Sajian Soto Ayam memang tak lengkap tanpa Begedil Daging dan Sambal Kicap. Tak cukup syarat. Bagi anda yang nak masak Soto untuk suami dan anak-anak sempena hujung minggu nanti, resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK SOTO AYAM, BEGEDIL DAGING & SAMBAL KICAP SECARA HOMEMADE
SOTO AYAM
BAHAN SOTO:
Nasi impit
Suhun goreng
Tauge – cuci bersih & toskan
Fishcake – goreng & hiris
Tauhu – goreng & hiris
Kacang tanah – goreng
Daun bawang & daun sup secukupnya – hiris
BAHAN KUAH SOTO:
1/2 ekor ayam – potong dua
5 kuntum bunga lawang
1 1/2 keping asam gelugur
1 sudu makan garam
1 sudu teh bahan perasa
1 kiub pati ayam
2 1/2 sudu makan serbuk rempah sup
2 sudu makan serbuk rempah kurma
3 akar daun sup – basuh bersih & ketuk
3 hiris lengkuas – ketuk
2 biji buah keras – ketuk
2 batang serai – ketuk
2 senduk minyak masak untuk menumis
3 liter air – boleh lebihkan
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Halia – sebesar ibu jari
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan lada hitam
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan kisar. Tambah sedikit air dan kisar halus.
2. Panaskan minyak, masukkan bunga lawing, serai, buah keras dan lengkuas. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan bahan kisar, asam gelugur, kiub pati ayam, garam dan bahan perasa. Tumis hingga naik minyak dan rempah menjadi garing.
4. Tambahkan air dan akar daun sup. Biarkan mendidih.
5. Masukkan ayam dan renehkan hingga ayam masak sepenuhnya. Sesuaikan rasa.
Ads
6. Toskan ayam dan matikan api sup.
7. Ayam digoreng seketikan dan toskan Kemudian carikkan isinya. Ketepikan seketika.
8. Masukkan nasi impit, suhun goreng, tauge, fishcake, tauhu, kacang goreng dan hirisan daun sup serta daun bawang ke dalam mangkuk.
9. Tambah isi ayam carik dan begedil daging dengan secukupnya.
10. Tuang kuah soto dan nikmati bersama sambal kicap untuk rasa lebih enak.
BEGEDIL DAGING
BAHAN-BAHAN:
8 biji ubi kentang – kupas kulit dan belah 4
Sedikit daun sup – hiris
2 sudu makan bawang goreng – jika suka
200gm daging kisar
Serbuk lada sulah secukupnya
Mentega untuk menggoreng
2 biji telur
1 sudu teh tepung jagung
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur bersama tepung jagung hingga sebati.
Ads
2. Panaskan minyak dan goreng kentang hingga empuk. Toskan dan lenyekkan guna lesung batu.
3. Goreng daging kisar tanpa minyak seketika. Kemudian hancurkan.
4. Satukan kentang lecek, daging kisar, daun sup, bawang goreng dan serbuk lada sulah. Gaul sebati dan sesuaikan rasanya.
5. Cubit doh dan bulat-bulatkan. Leperkan sedikit bagi membentuk begedil.
6. Panaskan minyak masak guna api sederhana.
7. Celup kepingan begedil ke dalam bancuhan telur dan goreng dalam minyak panas.
8. Bila begedil kelihatan garing keemasan, angkat dan ulang hingga habis adunan.
SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN:
Ads
35 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 sudu teh gula
Kicap masin secukupnya
1 sudu makam sos cili – boleh gantikan dengan perahan limau nipis
1 senduk kecil kuah sup soto
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan cili dan buang tangkainya.
2. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar halus.
3. Nikmati sambal kicap bersama soto dan begedil daging.
Bagi peminat masakan pedas, sambal pastinya salah satu stok wajib ada di dapur masing-masing. Tak perlu lauk yang mewah dan bermacam jenis untuk menikkan selera. Andai ada sambal, cukuplah sekadar menambah telur goreng atau ikan goreng bersama hidangan sayur. Jom cuba resipi Sambal Tumbuk Berapi ni. Memang padu!
SAMBAL TUMBUK BERAPI
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis
Udang kering
Cili api
Bawang besar
Bawang putih
Asam keping
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili api. Jangan tumbuk terlalu halus.
2. Masukkan ikan bilis dan udang kering. Pecah-pecahkan.
3. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak kemudian tumis bahan tumbuk tadi hingga betul-betul garing.
4. Tambahkan garam secukup rasa dan juga 1 sudu gula. Sederhanakan api dan masak sambal hingga betul-betul kering.
5. Angkat dan tapis minyaknya. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas.
Sesekali makan bubur nasi untuk makan malam memang enak. Bukan setakat dinikmati begitu sahaja, menu ini juga boleh dihidangkan dengan pelbagai lauk kegemaran masing-masing. Cukup mudah, mengenyangkan dan menaikkan selera walaupun dimakan kosong. Kali ini, jom cuba resipi Bubur Nasi Special perkongsian saudari Sulizawati Linn Hassan yang istimewa kerana menggunakan beras nasi impit segera. Hasilnya, bubur wangi, lembut dan lebih sedap!
Bubur Nasi Special
Bahan A:
3 paket beras nasi impit – keluarkan beras dari paket nasi impit, cucurkan air & toskan
1.5 liter air (kalau nak bubur lebih cair, boleh lebihkan air)
3 keping dada ayam – dipotong kecil (nak guna bahagian tulang pun boleh)
2 ketul kiub pati ayam – dipecahkan jadi serbuk terlebih dahulu
1 inci halia – dimayang halus (*)
3 ulas bawang putih – ditumbuk halus (*)
2 paket sup bunjut (*)
1 batang kecil kulit kayu manis (*)
1 kuntum bunga lawang (*)
1 helai daun pandan – disimpul (*)
Garam secukup rasa
½ sudu teh gula
Sedikit minyak masak
Bahan B (Untuk Taburan Masa Hidang):
Daun bawang – dihiris halus
Bawang goreng – digoreng dengan 5 sudu makan minyak bijan
Cili merah – dihiris nipis
Lada sulah – ditabur semasa hidang
Cara Memasak Bubur Nasi Special
Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan bertanda (*) hingga wangi dan naik bau.
2. Masukkan isi ayam dan kacau selama 1 minit hingga ayam separa masak.
3. Seterusnya, masukkan air, kiub pati ayam dan beras nasi impit. Masak menggunakan api sederhana sehingga beras menjadi bubur lembut.
4. Perasakan dengan garam dan gula, kemudian rasa terlebih dahulu untuk pastikan cukup perisa.
5. Padamkan api dan taburkan bahan-bahan B sebelum dihidangkan panas-panas.
Tip Tambahan Bubur Nasi Special
Untuk tekstur lebih berkrim, boleh tambah sedikit susu cair selepas bubur masak.
Kalau suka rasa pedas, tabur sedikit serbuk lada hitam sebelum hidang.
Boleh juga hidangkan bersama sambal ikan bilis atau telur masin sebagai pelengkap hidangan.
Kesimpulan
Bubur Nasi Special ini bukan sahaja mudah disediakan, malah rasanya sangat wangi dan mengenyangkan. Dengan penggunaan nasi impit segera, masa memasak jadi lebih cepat dan hasilnya tetap sedap. Sesuai untuk hidangan makan malam ringan atau ketika tidak sihat. Selamat mencuba!
Pasti ramai peminat hidangan terung goreng berlada ni kan? Resepi yang sangat mudah dan enak di makan bersama nasi panas dan hidangan-hidangan lain. Jom kita cuba resepi ni!
RESEPI TERUNG GORENG BERLADA
Bahan-Bahan:
1) Terung (dibelah) 2) 1 bawang besar (dipotong) 3) Segenggam udang kering (direndam dulu) 4) 4 biji cili merah 5) 3 ulas bawang putih 6) 1 biji bawang besar 7) Asam jawa 8) Garam & gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
1) Gorengkan terung & kemudian ketepikan dulu 2) Tumbuk cili, bawang besar & putih & udang kering yg sudah ditoskan airnya 3) Tumiskan semua bahan tumbuk tadi 4) Masukkan sedikit air & asam jawa serta bawang potong 5) Masukkan gula & garam secukup rasa 6) Masukkan terung & gaulkan rata..Siap!
Nak buat aiskrim homemade lembut, halus dan murah? Ini resipi viral dengan 5 bahan ringkas yang rasanya setanding jenama mahal. Mudah, cepat dan confirm menjadi!