
Biasanya mayones ni kita beli sahaja di kedai. Tapi rupanya sangat mudah dihasilkan. Hanya menggunakan telur dan beberapa bahan mudah yang lain. Rasa mayones homemade ni tiada beza dengan yang dibeli. Bagi anda yang nak cuba hasilkan sendiri, resipi perkongsian saudari Riesha Iman ni antara yang paling mudah untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMBUAT MAYONES HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur
- 4 sudu makan gula
- 1 sudu teh garam
- 1/2 cawan cuka
- 1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan kisar dalam pengisar / blender.
2. Tuang bahan kisar ke dalam kuali non-stick dan masak guna api kecil sehingga kental. Padamkan api.
3. Biarkan mayones sejuk terlebih dahulu sebelum dikisar sekali lagi.
4. Simpan mayones dalam bekas bersesuaian dan bolehlah digunakan. Jika simpan dalam peti sejuk, mayones boleh tahan sampai berbulan-bulan.
Kredit resipi & foto: Riesha Iman
Manisan Dari Vietnam Yang Sangat Sedap

Pencuci mulut Che Suong Sa Hat Luu atau Rainbow Dessert ni sangatlah sedap. Rasanya manis. Sangat sedap dimakan ketika santai pada waktu petang. Nak membuatnya memang agak renyah tapi percayalah sangat berbaloi.
CHE SUONG SA HAT LUU (RAINBOW DESSERT)
BAHAN A
1 ½ sudu teh serbuk agar-agar
3 sudu teh gula
2 cawan air
BAHAN B
1 cawan kacang hijau (tanpa kulit)
2 cawan air
3 sudu teh gula
¼ sudu teh garam
BAHAN C
6 biji sengkuang cina | buang kulit dan dadu kecil
½ cawan tepung ubi
2 sudu teh gula
Pewarna merah dan hijau
BAHAN D
2 cawan air
1 cawan gula
¼ sudu teh esen vanilla
BAHAN E
400 ml santan pekat
½ cawan air
4 sudu makan gula
½ sudu makan bancuhan tepung ubi
½ sudu teh garam
CARA MEMBUAT
1. Satukan BAHAN A lalu didihkan sehingga larut. Tapis ke dalam loyang dan sejukkan selama 1-2 jam atau hingga agar-agar keras. Setelah keras, potong memanjang agar-agar mengikut cita rasa. Ketepikan.
2. Satukan BAHAN B di dalam periuk lalu didihkan sehingga kacang hijau empuk. Kisar kacang hijau yang telah direbus sehingga menjadi pes yang pekat.
3. Bahagikan sengkuang cina (BAHAN C) kepada dua bahagian lalu warnakan setiap bahagian. Guna pewarna hijau dan merah dengan cara merendam sengkuang sebentar ke dalam air yang bercampur pewarna. Toskan dan salut dengan tepung ubi lalu buang lebihan tepung. Celur sengkuang dengan air yang dicampur gula sehingga lembut. Toskan.
4. Satukan BAHAN D sehingga larut menjadi sirap gula yang pekat lalu tapis.
5. Satukan BAHAN E lalu didihkan dengan api yang kecil sehingga menjadi kuah yang pekat.
6. Untuk menghidang, tuang ais kisar dalam gelas lutsinar. Lapiskan pes kacang hijau, diikuti dengan sengkuang cina, agar-agar, air gula dan kuah santan. Hidangkan sejuk.
Selamat mencuba!
Sedap & Senang Puding Milo Ni, Gerenti Anak Suka!

Puding atau agar-agar Milo ni memang lagend, dari dulu sampai sekarang tetap disukai ramai. Selain sedap, puding ini mudah je nak buat dan tak guna banyak bahan. Musim panas ni sedap kalau menikmati sepotong puding Milo, terasa sejuk tekak. Kalau anda buat gerenti anak-anak sukakannya.
PUDING MILO
BAHAN-BAHAN:
- 10gm agar-agar
- 750ml air
- 150 gm gula
- 1 tin susu cair
- 3/4 cawan serbuk milo
CARA MEMASAK:
- Masak agar-agar dan air hingga larut.
- Masukkan gula dan masak hingga mendidih.
- Masukkan susu cair. Angkat dan masukkan serbuk milo.
- Masak seketika. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.
Resipi Maggi Goreng Special Sedap Ala Kedai Mamak

Sesekali menikmati sajian Maggi Goreng Special ni memang terasa keenakannya. Seakan menikmati sajian di restoran Mamak. Bagi anda yang suka sangat makan Maggi Goreng, apa kata cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni antara yang boleh dicuba. Nampak sangat membuka selera. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI MAGGI GORENG SPECIAL SEDAP
BAHAN-BAHAN:
3 paket mi segera perisa Kari – mi direbus 1/2 masak
3 paket perencah mi segera Kari
3 biji telur
Sawi dan tauge secukupnya
1 biji tomato
Lobak merah
7 ulas bawang putih – ditumbuk
5 biji bawang merah – dihiris
1 biji cili merah – hiris
1 biji cili hijau – hiris
3 sudu makan cili kisar – beli online disini
Fishball
Meatball
1 sudu teh serbuk belacan – beli online disini
1½ sudu makan sos cili – beli online disini
1½ sudu teh sos tomato – beli online disini
1 sudu makan sos tiram – beli online disini
1 sudu teh sos ikan – beli online disini
1½ sudu makan kicap – beli online disini
1 sudu kecil kicap cair – beli online disini
Serbuk lada putih – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Tumiskan bawang putih sehingga garing.
2. Kemudian masukkan bawang merah. Masak hingga keperangan.
3. Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan fishball dan meatball.
5. Masak sebentar dan masukkan 2 biji telur. Masak seperti telur hancur.
6. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, serbuk belacan, kicap manis dan perencah maggi. Gaul rata.
7. Seterusnya masukkan sawi, tauge, lobak merah, tomato dan mi segera yang telah direbus separuh masak. Gaul sehingga rata.
8. Masukkan pula sos ikan dan kicap cair jika kurang masin.
9. Masukkan serbuk lada putih dan lagi 1 biji telur. Gaul sebati sehingga berasap.
10. Maggi Goreng Special siap untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Patutlah Resipi Terung Goreng Crispy Dapat 20K ‘Share’. Memang Sedap!
Pucuk Ubi Goreng Resipi Dari Ig Live Dato’ Rizalman. Mudah & Memang Sedap
Nak Meniaga Pulut Kuning & Rendang Ayam? Wanita Ini Kongsi Resipi & Tip
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official