Sedapnya resipi Shawarma Ayam perkongsian saudari Nor Illustrator ni. Ringkas, mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Beliau tinggal di luar negara dan mungkin sesetengah bahannya, jenamanya itu tidak ada di Malaysia tapi boelh sahaja gantikan dengan yang lain mengikut kesesuaian. Jom cuba! Pasti berselera.
CARA MASAK SHAWARMA AYAM SEDAP, MUDAH & TAK GUNA BANYAK BAHAN
BAHAN-BAHAN:
Isi ayam tanpa kulit & tulang
2 ulas bawang putih – cincang halus
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk pelaga – beli online disini
1 sudu teh serbuk cayenne pepper – kurangkan jika tak nak pedas. Boleh juga gantikan dengan serbuk cili
2 sudu teh serbuk paprika salai (smoked paprika) – beli online disini
2 sudu teh garam
Lada hitam secukupnya – beli online disini
2 sudu makan jus lemon
3 sudu makan minyak zaitun – beli online disini
Daun parsli & secukupnya – jika suka
Tomato dipotong dadu – jika suka
Sandwich spread – beli online disini
Keju cheddar – jika suka
Roti
CARA MEMASAK:
1. Satukan isi ayam dengan semua bahan kecuali parsli, tomato dan sandwich spread.
2. Perap selama 20-30 minit. Lagi bagus kalau dapat perap semalaman.
3. Panaskan kuali dan masak isi ayam hingga sempurna. Angkat dan letak dalam mangkuk.
4. Masukkan daun parsli cincang, tomato dan juga sandwich spread dengan secukupnya. Gaul rata.
5.Ambil roti dan belah tengahnya.
6. Letak kepingan keju kemudian sudukan inti ayam tadi dengan secukupnya.
Kalau anak-anak suka makan roti, cubalah buat roti sosej seperti ini. Gerenti anak-anak suka makan. Boleh buat pelbagai bentuk yang menarik untuk menambat hati anak-anak.
Jom kita lihat resipinya.
ROTI SOSEJ
BAHAN-BAHAN
3/4 cawan air suam
1 sudu kecil yis
1 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
2 cawan tepung gandum (boleh guna tepung roti)
Secubit garam
1 sudu besar mentega (boleh guna marjerin)
Kuning telur + sedikit air (untuk disapu pada roti)
Sosej (direbus dulu)
Mix vege (campurkan dengan mayones)
Sos cili
Mayones
CARA MEMBUAT
1. Satukan air suam, yis, gula dan susu pekat manis dalam satu bekas. Biarkan mengembang.
2. Dalam mangkuk lain, campurkan tepung gandum, garam dan mentega. Gaul rata.
3. Masukkan yis yang sudah kembang tadi. Uli sehingga sebati dan perap adunan selama satu jam.
4. Apabila adunan telah mengembang, tumbuk-tumbuk bagi keluar angin.
5. Ambil sejemput dan bentukkan roti seperti yang kita suka.
6. Sapukan kuning telur. Letak sosej, miz vege, sos cili dan mayones.
7. Biarkan roti dalam 20 minit supaya roti mengembang semula.
8. Panaskan oven pada suhu 170 dan bakar selama 25-30 minit.
9. Kalau roti kelihatan keperangan, maknanya roti telah masak.
10. Siap!
Boleh buat bentuk bunga.Bentuk bunga panjang.Nampak sedap, kan?
Percaya atau tidak membuat roti sebenarnya sangat mudah, korang pasti seronok bila melihatkan hasil roti yang gebu dan lembut. Tambah sedikit kreativiti, anda boleh pelbagaikan rasa, sama ada tambah inti atau taburkan manisan di atasnya. Ternyata ia memang sedap dijadikan kudapan teman secawan kopi.
BUN SERUNDING DAGING BAHAN-BAHAN:
1kg tepung berprotien tinggi
38gm yis kering
25gm Bread Inprover
100gm gula kastor
12gm garam
130gm mentega | lembutkan pada suhu bilik
2 biji telur
250gm susu segara +250 air
12gm susu tepung
BAHAN TOPPING:
1 sudu makan mayones
Serunding daging secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Ayak tepung bersama garam, kemudian masukkan dalam mesin pengadun bersama gula, susu
tepung dan yis kering. Adun perlahan lebih kurang satu minit.
2. Masukkan bread inprover, telur, air dan susu.
3. Putar mesin pengadun dengan kelajuan perlahan lebih kurang satu minit.
4. Kemudian tingkat kelajuan dengan putaran sederhana lebih kurang lapan minit.
5. Masukkan mentega dan putar lagi hingga sebati lebih kurang lima minit dengan kelajuan
sederhana sehingga adunn lembut dan licin.
6. Bulatkan doh lebih kurang 35gm kemudian bentukkan bujur doh tersebut.
7. Biarkan lebih kurang 10 minit.
8. Selepas 10 minit, bentukkan doh menjadi bentuk bujur dan susun dalam dulang pembakar.
Ketepikan dan biarkan doh mengembang lebih kurang 45 minit.
9. Panaskan ketuhar pada suhu 170C, kemudian bakar roti selama 15-20 minit. Atau
kepanasan dan masa membakar bergantung kepada ketuhar anda.
10. Sementara itu, campurkan mayones dengan susu pekat manis. Kemudian kacau rata.
11. Sapukan campuran ini atas permukaan roti.
12. Setelah selesai taburkan serunding ayam di atasnya
13. Roti sedia dihidangkan.
ROTI MINI PIZZA BAHAN-BAHAN:
500gm tepung roti/tepung high protie
1 biji telur
1 sudu makan susu tepung
2 sudu makan susu pekat manis
2 sudu makan mentega
1sudu makan shortening
1 paket mauripan
Mayones secukupnya
Sos tomato secukupnya
Sedikit keju ceddar
Sosej secukupnya
1/2 cawan sayur campur
CARA MEMASAK:
1. Campurkan sisi pekat manis, telur yis dan tambah air jadikan jumlahnya 300 ml jumlah campuran cecair tersebut. Ketepikan.
2. Masukkan tepung dalam mangkuk adunan bersama susu tepung, telur dan campuran cecair tadi. Uli hingga sebati.
3. Masukkan mentega dan shortening, uli lagi hingga adunan lembut dan licik serta elastic bila ditarik.
4. Tutup mangkuk dan rehatkan doh sehingga naik sekali ganda selama lebih kurang satu jam.
5. Bila saiz doh bertambah sekali ganda, uli semula dan tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin.
6. Ambil doh lebih kurang 100 gm, kemudian canaikannya setebah 1 cm, kemudian sapukan permukaannya dengan sos tomato.
7. Seterusnya letakkan sosej dan gulungkan doh menyaluti sosej.
8. Kemudian gunting tidak putus bahagian atas sosej dan tarik ke tepi setiap guntingan secara berselang seli kiri dan kanan.
9. Kemudian sapukan mayones di atas doh yang telah dibentuk tadi dan taburkan sayur campur, keju dan paipkan sedikit sos tomato.
10. Akhir sekali masukkan dalam loyang pembakar dan bakar dalam ketuhar yang telah sedia dipanaskan dengan suhu 180C selama 20 minit atau hingga masak.
SARDIN BUN BAHAN- BAHAN:
400gm tepung protein tinggi| bread flour
200gm tepung serbaguna
4 sudu teh yis kering
2sudu makan susu tepung
3 biji kuning telur
1 sudu teh garam halus
75gm mentega
300ml air suam
Cawan kertas
BAHAN INITI
Sambal sardin | hancurkan isinya
150gm mayones
Sedikit hirisan cili
CARA MEMASAK:
1. Masukkan yis kering dalam 150ml air suam, kemudian tambahkan dengan 1/2 sudu teh gula pasir dan kacau rata. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
2. Masukkan semua bahan kering dalam mangkuk adunan, gaul rata.
3. Masukkan kuning telur, kemudian putar mesin pengadun dengan kelajuan perlahan,.
4. Seterusnya masukkan campuran bancuhan yis tadi dan baki air, terus putar sederhana.
5. Akhir sekali masukkan garam dan mentega. Adun lagi dengan kelajuan tinggi sehingga adunan sebati dan tidak lekat lagi pada mangkuk.
6. Rehatkan adunan dengan ditutuk dengan kain lembab di dalam suhu bilik lebih kurang 30 minit atau adunan kembang dua kali ganda.
7. Buang angin dalam adunan dengan cara menumbuknya, kemudian bulat-bulatkan adunan lebih kurang 40 gram.
8. Masukkan doh dalam cawan kertas dan buatkan lubang ditengahnya.
9. Sapukan mayones di sekeliling lubang, kemudian isikan sambal sardin di dalamnya.
10. Rehatkan seketika doh yang siap diisi sardin sementara ketuhar panas.
11. Bakar dengan kepanasan 180C lebih kurang 20 -30 minit,
12. Angkat dan hidangkan panas-panas.
ROTI SOSEJ KEJU BAHAN-BAHAN:
420gm tepung high protein/tepung roti
3 sudu makan susu tepung
1 sudu teh garam
80gm gula kastor
3 sudu kecil yis kering
1 biji telur ayam | gred A
100ml air
60gm mentega
1 sudu teh pelembut roti
1 sudu teh Bread Improver
Keju Mozarella secukupnya ditaburkan di atas roti
Sosej secukupnya
Mayones secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk pengadun kecuali air. Putar perlahan hingga sebati.
2. Seterusnya masukkan air sedikit demi sedikit (jangan habiskan air).
3. Adun doh dengan putar tinggi dalam lima minit. Kemudian rehatkan doh.
4. Bila doh naik sekali ganda, putar lagi (doh akan turun semula).
5. Seterusnya bulat-bulatkan doh bahagi kepada lima bahagian.
6. Canaikan doh, kemudian sapukan permukaan dengan mayones dan letakkan di atasnya sosej. Kemudian gulung.
7. Gunting tidak putus bahagian atas gulungan doh dengan jarak 2cm kemudian tarikkan ke setiap kepinangan yang digunting dan bentuknya seperti kuntuman bunga bulat.
8. Parutkan keju di atas permukaan doh.
9. Susun doh di atas dulang pembakar yang disapu dengan mentega.
10. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180 C lebih kurang 15-20 minit. Bergantung kepada saiz ketuhar.
BILIS BUN BAHAN-BAHAN:
1kg tepung berprotien tinggi
38gm yis kering
25gm Bread Inprover
100gm gula kastor
12gm garam
130gm mentega | lembutkan pada suhu ilik
2 biji telur
250gm susu segar +250 air
12gm susu tepung
Sambal bilis secukupnya | untuk inti
CARA MEMASAK:
1. Ayak tepung bersama garam, kemudian masukkan dalam mesin pengadun bersama gula, susu tepung dan yis kering. Adun perlahan lebih kurang satu minit.
2. Masukkan format, telur, air dan susu.
3. Putar mesin pengadun dengan kelajuan perlahan lebih kurang satu minit.
4. Kemudian tingkat kelajuan dengan putaran sederhana lebih kurang lapan minit.
5. Masukkan mentega dan putar lagi hingga sebati lebih kurang lima minit lagi dengan kelajuan sederhana sehingga adunan lembut dan licin.
6. Bulatkan doh lebih kurang 50 gm.
7. Biarkan lebih kurang 10 minit.
8. Canaikan doh dan masukkan inti sambal di atasnya dan lipatkan doh dan kemaskan bahagian tepinya. Dan tekap menggunakan acuan betuk ‘Love’ atau apa pun bentuk ikut cita rasa anda.
9. Kemudian paipkan mayones dan sos cili di atasnya.
10. Susun doh yang siap diisi inti dalam dulang pembakar dan tutup dengan tuala lembab.
11. Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 170 -180C.
12. Selepas doh kembang, masukkan dalam ketuhar dan bakar hingga keperangan keperangan.
ROTI KEJU OREGANO BAHAN-BAHAN:
420gm tepung high protein/tepung roti
3 sudu makan susu tepung
1 sudu teh garam
80gm gula kastor
3 sudu kecil yis kering
1 biji telur ayam | gred A
100ml air
60gm mentega
1 sudu teh pelembut roti
1 sudu teh Bread Improver
Keju Mozarella secukupnya | ditaburkan di atas roti
Serbuk oregano secukupnya | ditaburkan di atas roti
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk pengadun kecuali air. Putar perlahan hingga sebati.
2. Seterusnya masukkan air sedikit demi sedikit (jangan habiskan air).
3. Adun doh dengan putar tinggi dalam lima minit. Kemudian rehatkan doh.
4. Bila doh naik sekali ganda, putar lagi (doh akan turun semula).
5. Seterusnya canaikan doh dan bentuk ikut suka.
6. Susun doh di atasa dulang pembakar yang disapu dengan mentega.
7. Rehatkan doh lebih kurang 30 minit.
8. Parutkan keju Mozarella di atasnya dan taburkan serbuk oregano..
9. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180 C lebih kurang 15-20 minit.
Bergantung kepada saiz ketuhar.
Cara mudah untuk hasilkan piza tanpa menggunakan doh. Resipi ini boleh buat anda nampak hebat ya, kerana rupanya tidak ‘lari’ dengan piza yang asal. Dengan hanya menggunakan roti Perancis atau baguette anda boleh menghasilkan piza yang enak, gebu dan mengenyangkan. Paling penting, tidak muak. Selamat mencuba.
PIZZA BAGUETTE
BAHAN-BAHAN:
1/2 batang roti baguette
1/2 biji bawang Holland | dihiris halus
200gm daging kisar
5 biji telur
Garam dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN TOPPING:
200gm keju mozarella
1/2 biji capsicum merah + hijau
1/2 biji tomato
10gm cendawan enoki
20gm nanas tin
CARA MEMBUAT:
Tumiskan bawang Holland sehingga berbau harum dan masukkan daging kisar. Setelah daging masak, masukkan pati tomato.
Pecahkan telur dan pukul. Kemudian masukkan bahan tumisan tadi ke dalam telur dan sebatikan.
Tuang dan ratakan atas roti baguette yang disusun dalam loyang pembakar.
Bakar selama 10 minit dengan suhu 170C.
Kemudian susun ‘topping’ di atas piza.
Bakar sekali lagi dengan suhu yang sama selama 10 minit.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.