Hajat nak membuat sheperd pie ni dah lama, cuma asyik malas je nak mula. Kebetulan ada lebihan kentang putar yang dibuat hari sebelumnya terus rasa nak cuba resipi sheperd pie.Shepherd Pie mempunyai banyak variasi. Ia lebih sedap dimakan semasa panas. Cubalah buat dengan resipi yang dikongsi ini.
SHEPARD PIE
Bahan untuk mashed potato (lapisan kentang )
5 biji ubi kentang russet (kalau guna kentang biasa pun boleh tapi tambah jadi 7 biji)
Cara memasak: 1.Rebus kentang sampai empuk dan lenyekkan hingga halus. 2.Masukkan susu, butter, lada sulah dan garam 3.Gaul rata ketepikan. 4.Panaskan sedikit butter tumis bawang hingga layu 5.Masukkn isi ayam dan karot 6.Masukkan tomato puree, sos cili, oregano, serbuk lada hitam dan lada sulah 7.Perasakan dengan garam. 8.Dah siap tutup api . 9.Ambil bekas/loyang sapukan butter sedikit bawahnya 10.Masukkan lapisan kentang dahulu 11.Masukkan pula isi ayam tadi 12.Letakkan cheese. 13.Ulang proses yang sama sampai habis dan akhir sekali bahagian atas mestilah lapisan kentang. 14.Sapukan egg wash. 15.Letakkan cheese dan taburkan parsley flakes. 16.Panaskan oven suhu 180 dan bakar selama 25- 30 minit * kalau tengok bahagian atas dah keperangan maknanya dah masak la tu
Bagi penggemar hidangan kerabu, sajian Kerabu Kaki Ayam perkongsian saudari Ninie Zainini antara yang mudah dan boleh dicuba. Tidak menggunakan banyak bahan malah ia juga mempunyai rasa yang sedap. Cukup rasa pedas, manis, masam dan masinnya. Penambahan hirisan mangga muda dan suhun menjadikan sajian ini bertambah enak dan mengenyangkan. Berbaloi sangatlah untuk dicuba.
CARA MASAK KERABU KAKI AYAM SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
Kaki ayam
Suhun
BAHAN HIRIS HALUS: 3 biji tomato 1 biji bawang besar – beli online disini 3 batang serai 1 kuntum bunga kantan Daun ketumbar 2-3 biji cili padi Vietnam 2-3 biji cili padi kampung 1 biji buah mangga
1.Bersihkan kaki ayam dan rebus hingga empuk dan lembut. 2. Asingkan kaki ayam dan buang bahagian tulang yang keras. Ketepikan. 3. Hiris halus semua bahan-bahan yang perlu dihiris. Anda juga boleh menambah aneka ulaman lain jika suka. Semua bergantung pada cita rasa masing-masing. 4. Dalam mangkuk berasingan, satukan jus limau nipis, sedikit garam, gula, perasa dan sos ikan. Sebatikan. 5. Masukkan kaki ayam yang dipotong kecil tadi dan juga bahan-bahan hiris. Gaul rata hingga semuanya sebati dan bergaul sempurna. 6. Kerabu Kaki Ayam yang sedap dan menyelerakan ini sedia untuk dinikmati.
Sibuk atau tak sibuk seseorang itu bergantung pada keadaan. Ada ketikanya kita sibuk sungguh sampai nak masak pun tak sempat. Apa kata ketika sibuk tu, jom masak lauk simple tapi sedap. Boleh cuba resipi ni.
MASAK LEMAK TELUR DENGAN KACANG PANJANG
BAHAN KISAR
3 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
Lada hijau (ikut tahap pedas yang dimahukan)
BAHAN LAIN
1 batang serai (diketuk)
Santan secukupnya
Telur ayam
1 keping asam keping
Gula
Garam
Kacang panjang
Cili padi merah
CARA MEMBUAT
1. Panaskan kuali. Masukkan bahan kisar dan serai.
2. Masukkan santan. Kacau selalu supaya santan tak pecah. Biarkan mendidih.
3. Pecahkan telur ayam satu demi satu.
4. Masukkan asam keping, gula dan garam.
5. Akhir sekali masukkan kacang panjang dan cili padi merah. Siap!
Rendang daging hitam rembau yang selalu dihidangkan dimusim perayaan seperti Hari Raya Puasa , amat sinonim dengan masyarakat Rembau dan ianya selalunya dimakan bersama lemang mahupun hidangan nasi . Mempunyai ‘aroma’ yang berlainan dengan rendang dari tempat lain merupakan khazanah turun temurun dan sangat sesuai untuk untuk menyediakan rendang daging mahupun rendang ayam.
RESIPI RENDANG HITAM REMBAU
BAHAN-BAHAN:
Daging 1 kg (nak lagi sedap guna daging batang pinang)
Cili api 2 genggam
Bwg ros 400 gram
Bwg putih 5 ulas
Lengkuas 2 inci
Halia 2 inci
Kunyit hidup 2 inci
Semua bahan di atas di kisar dan diperap bersama daging.
Serai 4 batang dititik
Santan 1kg dimasak hingga jd taik minyak.
CARA MEMASAK:
Masakkan bahan yg diperap separuh masak
Tambah gula merah 4 sudu makan, garam secukup rasa dan asam keping
Masukkan taik minyak dan masaklah dengan api sederhana perlahan hingga betul2 empuk dagingnya dan kering, tabur daun kunyit..siap
Masak dengan api yang sederhana hingga adunan kental. Kecilkan api dan terus memasak hingga terbit minyak dan terhasilnya tahi minyak yang kuning keemasan.