Bagi yang suka sangat makan Ayam Goreng Berempah, ini ada resipi langkah demi langkah yang paling mudah dan senang untuk dicuba. Boleh cuba buat untuk majlis rumah terbuka di sepanjang bulan Syawal ni.
AYAM GORENG BEREMPAH PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – potong kecil
Serbuk kunyit secukupnya
Garam,serbuk perasa dan gula secukup rasa
BAHAN A ( KISAR):
Ads
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil biji ketumbar
4 batang serai
Halia
Lengkuas
1 biji telur
1 sudu besar pes asam jawa – campur sedikit sahaja air & tapis biji
Nota : Kisar semua bahan di atas. Dilarang menggunakan air sebab air dari bawang besar, telur dan air asam jawa sudah mencukupi. Jadi nak elakkan bahan perapan terlalu berair.
BAHAN B:
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk cili (suka pedas boleh tambah)
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1 1/2 sudu besar tepung beras
Daun kari
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan tos hingga kering. Pastikan jangan terlalu berair. Gaul garam kunyit dulu kemudian tambah serbuk perasa dan gula (satu sudu kecil nak bagi seimbangkan rasa)
2. Masukkan Bahan A (kisar) dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan semua Bahan B.
4. Sebaiknya gaul guna tangan. Tabur sedikit daun kari untuk aroma dalam perapan.
Ads
5. Bila semuanya sebati, boleh tambah sedikit lagi garam, serbuk perasa, serbuk cili atau serbuk kari. Ikut kata hati. Jangan lupa cucuk sedikit ayam dengan pisau supaya perapan terasa sampai ke dalam. Perap selama 2-3 jam.
6. Panaskan minyak dalam kuantit banyak supaya tenggelam masa menggoreng. Kalau nak ayam masak sekata, disyorkan goreng dalam periuk. Pastikan minyak betul-betul panas.
7. Masukkan ayam dan tutup periuk..Setiap bahagian goreng lebih kurang 4-5 minit. Bila dua-dua bahagian dah masak, buka tudung periuk dan biar 3-4 minit. Bila nampak garing sepenuhnya terus angkat. Teknik ni untuk bagi ayam garing di luar dan berjus di dalam.
Teringin nak masak menu Ayam Teriyaki tapi tak jumpa resipi yang mudah? Maklumlah, sos Jepun ni banyak sangat versinya. Di pasaraya pun ada jual sos Teriyaki segera tapi jika boleh buat sendiri, buat apa beli. Betul tak? RASA kongsikan resipi Ayam Teriyaki guna sos homemade ni. Mudah, cepat dan tak pedas. Memang sesuai untuk kanak-kanak.
RESIPI AYAM TERIYAKI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam
1 sudu makan air sejuk
1/2 cawan gula
1/2 cawan kicap cair
1/4 cawan cuka
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih| dicincang
1/2 sudu teh serbuk halia
Sedikit bijan | disangai
CARA MEMASAK:
Dalam periuk kecil, campurkan kesemua bahan kecuali ayam dan biarkan mereneh dan memekat.
Lumur ayam dengan sos dan bakar dalam ketuhar pada suhu 175C selama 25 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya.
Angkat dan taburkan sedikit bijan yang telah disangai.
Nikmatinya bersama nasi.
Info chef: Ayam ni jika lebih lama diperap, lebih enak rasanya. Jika ada lebih masa, boleh perap dengan lebih lama.
Tetamu tiba-tiba telefon nak singgah beraya? Jangan gelabah sebab ada menu mudah yang anda boleh sajikan buat mereka. Rendang Ayam ni memang cepat masak. Nak hidangan dengan ketupat atau dengan nasi pun sesuai. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RENDANG AYAM EKSPRESS
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong sederhana
500ml santan
2 sudu makan kerisik
1 helai daun kunyit | dihiris halus
3 helai daun limau purut
2 batang serai | dihiris
3 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
3cm kunyit hidup
2 batang serai
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan serai serta bahan kisar hingga wangi. 2. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak. 3. Seterusnya masukkan pula ayam. Kacau rata. 4. Bila ayam kecut, masukkan santan. Biarkan ia mendidih atas api sederhana. 5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 6. Bila kuah pekat, masukkan kerisik, daun limau purut dan daun kunyit. 7. Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga timbul minyak. 8. Tutup api dan Rendang Ayam sedia dihidangkan.
Jom masak itik pulak. Tapi kena betul gaya memasaknya. Ada orang salai dulu, dan ada jugak yang rebus dulu dengan halia. Terpulang..tapi rasanya memang tak boleh nak komporomi, memang sedap.
Ni masak kerutuk memang terbaiklah. Berbaloi untuk dicuba.
KERUTUK ITIK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor itik | anggaran 1 1/2 kg
500ml santan pekat
4 sudu makan rempah kerutup
3 sudu makan air asam Jawa
3 sudu makan kerisik
Garam dan gula kabung secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
15 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
3cm halia
3cm kunyit
2cm lengkuas
4 batang serai
BAHAN GORENG SANGAI DAN KISAR:
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
7 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkih
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah penumis, hingga naik bau dan tambah rempah kisar tadi. 2. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga pecah minyak, masukkan gula kabung, garam dan air asam Jawa. 3. Seterusnya masukkan rempah kerutuk, kacau dan tumis lagi seketika. 4. Masukkan itik dan sedikit air biarkan mereneh hingga itek empuk. 5. Akhir sekali masukkan santan dan sedikit air, biarkan mereneh hingga kuah pekat baru masukkan kerisik. 6. Kecilkan api biarkan kuah hingga pekat dan terbit minyak. 7. Setelah isi itik lembut, rasa sekali lagi untuk pastikan agar secukup rasa sebelum tutup api. 8. Kerutuk Itik sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika perlu boleh rebus dahulu itik bersama hirisan halia, dan sedikit rempah kerutuk.