Sedapnya kalau dapat makan Lempeng Tuna Cili Berkeju ni. Makan pula panas-panas, tak cukup satu. Cara nak buatnya pun senang je. Sesuai juga untuk anak-anak yang suka hidangan pedas. Sesuai juga dimakan untuk sahur. Kenyang perut! Boleh tambahkan taburan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes dan bakar untuk hasil kerak perang keemasan yang sempurna selain menambah rasa dalam hidangan. Sangat membuka selera.Lempeng Tuna Cili Berkeju, Sesuai Untuk Penggemar Makanan Pedas

LEMPENG TUNA CILI BERKEJULempeng Tuna Cili Berkeju, Sesuai Untuk Penggemar Makanan Pedas

Bahan-bahan:

  • 230gram tepung gandum – ayak
  • 125gram Fernleaf Yogurt Asli
  • 120ml Fernleaf Susu UHT
  • 150gram Perfect Italiano Perfect Bakes
  • 1 sudu teh garam

Bahan-bahan inti:

  • 200gram isi tuna (dalam tin)
  • 1 sudu makan cili flakes
  • 1 labu bawang besar – cincang halus
  • 2 biji cili merah – buang biji & cincang
  • Garam & lada sulah secukupnya

Cara Memasak:

  1. Di dalam mangkuk; Masukkan tuna, cincangan bawang, cincangan cili merah, lada sulah dan garam secukupnya. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Untuk membuat lempeng; satukan tepung gandum, garam, Fernleaf Yogurt Asli dan Fernleaf Susu UHT di dalam mangkuk. Kacau hingga semua bahan sebati.
  3. Untuk memasak lempeng; sapu sedikit mentega pada kuali non-stick. Tuang sesenduk bancuhan lempeng. Letak sesudu inti tuna di atas lempeng dan ratakan. Tabur Perfect Italiano Perfect Bakes secukupnya dan ratakan. Bila bahagian bawah lempeng telah masak, perlahan-lahan terbalikkan dan masak di bahagian yang satu lagi hingga agak perang. Masak hingga semua bahan habis.
  4. Angkat lempeng dan hidangkan panas.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Kari Ayam Berkrim, Menu Mudah Kegemaran Ramai

IKLAN

Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak

Bunga Kobis Masala Berkeju, Rasa Lemak Berkrim & Enak

IKLAN

Quesadilla Daging Kunyit Berkeju, Menu Istimewa Yang Lazat

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI