Teringin masakan Vietnam? Anda tidak perlulah ke restoran yang menyajikan masakan Vietnam atau sehingga berpeluang ke negara. Apa kata anda cuba masak sendiri di rumah  dan boleh sesuaikan dengan cita rasa keluarga anda. Contohnya anda boleh masak Mi Daging Vietnam atau Popia Vietnam kerana bahan yang diperlukan senang dibeli dan ia menunya juga mudah disediakan. Berikut,  RASA  kongsikan beberapa resipi yang boleh anda cuba buat di rumah.

MI DAGING VIETNAM

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm Banh Pho/ bihun  vietnam | rendam, rebus dan tos
  • 500gm daging batang pinang | cuci bersih dan tos
  • 500gm tulang | cuci bersih dan tos
  • 3cm halia muda | hiris memanjang
  • 1 biji bawang besar | potong dadu kecil
  • 4 ulasa bawang putih | titik
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 2 sudu makan sos ikan
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

BAHAN REMPAH RATUS:

  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga

BAHAN ISIAN:

  • Daun sup secukupnya
  • Tauge secukupnya
  • Limau nipis atau lemon | ikut suka
  • Sambal kicap / hirisan cili
  • Bawang goreng | jika suka

CARA MEMASAK:

  1. Rebus tulang dan daging lebih kurang 15 minit, asingkan daging dan isi tulang.
  2. Tapiskan air rebusan tulang, ketepikan.
  3. Setelah daging sejuk hiris nipis. Ketepikan.
  4. Dalam periuk berasingkan , tumis bahan rempah ratus  bersama bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  5. Kemudiana masukkan air rebusan daging dan tulang tadi bersama serbuk lada sulah.
  6. Setelah mendidih, masukkan sos ikan, perahan jus limau nipis atau lemon, garam, gula dan perasa secukupnya.
  7. Setelah secukup rasa . tutup api.
  8. Sementara itu panaskan air dalam periuk, celur mi vietnam hingga lembut. Angkat dan toskan.
  9. Masukkan dalam mangkuk, tuangkan kuah, kemudian hias di atasnya dengan tauge dan daun sup, bawang goreng jika suka.
  10. Hidangkan bersama sambal kicap atau cili potong.

POPIA VIETNAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket kulit popia Vietnam
  • 100 hirisan isi dada ayam | rebus dan tos
  • 200gm isi udang yang dibuang kepala dan kulit | celur
  • 100gm  bihun  | celur
  • Daun selasih secukupnya
  • Daun pudina secukupnya
  • Tauge secukupnya
  • Daun salad secukupnya | potong  kecil
  • Daun ketumbar secukupnya | hiris
  • Garam secukupnya
  • Air secukupnya

BAHAN SOS:

  • 5 biji cili padi merah dan hijau | hiris halus
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan gula
  • 3 sudu makan jus lemon
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 3 sudu makan air panas

CARA MEMASAK:

  1. Siapkan semua bahan isian dulang kemudian ketepikan.
  2. Sementara itu rendam kulit popia dalam air panas seketika, angkat dan toskan ainya.
  3. Kemudian letakkan kulit popia yang telah direndam di atas pinggan leper. Segera isikan isiannya ikut kreativiti.
  4. Kemudian lipatkan kiri dan kanan kulit popia.
  5. Seterusnya gulung hingga ke hujung seperti buat popia biasa.
  6. Masukkan dalam bekas dan ketepikan.
  7. Untuk menyediakan sos, Campurkan semua bahan kacau rata.
  8. Setelah siap hidangkan bersama popia yang telah siap tadi.

BUBUR NASI VIETNAM (CHAO CA VIETNAM) 

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm beras | cuci bersih dan tos
  • 2 ulas bawang merah | mayang galus
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 3 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan minyak masak

BAHAN KUAH SUP:

  • 2 liter air rebus daging
  • 1 batang lobak merah | hiris memanjang 3 cm
  • 4 ulas bawang merah | hiris
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Garam secukupnya

BAHAN ISIAN:

  • Hirisan daging
  • Hirisan daun bawang
  • Hirisan daun ketumbar
  • Hirisan halus halia
  • Tauge
  • Sambal kicap / hirisan cili

CARA MEMASAK:

  1. Mulakan dengan menyediakan kuah sup, Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
  2. Masukkan air rebusan daging, perasakan dengan serbuk lada sulah garam dan serbuk perasa secukupnya.
  3. Setelah mendidih, Ketepikan.
  4. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  5. Masukkan beras, goreng seketika, kemudian tuangkan ke dalam periuk rebusan sup tadi.
  6. Kacau dan biarkan ia mereneh atas api kecil hingga menjadi bubur nasi pekat.
  7. Masukkan dalam mangkuk, kemudian letakkan hirisan daging di atasnya, hirisan dan sup, daun ketumbar, halia dan tauge.
  8. Hidangkan bersama dengan sambal kucap atau hirisan cili.

ASAM LAKSA VIETNAM:

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm mi telur | celur hingga lembut dan tos
  • 250gm daging | rebus dan hiris nipis
  • 250gm udang | buang kepala dan kulit kemudian rebus dan tos
  • 1500ml air rebusan daging
  • 6 ulas bawang merah | hiris
  • 4 ulas bawang putih | titik
  • 3cm lengkuas | ketuk
  • 6 helai daun limau purut | carik-carik
  • 2 sudu makan kicap ikan
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan jus limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN HIASAN:

  • Daun ketumbar | hiris
  • Daun bawang | hiris
  • 4 biji telur rebus | belah dua

CARA MENASAK:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, lengkuas, dan daun limau purut hingga wangi.
  2. Tambahkan daging dan udang sambil kacau hingga berubah warna.
  3. Tuang air. Masukkan kecap ikan, kecap manis, jus limau nipis, gula, dan garam.
  4. Setelah cukup rasa dan masak. Tutup api dan masukkan daun bawang.
  5. Masukkan mi telur dalam mangkuk, kemudian tuangkan kuah dan hias di atasnya dengan bahan hirisan dan telur rebus.
  6. Sedia dihidangkan. 

CREPE PEDAS VIETNAM (BBANH XEO)

BAHAN UNTUK CREPE:

  • 2 cawan tepung beras
  • 3/4 cawan santan
  • 1 ½ cawan air sejuk
  • 1 sudu makan kicap ikan
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 pokok daun bawang  | hiris halus

BAHAN ISIAN:

  • 300gm udang | buang kulit dan cincang
  • ½ biji bawang holland | cincang halus
  • 1 cawan tauge
  • 3 pokok daun ketumbar | hiris
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Sos Cili Thai secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan tepung beras, serbuk kunyit, serbuk kari, garam dan gula secukupnya. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan air, santan dan sos ikan. Kacau hingga campuran sebati, tidak berketul.
  3. Panaskan lebih kurang dua sudu makan minyak dalam kuali leper
  4. Tumuskan bawang Holland, udang kemudian tambah tauge di dalamnya,
  5. Perasakan dengan sedikit garam. Tutup api.
  6. Seterusnya, oleskan  minyak dalam kuali leper. Kemudian biarkan panas.
  7. Tuangkan setengah bancuhan crepes. Apabila crepes mula keras dan ranggup masukkan sedikit minyak lagi di sekeliling tepi crepes.
  8. Gunakan spatula, perlahan-lahan pastikan crepes tidak melekat pada kuali.
  9. Seterusnya taburkan di atasnya dengan campuran udang tadi.
  10. Apabila crepes betul-betul ranggup, lipatkan crepes hingga separuh bulatan.
  11. Masukkan di dalamnya tauge, daun ketumbar, daun bawang dan picitkan sedikit Sos Cili Thai di dalamnya.
  12. Crepes sedia dihidangkan.

SANDWICH VIETNAM (BAHN MIE)

BAHAN-BAHAN:

  • 1 batang roti baguette | belah dua
  • 1/2 batang lobak merah | hiris halus memanjang
  • 1/2 batang timun | hiris halus memanjang
  • Daun ketumbar secukupnya
  • Daun Salad secukupnya
  • Tomato secukupnya
  • Hirisan daging panggang

BAHAN SOS:

  • Sedikit hirisan cili padi
  • 1/2 biji lemon | ambil  jus jus
  • 1 sudu makan gula
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Panggang seketika roti Baguette yang telah dipotong tiga dan dibelah dua.
  2. Sapukan mayones di bahagian belahan roti.
  3. Kemudian sediakan bahan sos.
  4. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
  5. Kemudian gaulkan bersama bahan hirisan tadi, gaul rata seperti salad.
  6. Isikan di atas roti yang disapu mayones, kemudian letakkan hirisan daging panggang.
  7. Akhir sekali letakkan roti bahagian atas, kemudian segera hidangkan.

 

 

 

 

Komen anda