Bagi penggemar sajian pedas bercili, resipi Berlado Kentang Bersama Ikan Bilisperkongsian saudari NurulAin Alaui ni boleh anda cuba. Sangat mudah dan ringkas sahaja resipinya tetapi rasanya, bak lauk dari restoran mewah. Nikmat tak terkata. Makan dengan nasi panas sahaja sudah cukup. Menurut empunya resipi juga, arwah bapanya Hj Alaui Bin Nor yang mengajarnya masak menu berlada ini dan berharap agar pahala yang diperolehi dari perkongsian resipi ini, mengalir kembali kepada arwah. Insyaallah.
CARA MEMASAK: 1.Kupas ubi kentang dan potong bulat. Ketebalannya tidak terlalu nipis dan tidak terlalau tebal. Goreng sampai masak. 2. Bersihkan ikan bilis, goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. 3. Satukan bawang merah, bawang putih, cili padi hijau dan cili padi merah. Kisar kasar. Jumlahnya bergantung pada jumah kentang yang anda guna. 4. Panaskan minyak (boleh guna minyak lebihan goreng bilis tadi), kemudian tumis bahan kisar sampai garing.
5. Masukkan garam, sedikit gula, aji dan perah jus limau kasturi. Jika tidak suka rasa limau, boleh abaikan. (empunya resipi suka letak limau kerana aromanya yang wangi.) 6. Bila sambal sudah garing, masukkan kentang dan bilis yang sudah digoreng awal tadi. Gaul rata.
7. Angkat dan Berlado Kentang Bersama Ikan Bilis sedia untuk dinikmati.
Salah satu masakan ayam yang sedap adalah ayam percik. Ayam percik memang disukai oleh ramai orang yang gemarkan sesuatu menu berasaskan ayam. Rasanya lemak-lemak kerana menggunakan santan. Kalau suka pedas, boleh letak banyak cili padi.
AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
1 helai daun pandan (simpul)
1 helai daun kunyit (racik halus)
10 batang serai (diketuk)
1 ekor ayam (dibelah dua)
1 liter santan (diperah daripada 1 biji kelapa parut yang dicampur dengan 1 liter air)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
BAHAN PES REMPAH
3 biji cili merah (buang biji)
4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
10 biji buah keras
1 sudu teh halba
CARA MEMBUAT
1. Satukan bahan pes rempah. Kisar halus.
2. Panaskan minyak masak. Tumis pes rempah. Masukkan daun pandan, daun kunyit dan serai. Tumis lagi.
3. Masukkan ayam. Kacau rata.
4. Masukkan santan, garam dan gula. Kacau rata dan tutup periuk. Biarkan mendidih sehingga santan pekat.
5. Keluarkan ayam. Susun atas dulang. Bakar dalam oven.
6. Keluarkan sekejap, letakkan sos pes rempah ke atas ayam dan bakar lagi.
7. Alih ayam ke dalam pinggan dan sedia dihidang.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Jemu asyik makan karipap berinti kentang dan keledek? Ha… apa kata ubah selera dengan menggunakan inti udang pula. Mudah, nampak ringkas tapi rasanya memang lebih sedap. Malah bentuknya karipapnya lebih comel dan montok. Macam mana ya saudari JJ Pau Mawar buat? Jom cuba!
Ramai mak-mak merungut anak tak suka makan sayur, ini mungkin idea yang bagus dan boleh dicuba buat sayur goreng rangup. Sangat sedap dijadikan kudapan ringan yang lebih sihat untuk anak-anak berbanding makan ringan yang dibeli. Tiga menu yang dikongsikan ini memang mudah disediakan, comfirm sedap, siapa tahu percubaan ini membantu anak-anak korang mula menyukai sayur yang kaya dengan khasiat ini. Tak percaya cuba tiga menu sayur goreng yang RASA kongsikan.
KANGKUNG CRISPY BAHAN-BAHAN:
1/2 ikat kangkong | bersihkan, ambil bahagian perlu dan tos
BAHAN BANCUHAN TEPUNG:
6 Sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
1/2 sudu teh serbuk bawang putih/2 ulas bawang putih yang dikisar halus
1 sudu teh perasa cendawan
1 sudu teh serbuk lada sulah
Air sejuk secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan bacuhan tepung dalam mangkuk.
Masukkan air sejuk, sambil kacau perlahan-lahan hingga sebati.
Adunan tidak terlalu pekat atau cair.
Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan panas).
Celupkan potongan kangkong dalam adunan, lalu masukkan dalam kuali satu persatu ( utnuk mengelakkan ia bercantum dan elakkan memasukkanya terlalu banyak.
Bila agak garing perlahankan sedidkit api. Goreng hinggga garing.
Angkat dan toskan.
Masukkan dalam pinggan dan taburkan serbuk cili di atasnya dan terus hidangkan..
Atau boleh dihidangkan dengan sos pencicah yang anda gemari.
Puding mangga susu ini sesuai sangat disediakan ketika ini memandangkan buah mangga banyak dijual sekarang.Paduan mangga segar yang manis bersama rasa lemak susu memang...