Telur Dadar Gulung Berkeju ni memang antara menu yang sesuai dimasak bila anda nak cepat. Tak sampai 10 minit dah boleh siap. Yang penting, kena makan panas-panas kerana limpahan keju dalam Telur Dadar Gulung ni pastinya buat anda makan bertambah. Gunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella untuk regangan yang sempurna serta meningkatkan rasa dalam masakan. Bila tarik tu, fuhhh memang puas hati dan buat anda rasa teruja dalam setiap gigitan. Jom cuba.
TELUR DADAR GULUNG BERKEJU
Bahan-Bahan:
6-8 biji telur
150gram Perfect Italiano Mozzarella
1 biji cili merah – cincang halus
½ labu bawang besar – cincang halus
Garam dan lada sulah secukupnya
Cincangan daun bawang secukupnya
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk, pukul telur hingga agak kembang dan ringan.
Masukkan Perfect Italiano Mozzarella, cincangan cili, cincangan bawang besar, garam dan lada sulah secukupnya. Gaul sebati.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper.
Tuang sesenduk bancuhan telur lalu ratakan. Masak hingga bahagian bawah telur agak perang (api kecil sahaja).
Gulung telur dadar dan potong mengikut cita rasa. Tabur cincangan daun bawang. Hidangkan panas.
Tak tahu nak masak lauk apa? Kadang-kadang kita buntu kan, keliru nak masak lauk apa untuk dihidangkan pada keluarga. Kalau korang nak lauk yang sedap, senang dan menyelerakan, RASA cadangkan korang masak lauk sambal telur puyuh kacang buncis ni. Resipinya senang je. Lagi tambah sedap kalau korang guna serbuk MAGGI CUKUP RASA. Memang kaw-kaw rasa sambal tu tau. Tak caya, cubalah. Confirm jilat jari!
BAHAN-BAHAN
1 sudu minyak masak
6 ulas bawang merah (kisar halus)
3 ulas bawang putih (kisar halus)
3 sudu makan cili kisar
1 sudu teh air asam jawa
10-15 biji telur puyuh (rebus dan goreng)
1 labu bawang besar (potong bulat)
8 batang kacang buncis (potong pendek)
1 sudu teh MAGGI CUKUP RASA
Sedikit gula
CARA MEMBUAT
1. Panaskan sesudu makan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak. Masukkan air asam.
3. Masukkan telur puyuh, bawang besar dan kacang buncis dan MAGGI CUKUP RASA dan gula lalu kaup-balikkan rata.
VIDEO
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya Sambal Telur Ikan Bilis & Bebola Ikanni. Dengar nama sambal macam senang sahaja sediakan tetapi untuk mendapat rasa sambal yang betul-betul sedap bukan mudah. Sambal harus dimasak dengan lama supaya cilinya betul-betul masak dan mengelakkan dari sakit perut.
Saudari Nurul Ateekahyang merupakan peniaga nasi lemak berlauk bermurah hati berkongsi cara untuk memasak sambal dengan betul dan mempunyai rasa yang sedap. Malah sambal ini juga boleh digunakan untuk bermacam jenis masakkan bersambal yang lain.
RESIPI SAMBAL IKAN BILIS BEBOLA IKAN
BAHAN-BAHAN: 10 biji telur – direbus & dibuang kulit 12 biji bebola ikan 4 sudu makan ikan bilis – beli online disini 50gm gula melaka – beli online disini 2 sudu makan gula pasir (ikut kemanisan yang disukai ) 1 sudu makan serbuk belacan @ ½ sudu kecil belacan biasa – beli online disini Garam & serbuk perasa jika perlu 1-2 sudu makan perahan air asam jawa Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR: 5 biji bawang besar 6 ulas bawang putih 1 genggam cili kering – buang biji, rebus, dibasuh & ditoskan barulah dikisar bersama bawang
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng telur rebus selama 1-2 minit. Angkat. Tujuan telur digoreng adalah untuk sambal cantik bersalut pada permukaan telur dan sambal telur pun susah nak basi.
2. Kemudian, goreng juga bebola ikan dan ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
3. Dengan menggunakan minyak sama yang banyak, tumis bahan kisar. Masak hingga warna kemerahan.
4. Apabila sambal sudah masak dan sedikit garing, masukkan perahan air asam jawa, serbuk belacan@belacan, gula melaka dan gula pasir.
5. Gaulkan sebati dan biarkan gula melaka cair. Pada masa ini sambal akan berubah jadi warna merah lebih gelap. Jika lebih suka sambal manis, lebihkan sedikit gula pasir. Ikut kemanisan sambal yang anda suka.
6. Apabila sambal sudah warna gelap dan cantik berkilau, masukkan telur, bebola ikan dan ikan bilis yang digoreng tadi. Gaulkan rata dan sambal siap untuk dihidangkan.
PETUA MASAK SAMBAL YANG SEDAP
1.GUNA MINYAK YANG BANYAK Minyak untuk memasak sambal harus banyak barulah sambal akan masak dengan sekata dan tidak hangus. Jangan risau, lebihan minyak sambal nanti boleh disimpan untuk goreng mi, nasi goreng atau goreng telur.
2. MASAK GUNA API SEDERHANA Untuk memasak sambal dengan sempurna, hendaklah mengunakan api yang sederhana.
3. MASAK SAMBAL LEBIH LAMA Masa untuk memasak sambal paling kurang 1 jam. Ia untuk dapatkan rasa tumisan sambal yang sedap. Lagi lama masa memasak sambal, lagi sedap rasanya dan sambalnya susah nak basi serta boleh tahan berhari-hari.
INFO: Sambal ini boleh juga untuk memasak sambal udang, sambal sotong, sambal ikan, sambal ikan bilis, sambal nasi lemak atau jenis-jenis sambal untuk mengoreng mee, kuetiau atau bihun.
Sambal telur hancur adalah lauk paling senang nak dimasak ketika dah tak ada idea nak masak apa. Rasanya pedas dan cukup berperisa. Boleh dimakan dengan nasi panas mahupun lempeng. Boleh juga dimakan dengan roti.
SAMBAL TELUR HANCUR
BAHAN TUMIS
Minyak masak untuk menumis
3 labu bawang merah (mayang kasar)
BAHAN KISAR
10 tangkai cili kering (gunting & rendam air panas )
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
BAHAN PERASA
1/2 kiub ikan bilis
Garam
Gula
BAHAN LAIN
4 biji telur ayam
1 sudu bawang goreng (optional)
CARA MEMASAK
1. Panaskan sedikit minyak.
2. Tumis bawang merah.
3. Masukkan Bahan Kisar dan tumis sampai terbit minyak. Gunakan api sederhana.
4. Sambal sudah garing boleh masukkan kiub ikan bilis, garam dan gula.
5. Kecilkan api bila sambal sudah terbit minyak. Tumis dalam 4 minit lagi.
6. Bila sambal garing, masukkan telur. Kacau telur perlahan dengan api sederhana.
7. Sudah masak boleh taburkan dengan bawang goreng.
Berdarah keturunan bangsawan dari Negeri Perak, Yang Mulia Toh Puan Raja Dato' Seri Utama Noora Ashikin Raja Abdullah yang juga merupakan isteri kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang ke-9, Tun Ramli Ngah Talib ini ada berkongsi resipi untuk membuat Rendang Dinding Perak ini.