Sedapnya Sos Thai ni. Bahan-bahan serta cara membuatnya pun sangat mudah. Makan bersama aneka makanan bakar dan bergoreng seperti lokching, sosej pulut, sotong bakar, keropok lekor goreng, sosej bakar dan sebagainya memang sedap. Sos Thai ini juga boleh dijadikan stok di rumah. Tak perlu beli lagi. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Mansor. Pasti puas hati.
CARA BUAT SOS THAI SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula
1 cawan cuka
1 sudu teh garam
1 sudu makan tepung ubi – bancuh dengan sedikit air
BAHAN KISAR:
4 biji cili merah besar
1 genggam cili padi merah dan hijau
6 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar, gula, cuka dan garam ke dalam kuali. Masak hingga semua bahan larut dan sedikit mendidih.
Ads
2. Kecilkan sedikit api kemudian tuang air bancuhan tepung ubi secukupnya. Kacau dan padam api.
3. Sejukkan sos dan sedia untuk dinikmati bersama aneka masakan bakar atau bergoreng mengikut selera masing-masing.
Ads
INFO: Pastikan tepung ubi dibancuh dengan air terlebih dahulu. Elak letak terus ke dalam kuali kerana sos akan berketul.
Terasa nak makan kariikan tapi tercari-cari resipi yang paling mudah? Ha..Ini dia resipi yang anda perlukan. Sangat simple dan tak renyah. Malah bahan-bahan yang digunakan pun senang nak sediakan. Nampak sedap! Jom cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni.
RESIPI KARI IKAN SARDIN PALING SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan sardin/selayang – boleh juga guna ikan tongkol, senangin
1 biji kelapa parut – kisar dengan 4 cawan air & ambil santannya
Bendi secukupnya
Tomato secukupnya
2 senduk minyak untuk menumis
BAHAN TUMIS:
1 biji bawang besar – hiris nipis
5 ulas bawang putih – hiris nipis
1 inci halia – hiris nipis
1 sudu teh halba campur – boleh abaikan
BAHAN PES (SATUKAN & JADIKAN PES):
2 paket kecil rempah kari
1 paket kecil serbuk cili
1 ½ keping asam gelugur
3 tangkai daun kari
1 sudu makan garam
1/2 sudu teh gula
Sedikit perasa
1 ½ cawan air
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Masak hingga wangi.
2. Kemudian masukkan daun kari serta pes.
3. Masak pes tadi sehingga betul-betul masak, pecah minyak dan rempah bertukar warna.
4. Seterusnya masukkan santan. Kacau dan biarkan mendidih.
5. Bila kuah dah mendidih dalam 2-3 minit, masukkan ikan, hirisan tomato serta bendi.
6. Setelah kari mendidih sekali lagi, masukkan garam, gula dan perasa ikut citarasa.
Roti kalau dibuat sendiri boleh makan panas-panas, fresh from the oven . Gunakan pulak ramuan berkhasiat memang terbaik lah.
Ni min kongsikan dua resipi roti daripada bahan makanan sunnah iaitu zaitun, madu dan kismis. Adun dan uli elok-elok. Jangan lupa semak resipi bun oreo coklat sekali ya.
OLIVE HERB POTATO FOCCACIA
BAHAN-BAHAN :
800gm tepung roti | diayak
200gm kentang | direbus dan dilecek
40gm yis
20gm garam
20gm gula
6gm oregano
500ml susu segar
150ml minyak zaitun
Buah zaitun secukupnya | dihiris
CARA MEMASAK : 1. Masukkan tepung, kentang lecek, yis, garam, gula dan oregano ke dalam penguli. Campur dan gaulkan sebati. 2. Masukkan susu segar dan uli selama 5 minit lagi dalam kelajuan perlahan. 3. Masukkan minyak zaitun dan ulikan lagi selama 7 minit. 4. Ambil dan doh dan letakkan di dalam tin pembakar. 5. Rehatkan selama 2 jam, sehingga saiz doh naik dua kali ganda dari asal. Letakkan buah zaitun di atasnya 6. Panaskan oven dalam suhu 200 darjah celcius dan bakar selama 25 minit atau keperangan.
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak: 30 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : roti Keistimewaan : Sedap dimakan bersama sup dan keenakan minyak dan buah zaitun yang sihat
INFO CHEF :Buah zaitun boleh juga diganti dengan tomato ceri atau bawang putih.
HONEY GOLDEN RAISIN LOAF
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung roti
20gm gula perang
8gm garam
10gm yis kering
30ml madu
50gm mentega
250ml air
150gm kismis kuning
CARA MEMASAK : 1. Di dalam mangkuk penguli, satukan tepung roti, gula perang , garam dan yis. 2. Masukkan air dan madu, ulikan lebih kurang 5 minit. 3. Masukkan mentega dan teruskan menguli selama 7 minit dan akhir sekali masukkan kismis. 4. Biarkan rehat selama 30 minit ,hingga ia naik kali pertama. 5. Bentukkan doh dan masukkan ke dalam dulang pembakar. 6. Biarkan rehat dan naik sehingga dua kali ganda. 7. Panaskan oven selama 10 minit dalam suhu 200 darjah celcius, dan bakar selama 20 minit
Saiz hidangan :2 buku roti, 4 orang Waktu memasak: 20 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Roti Keistimewaan : Roti manis buah dengan rasa kismis, enak dimakan disapu jem atau mentega
INFO CHEF : Boleh tambah kekacang seperti badam, pistachio atau walnut jika suka. Boleh tahan seminggu, jika disimpan dalam peti sejuk.
TERIMA KASIH : THE PEARL HOTEL KL
OREO CHOCOLATE BUN
BAHAN-BAHAN : Bahan A:
330 gm tepung roti
8 gm yis
16.6gm susu tepung
50 gm gula
30 gm mentega
6 gm garam
45gm telur
167 ml susu segar
BAHAN INTI : Coklat ganache :
125 gm krim putar
125 gm coklat masakan (baking chocolate)
50 gm mentega
Krim kastad :
250 gm tepung kastad
1/2 liter susu segar
1 liter krim putar
50 gm serbuk biskut Oreo
‘Topping’:
100 gm serbuk biskut Oreo
CARA MEMASAK : Cara masak inti (chocolate ganache): 1. Masakkkan krim putar di atas api sederhana hingga mendidih sedikit dan tutupkan api. 2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga sebati. 3. Kemudian masukkan mentega dan sebatikan. Biarkan dalam suhu bilik. Cara masak inti (krim kastad) : 1.Masukkan tepung kastad, susu segar dan krim putar di dalam periuk. 2.Masakkan di atas api sederhana 3.Tutup api dan biarkan seketika dalam suhu bilik.
Cara membuat oreo bun : 1. Masukkan bahan bahan A ke dalam mixer dan bancuh dengan kelajuan rendah selama 1 minit 2. Selepas 1 minit, bancuh dengan kelajuan sederhana selama 10 minit 3. Tutup mixer dan periksa jika doh lembut dan licin 4. Keluarkan doh dari mixer dan timbang 60 gm untuk setiap doh 5. Rehatkan pada suhu bilik selama 10 minit 6. Uli doh memanjang untuk dililit ke acuan 7. Sesudah siap semua celup ke dalam air dan celup ke oreo hancur untuk topping dan letak ke dulang pembakar 8. Rehatkan selama 1 jam sebelum bakar 9. Panaskan oven dengan suhu 190 darjah celcius, kemudian masukkan dulang pembakar berisi bun. 10. Bakar hingga coklat keemasan, keluarkan dan sejukkan selama 30 minit dan isi dengan bahan inti ke dalam bun
Saiz hidangan : 10 biji Waktu memasak : 40 minit Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Rasa coklat berkrim dan keenakan biskut Oreo Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Pastikan coklat masakan tidak dimasak ‘langsung’ atas api. Tutupkan api dan anda boleh tuangkan krim putar atas coklat masakan hingga cair. TERIMA KASIH : HOTEL ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG
Resipi kek mentega sedap & mudah. 15 variasi moden (pandan, strawberi, lemon, nenas, marble, oreo & banyak lagi). Ikut langkah satu per satu, confirm jadi!