
Sebut sahaja Tart Nanas, pasti ramai suka biskut ni. Kalau jumpa biskut yang gebu dan jem nanas yang sedap, memang ralit makan. Bagi anda yang suka buat biskut, boleh cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Nampak gebu kan? Malah resipinya juga mudah nak ikut sebab sukat guna cawan. Tak payahlah timbang dah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
TART NANAS GULUNG
BAHAN A:
- 250gm mentega – nak rasa lebih sedap, guna mentega mahal
- 1 sudu besar gula kastor – kisar gula biasa pun boleh
- 1 biji kuning telur gred B
- 1 sudu teh esen vanilla -tak nak letak pun tak apa
- 1 sudu teh minyak sapi
- Sedikit pewarna kuning
BAHAN B:
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 2 1/2 sudu makan tepung jagung
- 2 1/2 sudu makan tepung kastard
- 1 sudu makan susu tepung – empunya resipi tak letak sebab minyak sapi sudah bagi rasa lemak
BAHAN HIASAN:
- Kuning telur dengan sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
- Pukul bahan A hingga sebati. Anggaran dalam 2 minit.
- Masukkan bahan B. Uli hingga semua bahan sebati dan menjadi doh.
- Cubit doh dan masukkan dalam acuan. Terapkan atas loyang pembakar.
- Sudukan jem ke atas doh dengan secukupnya. Gulungkan doh dan sapu permukaan biskut dengan bancuhan kuning telur.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 25-30 minit atau hingga masak menggunakan api atas bawah.
INFO CHEF: Waktu membakar mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar. Sesuaikan masa ikut ketuhar masing-masing.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buah Tin Lengkap Nutrisi, Cubalah Buat Jem Dan Kek Keju Tin

Khasiat buah ini bukan calang-calang bahkan dianggap ‘buah syurga’ kerana turut disebut di dalam Al-Quran akan khasiatnya yang cukup besar untuk kesihatan manusia.
Malah ia ada disebut dalam Al Quran dan hadis.Firman Allah SWT dalam Al-Quran dan hadis berkaitan khasiat buah tin bagi manusia.” Demi buah tin dan buah zaitun, demi gunung thursina,” (at-Tin: 1-2)
Buah tin terkenal sebagai buah dengan kandungan nutrisi cukup lengkap, asama ada di dalam bentuk vitamin ataupun mineral. Kandungan-kandungan inilah yang membuatkan pakar pemakanan menggelar buah tin sebagai buah super nutrition.
Antara manfaat dari sudut kesihatan:
1. Membantu mengatasi hipertensi dan jantung koroner
Buah tin mengandung senyawa mineral alami seperti magnesium, fosfor, omega 3, omega 6, dan fenol. Kandungan-kandungan mineral semula jadi inilah yang cukup berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mencegah munculnya penyakit jantung koroner.
2. Mengurangi kadar kolesterol dalam tubuh
Buah tin terkenal sebagai jenis buah yang mengandungi serat larut cukup baik. Menurut pakar, kandungan serat larut berupa pektin dalam buah tin sangatlah berkhasiat untuk menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.
Apabila pektin masuk ke dalam tubuh, kandungan tersebut akan menyapu semua kolesterol dan membuangnya melalui sistem pembuangan sama ada berupa peluh mahu pun air besar.
3. Mencegah serangan jantung
Menurut penelitian yang telah dilakukan di Arab Saudi, buah tin mengandungi senyawa kalium tinggi yang cukup baik untuk menurunkan kadar natrium dalam tubuh. Para pakar juga berpendapat, memakan buah tin minimum sekali sehari akan membantu mengurangkan risiko anda terkena serangan jantung mendadak.
4. Baik untuk penderita diabetes
Meskipun buah tin manis, kandungan glukosa dan fruktosa di dalam buah ini tidak akan membuat kadar gula dalam darah anda naik.
Ini kerana, selain mengandungi glukosa dan fruktosa, buah tin juga mengandungi serat larut dan karbohidrat. Kedua-dua kandungan inilah yang akan menghalang proses penyerapan gula berlebih pada sistem pencernaan. Bahkan, beberapa pakar menambahkan buah satu ini juga cukup efektif untuk mencegah diabetes, namun dengan syarat tidak diambil berlebihan.
5. Mencegah tulang reput
Khasiat buah tin baik untuk tulang. Osteoporosis merupakan salah satu jenis penyakit tulang yang bisa dicegah dengan memakan buah tin secara rutin.
Di dalam buah tin terkandung senyawa kalsium yang cukup tinggi, bahkan para pakar pemakanan mengatakan kandungan kalsium dan fosfor dalam buah tin lebih tinggi daripada susu.
6. Mengatasi susah tidur atau insomnia

Gejala susah tidur dapat muncul disebabkan karena berbagai macam faktor, bermula dengan minuman berkafein (kopi) sehinggalah akibat stres dan trauma. Selain mengatasi stres, anda juga boleh menghilangkan masalah tersebut dengan makan buah tin.
Menurut penelitian di Universiti Yale, buah tin mengandungi senyawa tryptophan yang cukup efektif untuk memberikan rasa tenang, dan rileks pada otak. Ia dapat membantu menghilangkan insomnia dan membuat tidur lebih nyenyak.
7. Sumber nutrisi yang cukup baik dan lengkap
Buah tin tidak mengandungi lemak jahat, garam, dan kolesterol, akan tetapi mengandungi kalsium, serat, dan kalium yang cukup tinggi. Selain itu buah tin juga mengandungi sodium yang cukup rendah.
Buah tin juga mengandungi kaya akan senyawa benzaldehida (senyawa anti-kanker seperti beta-karoten). Menariknya lagi buah satu ini juga diperkaya dengan kandungan vitamin penting untuk tubuh, seperti vitamin A, B, dan C.
Nah ni Min kongsikan 2 resipi menggunakan buah tin.
JEM BUAH TIN
BAHAN-BAHAN:
- 1kg buah tin (seeloknya tin segar) | cincang
- 500gm gula kastor
- 1 batang vanila | ambil biji
- 1 batang kayu manis
- 1 biji lemon | ambil jus dan parut kulitnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan di atas di dalam satu mangkuk, tutup dan biarkan semalaman dalam suhu bilik.
2. Keesokan harinya, masukkan campuran tadi ke dalam kuali leper dan masak menggunakan api yang perlahan. Kacau sehingga gula hancur sepenuhnya.
3. Biar ia mendidih dan teruskan memasak menggunakan api perlahan dan kacau perlahan-lahan sehingga ia memekat atau kira-kira 45 minit. Sambil itu, tekan-tekan buah tin untuk hancurkan ia.
4. Keluarkan kulit kayu manis dan sejukkan.
5. Tuang ke dalam jar dan sedia untuk disimpan.
Info chef: Boleh disimpan sehingga tiga bulan.
Saiz hidangan: 1-2 jar
Keistimewaan : Penuh rasa buah tin yang lazat
Jenis masakan : Jem
Cara memasak : Didih dan reneh
Anggaran kos: RM25
KEK KEJU BERSAMA BUAH TIN SEGAR
BAHAN-BAHAN:
- 5-7 biji fig | potong
- 100gm wholegrain digestive biscuits
- 3 sudu makan kacang walnut
- 5 sudu makan minyak bunga matahari
- 110gm air tebu | tapis
- 600gm cottage cheese
- 250gm yogurt
- 1 biji oren | ambil jus, parut kulit
- 1 biji lemon | ambil jus
- 1 sudu teh esen vanila
- 5 biji telur
- 1 biji buah pelaga
- 20gm kepingan badam
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar 180C.
2. Di dalam pengisar makanan, campurkan biskut, walnut dan minyak bunga matahari, kisar hingga menjadi crumble.
3. Ambil dulang dan alas dengan baking paper. Tabur crumble tadi di atas dulang tadi, tekan perlahan-lahan. Masukkan ke dalam peti sejuk. Ketepikan.
4. Menggunakan pengisar tangan, campurkan cottage cheese, yogurt, telur, buah pelaga, garam, air tebu, jus dan kulit oren dan jus lemon. Kacau sebati.
5. Tuang adunan ke atas lapisan crumble tadi dan bakar kira-kira satu jam.
6. Basuh buah tin dan potong. Hiaskan di atas kek tadi. Panggang sedikit kepingan badam tanpa minyak dan tabur di atas kek. Sedia dinikmati.
Info chef: Untuk kek keju yang sempurna, simpan di dalam peti sejuk semalam sebelum dihidangkan.
Saiz hidangan: 1 biji kek
Keistimewaan : Rasa lemak keju dan buah tin yang sedap
Jenis masakan : Pemanis mulut
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM25
.
Resipi Mudah Buat Biskut Sarang Semut Lejen, Guna Sukatan Cawan Je

Biskut Sarang Semut adalah salah satu biskut raya tradisional yang menjadi kegemaran ramai sejak dari dulu sampai sekarang. Suatu ketika dulu biskut Sarang Semut dianggap cukup moden. Boleh dikatakan biskut ini diwarisi sehingga ke anak cucu. Raya ini jom kita hidangkan biskut Sarang Semut. Ini resipi yang dikongsikan oleh Zulena Ismail
RESIPI BISKUT SARANG SEMUT
BAHAN A
250g marjerin (sebarang buttercup, daisy atau planta)
1 cawan gula ising –BELI ONLINE
1 biji kuning telur
Esen vanilla – BELI ONLINE
BAHAN B
1 cawan tepung gandum –BELI ONLINE
1 cawan tepung kastart- BELI ONLINE
2 cawan tepung jagung –BELI ONLINE
1 sudu besar susu tepung
(Guna sukatan cawan metric)
UNTUK HIASAN:
Gula pasir campurkan dengan serbuk pewarna @coklat urai (chocolate rice )
CARA MEMBUAT:
1. Sebatikan bahan A dengan senduk kayu.
2. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh. Bulatkan doh kecil-kecil.
3. Sagat doh seperti dalam video.
4. Sudukan dan isi dalam cawan kertas saiz kecil hingga membukit sedikit.
5. Tabur hiasan dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.
6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
Sumber kredit: Zulena Ismail
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Soft Cookies Coklat Peanut Butter Ni Memang Ketagih Nak Makan
Resipi Pulut Kuning & Rendang Ayam Mak, Sekali Masak Dapat 30 Bekas
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Kek Jagung Tanpa Guna Telur, Bakar Guna Oven Atau Atas Dapur Gas

Kehabisan bekalan telur di rumah tapi hendak buat kek? Kini tiada masalah lagi. Anda kini boleh buat kek tanpa menggunakan telur. Resipi Kek Jagung tanpa menggunakan telur yang dikongsikan oleh Norfazida Gda ini cukup mudah disediakan. Rasanya pun sedap dan sesuai untuk dihidangkan ketika tetamu datang bertandang.
KEK JAGUNG (RESIPI TANPA TELUR)
BAHAN-BAHAN:
1/2 tongkol jagung dihiris
1 dan 1/4 awan tepung gandum – BELI ONLINE
2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil baking soda – BELI ONLINE
1/2 sudu kecil esin vanilla – BELI ONLINE
1/4 cawan gula kastor/halus – BELI ONLINE
1/2 cawan minyak jagung/masak – BELI ONLINE
1/2 cawan susu segar/cair – BELI ONLINE
3 sudu besar kismis (dihiris)
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMBUAT:
1. Ayak tepung gandum, baking powder dan baking soda. Tambahkan gula esen vanilla dan minyak. Kacau rata.
2. Masukkan jagung, kismis, garam dan pewarna. Kacau lagi. Kemudian masukkan susu segar/cair sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati.
3. Sapukan minyak pada loyang 6 inci atau 7 inci. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang dan ratakan.
4. Boleh taburkan jagung, kismis atau kekacang di atas adunan untuk hasil kek yang lebih menarik.
5. Bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 45-55 minit mengikut oven masing-masing.
6. Boleh juga bakar di atas dapur gas selama lebih kurang 1 jam dengan api perlahan. Siap.
Sumber kredit: Norfazida Gda via Kongsi Resipi Masakan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official