plastik berzip dan simpan di dalam peti sejuk untuk menjimatkan masa . Nak cepat boleh aje beli pastri siap di pasaraya.

RESEPI : CHEF RAJA KAMAROSZAMAN RAJA ZAINAL, MUHAMMAD HANIFF, MUHAMMAD AKMAL MOHD NOOR & CHEF MUHAMMAD FAIZAL ARIFFIN

TERIMA KASIH : ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG, 17-21 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI