Resipi sup ikan jenahak ini sesuai dihidangkan bila teringin menghirup sup panas. Tambah pula kalau cuaca hujan atau mendung, lagi berselera makan lauk sebegini.

Cara membuat sup ikan jenahak ini juga mudah, bahan-bahannya yang biasa-biasa saja tapi rasanya tak kalah sedap. Cubalah.

Resipi Sup Ikan Jenahak

Resipi Sup Ikan Jenahak Yang Mudah, Sedap Hirup Panas-Panas

Ads

Bahan-bahan

1 ekor ikan jenahak -dipotong
1 paket rempah sup ikan
Bawang merah -dihiris
Bawang putih dihiris
Halia -dihiris
Lada hitam
Sos Ikan
Batang daun bawang
Garam
Serbuk Perasa
Daun bawang -dipotong
Tomato
Perahan limau nipis
Cili padi
Daun Sup

Resipi Sup Ikan Jenahak Yang Mudah, Sedap Hirup Panas-Panas

Cara Penyediaan Sup Ikan Jenahak

1.Panaskan kuali, tumis bawang, halia dan lada hitam hingga naik bau.

2. Masuk ikan dalam bahan tumis tadi bersama air secukupnya dan rempah sup ikan dan bunjut sup. Biarkan hingga mendidih.

3. Masukkan sos ikan satu sudu, garam dan serbuk perasa. Rasa apa yang kurang boleh tambah.

4.Masukkan batang daun bawang dan juga tomato yang dibelah. Biarkan hingga ikan masak.

Ads

5.Selepas ikan masak, perah limau nipis ke dalam sup tadi. Tutup api.

6.Akhir sekali masukkan cili bersama daun sup dan daun bawang.

Tip bersih ikan jenahak

Gaulkan ikan dengan perahan limau nipis atau asam jawa, biarkan sekejap (3–5 minit) sebelum dibilas. Cara ini bantu hilangkan bau hanyir.

Ads

Untuk sup, potong agak tebal supaya isi tak hancur bila dimasak. Untuk goreng, boleh potong sederhana nipis.

Kredit Resipi & Foto: Ruzila Sidek

Dapatkan resipi, cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI