Selalunya bila teringin makan Putu Bambu mesti beli sebabnya jarang dari kita yang buat putu bambu sendiri, alasannya takda acuam buluh dan acuan ini tidak ada dijual. Jadinya, jalan paling senang beli je dan terus makan. Tapi kalau teringin nak buat sendiri, boleh je walaupun tanpa acuan buluh. Kalau korang nak tahu macam mana, ini cara mudah buat putu bamboo guna acuan biasa. Rasa tetap sedap dan mudah je, asalkan korang ikut tip berikut untuk membuatnya.

Pastikan Tekstur Tepung Beras Lembab Berpasir.

Tepung beras adalah bahan utama Putu Bambu. Goreng sangai tepung beras, kemudian   tepung itu dikukus hingga lembab dan dicampurkan dengan air suam dan sedikit garam. Selain air suam boleh tukar dengan susu cair suam untuk tambah perisa. Gaulkan tepung yang dicampur air suam hingga menjadi lembab dan seperti berpasir. Jika terlalu lembik putu akan mudah hancur semasa dikeluarkan dari acuan.

Cara Buat Putu Bambu Guna Acuan Je, Lagi Senang.

 Guna Acuan Aluminium, Silikon & Plastik

Takda acuan buloh, boleh je guna acuan biasa yang dibuat dari aluminium, silikon dan plastik asalkan boleh memuatkan putu dan dikeluarkan dengan sempurna tanpa pecah dari acuan.

Cara Buat Putu Bambu Guna Acuan Je, Lagi Senang.

IKLAN

Jangan Tekan Adunan Dalam Acuan

Adunan tepung beras yang sudah siap dimasukkan ke dalam acuan. Sukatannya hanya  1/4  dari acuan, kemudian taburkan gula Melaka yang sudah dihancurkan secukupnya. Kemudian tutup lapisan gula dengan satu lai lapisan adunan tepung beras hingga memenuhi acuan. Jangan tekan adunan, bimbang ia akan melekat pada acuam dan boleh menyebabkan tekstur putu menjadi keras.

Cara Buat Putu Bambu Guna Acuan Je, Lagi Senang.

Pastikan Pengukus Panas.

IKLAN

Rahsia putu cantic, gebu dan tak bantat adalah menggunakan kukus yang panas dan kukus hingga masak. Oleh itu panaskan terlebih air dalam pengukus hingga mendidih ketika dibuka penutupnya. Untuk menambah aroma boleh masukkan 1-2 helai daun pandan dalam air kukusan. Kemudian masukkan acuan berisi adunan putu dan kukus hingga masak. Putu yang dibuat dengan acuan kecil, waktu mengukus lebih kurang 15-20 minit dengan api sederhana.

Bila dah siap bolehlah dihidangkan dengan kelapa yang dan gula. Makan panas-panas dengan secawan kopi memang layan.

 

IKLAN

Cara Buat Putu Bambu Guna Acuan Je, Lagi Senang.

Resipi Putu Bambu

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 13 sudu makan a’ir
  • Gula Melakan Secukupnya
  • 1 helai daun pandan
  • Secubit garam

Cara Memasak:

  1. Masak aiar dalam periuk besama secubit garam dan daun pandan. Apabila air mendidih dan wangi bau daun padan. Tutup api.
  2. Di dalam mangkuk masukkan tepung beras dam masukkan air suam tadi dan gaul hingga berderai seperti serbuk roti.
  3. Kemudian tapis tepung tadi gunakan penapis jarang dan ayak. Setelah siap masukkan dalam acuan dengan di bahagian tengahnya letakkan gula Melaka.
  4. Kukus dengan penutup kukus dibalut dengan kain.
  5. Kukus lebih kurang 15 minit.

 

..

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI