Tauhu Berkeju ni memang sedap dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Ramai yang takut nak cuba sebab rasa hidangan ni susah nak buat. Sebenarnya, mudah saja. Boleh cuba resipi ini, gerenti menjadi dan sedap. Cuma, tambahkan keju Perfect Italiano Mozzarella untuk buat keju ni lagi wow! Selamat mencuba.
TAUHU BERKEJU
Bahan-bahan:
10 biji tauhu kering
1 biji bawang merah | kisar kasar
3 ulas bawang putih | kisar kasar
200gm daging kisar | digoreng
5 biji kentang | potong kiub dan goreng hingga lembut
30gm daun sup | dihiris
1 cawan bawang goreng
2 biji telur
80gm Perfect Italiano Mozzarella
Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Tropical Fruits
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak:
Lenyekkan kentang yang telah digoreng tadi.
Gaul kentang lenyek, daging kisar yang telah digoreng, bahan kisar, daun sup, bawang goreng, garam, serbuk perasa dan keju Perfect Italiano Mozzarella.
Sumbatkan di dalam tauhu, celup di dalam telur dan goreng hingga masak.
Enak dinikmati bersama Fernleaf Yogurt Drink Tropical Fruits.
Jadi ibu ni memang kena kreatif kan? Kalau masak macam biasa kadangkala suami dan anak-anak bosan. Kali ini, jom kita sajikan Gulungan Daging & Telur yang enak ini. Mudah saja nak membuatnya. Hanya gunakan wrap sebagai ‘base’ serta telur, kepingan daging salami dan keju sebagai inti. Gunakan Anchor Cheese Slice yang diperbuat dengan susu dari New Zealand yang tinggi kalsium dan protein. Bukan itu saja, keju ini juga membuatkan hidangan anda bertambah lazat dan berkrim. Boleh cuba nanti.
GULUNGAN DAGING DAN TELUR
BAHAN-BAHAN:
4 keping Anchor Cheese Slice
2 keping wrap gandum
60gram Anchor Unsalted Butter
50gram Anchor Cooking Cream
4-6 keping kepingan salami daging – panggang
3 biji telur
1 batang daun bawang – cincang
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
Chili flakes secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, pukul telur bersama Anchor Cooking Cream, garam dan serbuk lada hitam secukupnya. Panaskan sedikit Anchor Unsalted Butter di dalam kuali leper, tuang bancuhan telur dan buat 2 keping telur dadar yang agak nipis lalu masak hingga telur masak.
Ambil sekeping wrap gandum. Sapu dengan sedikit Anchor Unsalted Butter. Susun 2-3 keping salami daging. Letak sekeping telur dadar.
Susun kepingan Anchor Cheese Slice. Tabur cincangan daun bawang.
Gulung wrap dengan kemas.
Panaskan Anchor Unsalted Butter dalam kuali leper non-stick. Letak gulungan tadi lalu pan-grilled dikedua-dua bahagian hingga agak perang.
Angkat gulungan lalu potong kepada beberapa bahagian.
Tabur lebihan cincangan daun bawang dan chili flakes. Hidangkan panas.
Butter Cake merupakan antara kek yang menjadi kegemaran ramai. Datanglah berapa banyak kek viral, Butter Cake tetap menjadi pilihan hati. Makan panas-panas memang sedap. Nak lagi sedap, cuba masak menggunakan Anchor Unsalted Butter dan Anchor Cheddar Cheese Slices. Lagi sedap berlemak kek kita nanti. Jom cuba.
BUTTER CAKE
Bahan-bahan:
250gm Anchor Unsalted Butter | suhu bilik
220gm gula halus
6 biji telur
220gm tepung naik sendiri
120ml Fernleaf Susu UHT
1 sudu teh esen vanilla
2 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry
Cara Memasak:
Pukul gula dan Anchor Unsalted Butter sehingga kembang.
Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga kembang.
Masukkan Fernleaf Susu UHT, esen vanilla, tepung naik sendiri dan Anchor Cheddar Cheese Slices. Gaul sebati secara perlahan.
Tuang di dalam loyang dan bakar pada suhu 170°C selama satu jam.
Sedia untuk dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry.
Sekiranya anda teringin hidangan berkeju, cubalah buat Quesadilla Daging Kunyit Berkeju yang ringkas ini. Daging Goreng Kunyit diletakkan di atas tortilla dan ditaburkan keju menghasilkan satu menu yang cukup unik dan lazat. Kali ini, gunakan Keju Perfect Italiano Perfect Melt, gabungan empat jenis keju yang mencair dengan sempurna serta menambah rasa dalam hidangan anda. Rugi kalau tak cuba! Terasa puas dalam setiap gigitan.
QUESADILLA DAGING KUNYIT BERKEJU
Bahan-Bahan:
2-4 keping tortilla
250gram Perfect Italiano Perfect Melt
Bahan-Bahan Daging Kunyit:
200gram daging – dadu kecil & rebus empuk
1 sudu teh serbuk kunyit
1 labu bawang besar – potong bulat
2 tangkai cili kering – hiris kecil
Garam dan lada sulah secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak:
Untuk membuat daging kunyit; panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali. Masukkan daging yang telah direbus empuk bersama serbuk kunyit. Gaul rata dan goreng hingga sebati. Masukkan bawang besar, cili kering, garam dan lada sulah secukupnya. Gaul rata hingga semua bahan masak sempurna. Ketepikan.
Untuk membuat quesadilla; ambil sekeping tortilla lalu letakkan dalam kuali leper yang dipanaskan dengan sedikit mentega. Letakkan daging kunyit diatasnya dan ratakan. Tabur Perfect Italiano Perfect Melt secukupnya. Ambil sekeping lagi tortilla dan tutup. Masak di kedua-dua bahagian (terbalikkan) hingga agak perang dan keju cair.
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.