Jom cuba buat Talam Roti Paun guna resipi perkongsian saudari Dhia Azlinda ni. Resipinya cukup mudah dan nampak sangat sedap. Sesuai bagi anda yang gemarkan Kuih Talam. Jika ada lebihan roti yang hampir tamat tempoh, sesuai sangat cuba resipi yang satu ni. Pasti puas hati.
Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 20 minit atau sehingga lembut.
Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8″. Sapu minyak terlebih dahulu di sekeliling loyang dan alas plastik.
Kukus roti selama 25 minit.
Apabila sudah masak, angkat dan cakar dengan garpu.
Jika terdapat sedikit air di permukaan kuih, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu. Kemudian barulah dicakar sedikit sebelum tuang adunan lapisan tengah.
Sedikit pewarna kuning/oren (tak letak pun tidak mengapa) – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Langkahnya seperti membuat lapisan tengah. Satukan semua bahan dan tapiskan.
Masak jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa dikacau supaya adunan tidak berketul.
Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus lagi selama 25 minit.
TIP BUAT KUIH TALAM
Apabila lapisan tengah sudah masak, keluarkan dari kukusan.
Lap guna tisu dapur jika ada air pada permukaan kuih
Cakar permukaan kuih dengan garpu kemudian tuangkan adunan lapisan atas.
Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit atau sehingga talam masak dengan sempurna.
Jika tidak tutup permukaan loyang atau tidak balut tutup kukusan dengan kain, lap tutup kukusan setiap 5 minit untuk menghasilkan permukaan kuih yang kelihatan licin dan rata.
Setelah kuih masak, sejukkan hingga benar-benar sejuk barulah dikeluarkan dari loyang.
Potong Kuih Talam dengan menggunakan pisau plastik ini untuk mendapatkan potongan talam yang cantik.
Puding santan durian ini antara pencuci mulut yang wajib cuba bagi penggemar raja buah. Penggunaan perisa durian agar rasanya lebih ringan. Tapi jika mahu rasa durian asli boleh saja.
Kombinasi bersama susu dan santan menjadikan puding ini bukan saja kaya rasa, malah teksturnya halus berkrim dan cukup seimbang.
Resipi Puding Santan Durian
Bahan A
10g agar agar tali
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
1 sb bes minuman berperisa durian*
1 keping roti**
2 – 3 ulas isi durian**
1 sb susu pekat manis**
1 tin susu cair**
Bahan B
10g agar-agar tali
2 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
1 biji telur**
1 kotak santan (200ml) **
1 sk bes minuman berperisa durian*
Sedikit esen vanilla** – jika suka
Cara penyediaan
1. Untuk membuat lapisan bawah puding, kisar bahan A yang bertanda. Ketepikan
2. Masak agar-agar dengan air hingga larut. Kemudian masuk gula dan kacau hingga larut.
3. Tuang bahan kisar diikiti perisa durian. Kacau lagi dan biar masak seketika.
4. Masukkan dalam acuan atau loyang 8×8. Biar sederhana beku
5. Untuk membuat lapisan santan di bahagian atas, satukan bahan bertanda dan kacau hingga sebati. Ketepikan seketika.
6. Dalam periuk masak agar agar bersama air hingga larut. Masukkan gula dan kacau.
7. Tuang bahan yang disatukan tadi lalu kacau. Biar sampai mendidih dan membuak hingga permukaan periuk. Kemudian perlahankan api.
8. Seterusnya tuang perlahan-lahan atas lapisan puding tadi. Bekukan dalam peti sejuk selama 2 jam. Selepas keras, keluarkan puding dari Loyang dan potong ikut suka.
Tip RASA
Jika nak lebih rasa durian, boleh tambah isi durian dalam lapisan atas juga.
Roti memberi tekstur lembut & bantu puding tak mudah berair.
Daging kisar atau cincang kalau ada banyak stok kat peti sejuk, memang terbaiklah. Macam -macam idea menu lazat boleh dibuat. Menu makanan jalanan @ street food orang Arab banyak menggunakan daging cincang/kisar dalam ramuannya. Jamu pada tetamu yang datang di musim raya, pun best nih.
Sedap berempah, aromanya pun boleh kecur air liur. Ni 5 resipi makanan gerai dan kudapan Arab paling laris dan paling meletop.
1. SHAWARMA DAGING
BAHAN-BAHANNYA :
500 gm daging kisar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh paprika
1 sudu teh serbuk cili
2 ulas bawang merah | dicincang
1 ulas bawang putih | dicincang
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
2 sudu makan minyak untuk menumis
5 keping roti Arab | untuk digulung
BAHAN (tambahan inti) :
1 biji tomato | dihiris
Sedikit daun salad | dihiris
2 biji jeruk timun
50 gm buah zaitun | dihiris
Sedikit kentang goreng yang telah digoreng.
2 sudu makan mayonis
1 sudu makan sos cili
CARA MEMASAK : 1. Goreng bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. 2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar,paprika dan serbuk cili, garam dan serbuk perasa. 3. Gorengkan sehingga air daging kering. 4. Kemudian sejukkan sebentar. 5. Setelah sejuk, sediakan roti arab, masukkan daging, salad, tomato, jeruk timun, buah zaitun, kentang goreng mayonnaise dan sos cili. 6. Gulungkan ia dan masukkan ke dalam kuali leper atau dapur pemanggang dan biarkan ia masak. 7. Biarkan ia masak lebih kurang 3 minit dan balikkan kedua dua belah. 8. Setelah masak boleh dihidangkan bersama kentang goreng.
Saiz hidangan : 6 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan Panggang Jenis masakan : Ala sandwic Keistimewaan : Inti daging berempah dengan gulungan roti Arab yang enak Anggaran kos :RM 20
Info Chef : Resipi yang sama boleh juga digunakan untuk inti ayam. Jika ikut cara tradisional Arab, boleh diletakkan batu berbalut aluminium untuk menindih atas pemanggang supaya ia lebih mampat dan cepat masak.
2. BEBOLA DAGING KAMBING KEBAB DAN CENDAWAN BUTANG
BAHAN-BAHANNYA :
500 gm daging kambing kisar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 biji telur | dipecahkan telur dan kacau
300 gm serbuk roti
2 ulas bawang merah| dicincang
1 ulas bawang putih | dicincang
10 cendawan butang segar- dihiris dua atau empat
Garam secukup rasa
Sedikit perasa
Bahan perapan :
Setangkai herba thymes | dilurutkan daunnya
Setangkai herba rosemary | dilurutkan daunnya
1 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan serbuk paprika
CARA MEMASAKNYA: 1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam bekas adunan seperti daging kisar, jintan manis, jintan putih, serbuk etumbar, herba thymes, rosemary, serbuk roti, bwang merah, bawang putih, garam dan perasa. 2. Gaulkan dengan sebati dan masukkan telur tadi sebagai bahan pelekat supaya mudah dijadikan bebola. 3. Setelah disebatikan jadikan daging tadi sebagai bebola dan bakar di dalam oven dalam suhu 180 c, selama lebih kurang 15 minit. Masak separuh sahaja. 4. Kemudian setelah masak perap bebola daging kambing dan cendawan sebentar dengan bahan pemerap thymes dan rosemary. Cucukkan bebola daging berselang seli cendawan. 5. Kemudian bakar lebih kurang 1o mint dan sedia untuk dihidangkan bersama yogurt kambing.
Saiz hidangan : 6 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Panggang Jenis masakan : Kebab Keistimewaan : Daging berjus dan gabungan cendawan segar nyata lazat Anggaran kos :RM 35
Info Chef : Anda boleh juga mencucukkan tomato ceri, timun, bawang jika mahukan variasi dalam sajian kebab ini.
3. MUTTABAQ
BAHAN-BAHANNYA :
Bahan Inti Muttabaq:
500 gm daging kisar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk cili
1 biji bawang holland | dipotong dadu kecil
1 ulas bawang putih | dicincang
2 tangkai daun pudina
2 tangkai daun ketumbar
1 biji cili benggala hijau | dipotong dadu
2 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak untuk menumis
Bahan roti :
1 1/2 cawan marjerin
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
1 1/2 cawan air
CARA MEMASAK : Inti daging Mutabbaq 1. Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. 2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar,paprika dan serbuk cili, daun pudina, cili benggala hijau garam dan serbuk perasa. 3. Gorengkan sehingga air daging kering. 4. Kemudian sejukkan sebentar. 5. Masukkan 2 biji telur untuk jadi pelekat. Cara-cara membuat lapisan Mutabbaq 1. Masukkan kesemua bahan lapisan muttabaq. 2. Uli doh itu tadi sehingga lembut. 3. Biarkan rehat seketika. 4. Uli doh dengan penguli doh dan leperkan menjadi bulat sehinga menjadi betul-betul nipis. 5. Kemudian masukkan inti daging tadi dan lipatkan menjadi 4 segi. 6. Masak di dalam kuali leper dengan sedikit minyak. 7. Balikkan apabila ia menjadi keperang-perangan. 8. Masak sehingga ia betul masak di kedua belah.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan goreng dengan minyak sedikit Jenis masakan : Roti Keistimewaan : Inti daging berempah dengan ramuan daun pudina Anggaran kos :RM 25
Info Chef :Boleh dimakan dengan yogurt atau sos tomato dan cili cili. Inilah nama asal murtabak, iaitu Muttabaq yang bermaksud dibungkus. Inti daging yang dibungkus.
4. SAMBOOSA
BAHAN-BAHAN : Bahan Inti:
500 gm daging kisar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk cili
1 biji bawang holland | dipotong dadu kecil
1 ulas bawang putih dicincang
2 tangkai daun pudina
2 tangkai daun ketumbar
1 tangkai daun parsli
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak untuk menumis
Beberapa kulit popiah
1 mangkuk minyak untuk menggoreng
Bahan membuat gam :
2 sudu makan air
4 sudu makan tepung gandum
Cara-cara membuatnya: 1. Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. 2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, daun pudina, ketumbar, daun parsli dan garam. 3. Gorengkan sehingga air daging kering. 4. Kemudian sejukkan sebentar. 5. Keluarkan sehelai kulit popiah. Masukkan inti ke dalam dan lipat 3 segi. 6. Gamkan lipatan dengan campuran air dan tepung supaya inti tidak terkeluar. 7. Goreng samboosa dengan minyak banyak dengan api yang kecil. Kemudian terbalikkan dan biarkan ia masak.
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan goreng minyak penuh Jenis masakan : Kuih, kudapan Keistimewaan : Inti daging lazat dengan kulit samboosa yang rangup Anggaran kos :RM 25
Info Chef: Samboosa sinonim dengan masyarakat kita, yang dikenali sebagai samosa. Selain daging lembu, ayam atau makanan laut juga boleh dijadikan inti.
5. KIBBEH
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk inti :
300 gm daging kisar (inti)
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk cili
1 biji bawang holland | dicincang halus
1 ulas bawang putih | dicincang
2 tangkai daun ketumbar
1 sudu teh serbuk kayu manis
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan untuk lapisan luar :
300 gm bulgur wheat atau nasi yang telah dimasak
3 sudu makan tepung gandum
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK : 1. Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. 2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, daun ketumbar, garam dan serbuk perasa. Ketepikan sebentar 3. Kemudian campurkan bulgur wheat atau nasi yang telah dimasak tadi, tepung ke dalam daging kisar untuk dijadikan bahagian lapisan luar. 4. Kemudian perasakan dengan garam dan gaul sebati. 5. Bentukkan lapisan luar dengan bentuk bujur kemudian masukkan inti daging tadi ke dalam bentuk bujur tadi. 6. Jadikan ia bentuk bujur dan goreng ke dalam minyak penuh. 7. Goreng sehingga warna bertukar coklat. 8. Angkat dan toskan. 9. Boleh dihidangkan dengan yogurt.
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Sajian Arab Keistimewaan : Inti yang berjus dengan lapisan kulit rangup Anggaran kos :RM 20
Info Chef: Kibbeh keras di luar dan lembut di dalam. Sesuai dimakan dengan yogurt atau mayonis.
Bagi yang tidak mengenali kuih ropa, kuih ini sebenarnya berasal dari Terengganu. Paling sedap adalah inti ikan. Kuih ini juga dikenali sebagai kuih lipat.
Sedap dinikmati ketika minum petang, kuih ropa ini nampak sahaja seperti popia tetapi cara menghasilkannya sama seperti membuat kuih ketayap. Dinamakannya sebagai kuih lipat kerana pembuatannya iaitu melipat kulit kuih tetapi lipat secara meleperkannya, bukan lipat membulat seperti popia.
Kali ini kita buat kuih ropa inti kentang bersama sardin versi tak pedas. Jadi, anak-anak kecil pun boleh menikmatinya. Ikuti perkongsian resipi daripada Pn Habsah Ngah ini.