Resipi Sandwich Tuna Berkeju yang cukup ringkas. Intinya menggunakan tuna yang digaul bersama beberapa bahan mudah yang lain. Nampak sangat sedap dan tentunya mengenyangkan. Memang patut dicuba. Gunakan Anchor Cheddar Cheese Slices yang kaya dengan protein dan kalsium serta Anchor Spreadable untuk memberi aroma kepada sandwich kita. Enak juga dinikmati bersama Fernleaf CalciYum Cultured Milk Drink untuk kanak-kanak atau Fernleaf Minuman Susu Kultur Probiotic+ untuk dewasa.
Ads
Ads
SANDWICH TUNA BERKEJU
Ads
Bahan-bahan:
1 tin tuna | tapis amek tuna sahaja, air tak nak
Anchor Spreadable secukupnya
4 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
4 sudu mayones
1 biji bawang merah | kisar kering
2 ulas bawang putih | kisar kering
1 biji lemon jus
30gm daun sup
4 keping roti putih
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk, gaul tuna, mayones, bawang merah, bawang putih, lemon jus, daun sup. Perasakan bagi sedap.
Sapukan Anchor Spreadable di atas roti.
Kemudian, ratakan inti tuna di atas roti, letakkan Anchor Cheddar Cheese Slices dan tutup dengan roti satu lagi.
Panggangkan roti hingga perang.
Boleh dinikmati bersama Fernleaf CalciYum Cultured Milk Drink untuk kanak-kanak atau Fernleaf Probiotic+ untuk dewasa.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ada lebihan Rendang Daging yang tak habis? Jangan dibuang dulu, boleh buat Cheesy Rendang Beef Paratha ni. Menu yang sesuai dibuat ketika sahur. Tak rugi sebab memang sedap betul! Ada rasa pedas rendang dan lemak-lemak dari keju tu. Memang terangkat! Nak aroma dan rasa salai yang sebenar, gunakan je Chesdale Smoked. Anda pasti puas hati!
CHEESY RENDANG BEEF PARATHA
Bahan-bahan:
150gm rendang | leftover atau rendang tin
2 keping keju Chesdale Smoked
1 keping paratha | leftover paratha
2 sudu besar mayones
Cara Memasak:
Gaul rendang dengan mayones.
Letakkan inti rendang tadi di atas paratha bersama keju Chesdale Smoked.
Gulung kemas dan panggangkan di atas kuali sehingga perang dan keju mencair.
Tak lengkaplah Ramadan kalau tak makan Roti John kan? Kali ini kita buat special sikitlah, Roti John Keju Meleleh menggunakan keju Perfect Italiano Mozzarella dan Anchor Cheddar Cheese Slices. Memang puas hati makan anak beranak. Memang sedap tak terkata. Lebih enak jika dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango.
ROTI JOHN KEJU MELELEH
Bahan-bahan:
4 biji roti sosej
250gm daging kisar
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah garam masala
4 ulas bawang putih | kisar kering
1 biji bawang merah | kisar kering
1 batang lobak merah | diparut
5 biji telur
80gm Perfect Italiano Mozzarella
8 keping Anchor Cheddar Cheese Slices ( Untuk 4 Hidangan)
½ biji kubis | dihiris
4 sudu besar mayones
Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
4 sudu besar sos cili
Cara Memasak:
Panaskan kuali, masak daging kisar dan masak hingga sedikit kering. Masukkan bawang putih dan bawang merah dan masak hingga naik bau.
Masukkan rempah kari dan rempah garam masala. gaul sebati.
Sejukkan daging sebentar, masukkan keju Perfect Italiano Mozzarella, parutkan lobak merah dan pecahkan telur.
Belah roti kepada 2 bahagian, tuang adunan daging di atas kuali dan tutup dengan roti. Biarkan hingga daging masak. Angkat bila daging sudah masak.
Sapukan mayones dan sos cili, letakkan kubis serta keju Anchor Cheddar Cheese Slices di atasnya.
Siap untuk dimakan. Enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango.
Dah bosan asyik makan biskut yang sama? Apa kata kita cuba buat Buttery Orange Sugar Cookies pula. Biskut yang rangup dengan keharuman bau oren ni memang membuka selera. Sekali gigit, berkali-kali datang rasa nak makannya. Paling penting, gunakan Mentega Anchor untuk rasa yang lebih enak serta menambah aroma pada biskut kita.
BUTTERY ORANGE SUGAR COOKIES
BAHAN-BAHAN:
225gram ANCHOR BUTTER SALTED – suhu bilik
230gram tepung ubi kentang
180gram tepung gandum
80gram gula kastor
1 sudu makan pes oren
1 sudu makan parutan kulit oren
Gula pasir/gula berwarna – hiasan
CARA MEMASAK:
Satukan ANCHOR BUTTER SALTED bersama gula kastor dan pes oren di dalam mangkuk pengadun lalu pukul sebati menggunakan spatula kayu.
Masukkan tepung ubi kentang, tepung gandum dan parutan kulit oren lalu kaup-balikkan sebati hingga jadi doh yang lembut. Jangan pukul berlebihan.
Sediakan dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega.
Ambil sedikit doh lalu bulat-bulatkan mengikut saiz yang diingini lalu susun dalam dulang pembakar. Leperkan sedikit doh. Tabur gula atau gula berwarna ke atas doh.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 18-20 minit.
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.