Suka makan Sengkuang Calityang ada sos merah sedap tu? Ia adalah salah satu snek kanak-kanak zaman 80an & 90an yang masih digemari hingga kini.
Sekarang, masih ada yang menjual Sengkuang Calit ini namun kadang-kadang rasa sosnya berbeza. Tak sama macam zaman-zaman dulu.
Menerusi perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadam, beliau berkongsi resipi Sos Merah Sengkuang Calit yang sedap dan ori macam dulu-dulu. Resipi ini sebenarnya diperolehi dari seorng peniaga Sengkuang Calit yang telah 40 tahun meniaga snek ini. Namun sekarang beliau sudah tidak larat untuk meneruskan perniagaannya. Oleh itu beliau bermurah hati untuk berkongsi resipi agar ianya tidak hilang dek zaman.
Makan sos ni bersama sengkuang sejuk, memang nikmat tak terkata. Tabur pula kacang tumbuk banyak-banyak. Wallah. Sedapnya. Jom cuba!
RESIPI SOS MERAH SENGKUANG CALIT YANG SEDAP & ASLI
1.Kupas kulit sengkuang dan hiris dengan ketebalan 1.52cm. Kena tepat tau! Baru jadi.
Dah siap potong, letak dalam bekas kegemaran dan biarkan dalam peti ais. Biarkan dan buat sos.
2.Ini bahan asas untuk buat sos merah sengkuang calit. Taucu manis, gula melaka, pes asam jawa dan sedikit cili boh.
3.Masukkan bahan asas dalam pengisar makanan, letak minyak bijan dan sedikit air. Kemudian kisar sampai halus. Dr Kamarul ada letak sedikit pewarna merah. Kalau resepi asli, taucu tu patutnya yang ditapaikan dengan beras yis merah. Tapi susah nak cari taucu tu.
4.Bila sudah kisar, masuk dalam periuk paling kecil. Renehkan sampai cili boh tadi masak. Kalau tak masak cili tu, sos akan jadi pahit.
5.Rasa sos, jika rasanya masin sahaja dan kurang manis, boleh tambah sedikit madu. Lebih baik berbanding tambah gula.
6.Bila sudah masak, tuang bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos. Penting supaya sos melekat elok bila sapu pada sengkuang dan tidak cair.
7.Sos yang berkilat dan likat. Semakin sejuk, sos akan semakin kental. Boleh rasa sos dan ubahsuai kemasinan, kemasaman, dan kemanisan sos ikut selera masing-masing. Kalau nak rasa lebih kekacangan, tambah lagi minyak bijan.
8.Bila sos telah sejuk, masukkan dalam mason jar atau bekas bersesuaian.
9.Sapu sos atas hirisan sengkuang yang disejukkan tadi.
10.Tabur kacang tanah yang disangai dan ditumbuk. Sedia untuk dinikmati.
Sekali cuba Jeruk Betik tanpa pengawet ni, pasti tak akan beli dah selepas ni. Maklumlah, ia dihasilkan secara homemade dan lebih diyakini. Jeruk buah-buahan terutamanya betik dan mangga memang sedap. Jika dibeli kebanyakannya menggunakan ibu jeruk. Kuranhg bagus untuk kesihatan. Bagi anda yang terasa nak makan, boleh hasilkan sendiri dan cuba resipi perkongsian Chef Asma Nordin ni. Mudah dan sedap. Selamat mencuba!
CARA BUAT JERUK BETIK TANPA PENGAWET
BAHAN-BAHAN:
3 @ 4 biji betik mangkal (betik yang keras tapi bukan yang dah masak)
3 sudu besar kapur makan
1 cawan cuka
1 cawan gula pasir kasar
5 sudu teh garam halus
15 biji asam boi putih
20 biji cili padi – ( 10 biji dihiris, 10 biji tak payah hiris. Boleh kurangkan kalau tak suka pedas)
CARA PENYEDIAAN: 1. Kupas kulit betik nipis sahaja. Dan potong seperti dalam gambar. Tebal lebih kurang setengah cm. Jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal.)
2. Rendam buah betik tadi dengan air. Jumlahnya hanya separas buah betik sahaja. Masukkan kapur makan. Ramas kapur makan dalam air hingga hancur. Rendam buah selama 1- 2 jam.
3. Selepas direndam selama 1-2 jam, toskan air buah betik tadi hingga kering. Tidak perlu bilas dengan air.
4. Masukkan kepingan betik ke dalam bekas. Satukan dengan cuka, gula, garam, asam boi dan cili padi.
5. Pakai sarung tangan, gaul bahan-bahan tadi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum dinikmati.
6. Jeruk betik enak di makan sejuk. Kalau nak simpan di luar peti sejuk pun boleh.
TIP: 1. Wajib rendam kepingan betik menggunakan air kapur supaya betik jadi rangup dan pejal. 2. Semasa menjeruk betik, pastikan tidak menambah air. Cukup sekadar guna cuka dan gula kerana betik akan berair. Jika tambah air, jetruk tidak akan tahan lama dan berbuih.
Rasa nak makan tapi nak hidangan yang ringan je? Bagi yang belum datang ideanya tu, apa kata anda cuba resipi Popis ( Popia Pisang) perkongsian saudari Munierah Eyra yang sangat sedap ni. Mudah sahaja resipinya dan dijamin digemari anak-anak. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK POPIS / POPIA PISANG YANG SEDAP & MUDAH
Nak cuba buat sesuatu yang sedap dan menyihatkan? Cuba buat peanut butter @ mentega kacanghomemade tanpa gula ni. Jika beli di kedai, mentegakacang versi ini memang harganya lebih mahal dari yang biasa. Sebalang kecil harganya boleh mencecah belas dan puluhan ringgit. Malah kebanyakan darinya diimport dari luar negara. Tapi usah risau kerana sekarang anda boleh hasilkan sendiri. Menarik kan? Jom lihat resipi perkongsian saudari Siti Iela dan bahan-bahan yang diperlukan.
PEANUT BUTTER @ MENTEGA KACANG HOMEMADE TANPA GULA
1. Sangai kacang tanah tanpa minyak. Guna api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak hangus.
2. Masak hingga kacang jadi seperti ini.
3. Kisar kacang menggunakan pengisar kering.
4. Kisar sehingga mendapat tekstur likat seperti ini.
5. Siap untuk dinikmati.
6. Jika mahu mentega kacang yang ada tekstur kasar, ambil segenggam kacang tanah yang disangai, tumbuk kasar dan campurkan dalam bekas mentega kacang tadi. Gaul rata dan siap untuk digunakan.
Merdeka & Hari Malaysia kali ini lebih bermakna bila dirai dengan makanan! Resorts World Genting (RWG) membawakan sesuatu yang cukup istimewa – 6 hidangan...