Sambal tumis sentiasa menjadi menu popular untuk dihidangkan bersama hidangan juadah lain. Tapi ada kalanya sukar untuk mendapatkan rasa sambal tumis yang sedap.
Menerusi resipi yang dikongsi Suzana Othman ini, berkongsi cara dan petua bagaimana untuk mendapatkan rasa sambal tumis yang sedap.
Resipi sambal tumis ini sesuai untuk sambal nasi lemak, lempeng dan seangkatan dengannya.
1. Potong cili kering, rebus dan toskan. Kisar cili kering dengan 1 cawan minyak masak dan setengah cawan air. 2. Kisar bawang besar dan bawang putih, jangan letak banyak air. 3. Kisar bilis guna pengisar kering.
5. Bila bawang dah naik bau, masukkan bilis. Kacau hingga garing.
6. Setelah itu, masukkan cili kering. Sentiasa kacau supaya sambal tak hangus.
7. Masukkan gula melaka. Gula ini yang mencantikkan warna sambal kita nanti selain menyedapkan lagi rasa sambal. 8. Masukkan 2 sudu kecil belacan yang telah dibakar, kacau sambal hingga dapat warna merah hati. 9. Part ni paling penting. Bila sambal dah garing, masukkan sedikit air, tumis lagi sampai garing semula. Kiranya macam tumis dua kali, supaya cili betul-betul masak dengan cantik dan sekata.
10. Bila dah dapat warna yang kita inginkan, barulah masukkan asam jawa. Kepantangannya ialah asam jawa tak boleh dimasukkan masa sambal belum masak, nanti proses memasak jadi lambat.
Ads
11. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan aji. Kacau rata, kemudian rasa sama ada cukup atau tak pedas manisnya. Kalau rasa sambal tu pedas, boleh tambahkan gula putih atau gula perang. Bila dah seimbang baru tutup api. 12. Enak dihidang bersama lempeng. Nak letak telur rebus atau tabur bilis goreng pun boleh. Sesuai disajikan bersama nasi lemak.
Jom cuba resipi cili jeruk homemade yang sedap, rangup dan memang boleh menaikkan selera makan. Hidangan sampingan ini sememangnya sangat popular kerana rasanya yang masam, manis dan sedikit pedas, cukup sesuai digandingkan dengan pelbagai jenis makanan harian.
Sama ada makan nasi air, mi goreng, nasi goreng atau kuetiau goreng, memang terasa kurang lengkap kalau tidak dinikmati bersama cili jeruk. Malah, kuah jeruk cili ini juga sangat sedap jika dijadikan pencicah ikan goreng panas-panas. Ringkas tetapi mampu menambah keenakan hidangan.
Bagi anda yang belum tahu cara buat cili jeruk yang betul supaya tahan lama dan kekal rangup, bolehlah cuba resipi perkongsian daripada saudara Ben Safwan ini. Resipi ini bukan sahaja mudah diikuti, malah hasilnya juga sangat memuaskan. Cili jeruk yang dihasilkan tidak lembik dan rasanya semakin sedap apabila disimpan lebih lama.
Apa yang menarik tentang resipi cili jeruk homemade ini ialah penggunaan teknik rendaman kapur yang betul. Teknik ini membantu memastikan tekstur cili kekal rangup walaupun selepas dijeruk. Selain itu, sukatan cuka, gula dan garam yang seimbang menjadikan rasanya tidak terlalu masam atau manis.
Resipi ini sesuai untuk mereka yang ingin menyediakan cili jeruk dalam kuantiti yang banyak untuk kegunaan harian. Ia juga sangat sesuai dijadikan stok di dapur kerana cili jeruk ini boleh tahan lama jika disimpan dengan cara yang betul.
Untuk memastikan cili jeruk tahan lama, simpan bekas di tempat bersuhu bilik dan pastikan sentiasa menggunakan sudu bersih ketika mengambilnya. Elakkan daripada mencampur air atau bahan lain ke dalam bekas kerana ia boleh menjejaskan ketahanan cili jeruk.
Kesimpulannya, resipi cili jeruk ini sangat mudah, menjimatkan dan sesuai dijadikan pelengkap kepada pelbagai hidangan. Dengan teknik yang betul, anda boleh menghasilkan cili jeruk homemade yang sedap, rangup dan tahan lama.
Kredit resipi & foto: Ben Safwan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Penggemar nasi ayam hainan pasti menggemari ayam kukus halia ini. Resipi ringkas tetapi padat dengan rasa autentik masakan Cina. Masakan secara kukus juga baik untuk mereka yang menjaga diet.
Tidak kira bangsa orang Malaysia memang sinonim dengan kari, menariknya kari ni pulak ada pelbagai jenis dan cara memasaknya.
Malah isiannya juga berbagai ragam, tak percaya ini RASA kongsikan sembilan resipi kari yang sedap dan mudah disediakan dan korang boleh cuba untuk hidangan keluarga sepanjang minggu ni.
KARI TULANG RUSUK KENTANG
BAHAN-BAHAN:
1kg tulang rusuk | dibersihkan 500ml santan pekat – beli online di sini 500ml air rebusan tulang 100ml air asam jawa 3 sudu makan rempah kari daging – beli online di sini 3 biji kentang | dibelah empat – beli online di sini 6 ulas bawang merah | dihiris – beli online di sini 4 ulas bawang putih | dihiris – beli online di sini 4cm halia muda | dihiris – beli online di sini 2 batang serai | dititik 1 tangkai daun kari | dihiris 1 biji tomato | belah empat 2 biji cili hijau | belah dua 4 sudu makan minyak masak Garam dan gula secukup rasa
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis 3 tangkai bunga cengkih 2 tangkai bunga lawang 4 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar 4 tangkai cili kering 3 ulas bawang putih 2cm halia
Dapatkan Khind 3.5L Air Fryerdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Rebus tulang hingga empuk. Ketepikan dan asingkan air rebusan tulang. 2. Panaskan minyak, tumis bahan hirisan bersama serai, rempah penumis dan daun kari hingga wangi.
3. Masukkan bahan kisar, kacau rata seketika kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga timbul minyak. 4. Masukkan tulang yang telah direbus dengan air rebusan bersama kentang. 5. Apabila kentang empuk masukkan santan, air asam jawa, garam, gula secukup rasa. 6. Kecilkan api, biarkan mereneh lebih kurang lima minit. Sebelum angkat masukkan tomato dan hirisan cili.
KARI TELUR IKAN
BAHAN-BAHAN:
1kg telur ikan | dibersihkan dan tos 500ml susu rendah lemak 150gm yogurt 1 peket rempah kari ikan 1 makan pes cili kering 1sudu makan pes asam jawa 1 tangkai daun kari | lurutkan daun dari tangkai 1 sudu makan halba campur 2 biji cili hijau | belah dua Garam, gula secukup rasa Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN HIRIS:
6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 4cm halia
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan hirisan bersama halba campur hingga wangi. 2. Masukkan pes cili, kacau rata. Seterusnya masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak. 3. Masukkan daun kari, kacau lagi dan masukkan air asam jawa dan susu rendah lemak.
4. Selepas mendidih lebih kurang 3-4 minit, masukkan telur ikan yang telah dibersihkan tadi. 5. Apabila telur ikan sudah masak, masukkan yogurt, garam dan gula secukup rasa. 6. Kecilkan api, masukkan cili hijau dan biarkan mereneh lebih kurang lima minit. Angkat dan hidangkan.
KARI DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel | hiris ½ batang lobak merah 150gm brokoli 10 biji cili padi | buang tangkai 3 batang kacang panjang 2 biji cili hijau | belah dua 2 biji tomato | belah empat 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkainya 500ml santan 500ml air rebusan daging 1 sudu makan pes asam jawa 3 sudu makan rempah kari daging Garam dan guna secukup rasa Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 4cm halia 5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
1. Daging tetel dicuci bersih, kemudian rebus hingga empuk. Ketepikan dan asingkan 500ml air rebusannya. 2. Panaskan minyak, tumis rempah penumis bersama daun kari hingga wangi. Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak. 3. Seterusnya masukkan pula rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. 4. Apabila pecah minyak masukkan daging tetel, air rebusan dan santan bersama air asam jawa. 5. Setelah mereneh lebih kurang 10 minit. Masukkan pula, lobak merah, brokoli, kacang panjang, hirisan cili hijau, cili padi dan tomato. 6. Akhir sekali, kecilkan api kemudian lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
KARI SOTONG
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong | saiz XL 400ml susu rendah lemak 2 sudu makan rempah kari 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkainya 2 biji tomato | belah empat ½ batang lobak merah | dihiris memanjang 3cm 1 sudu teh pes asam jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 3cm halia muda 1 batang serai 1sudu makan serbuk ketumbar 1 sudu teh serbuk jintan manis 1 sudu teh serbuk jintan putih 2 biji buah keras 5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan sotong kemudian masukkan kepala ke dalam badan sotong. Ketepikan. 2. Didihkan air dalam periuk dan celur sotong lebih kurang dua minit. Angkat dan toskkan. 3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun kari hingga wangi dan pecah minyak. 4. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata masukkan air asam jawa bersama susu. 5. Apabila kuah mereneh, masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa. 6. Selepas lima minit masukkan hirisan lobak merah diikuti tomato. Seketika kemudian angkat dan hidangkan.
KARI AYAM TUA TOMATO CERI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam tua | potong sederhana 500ml santan pekat 1 sudu makan kerisik 3 sudu makan serbuk kari 1 sudu makan pes cili kering 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya 2 biji ketang | buang kulit dan belah 4 6 biji tomato ceri 2 tangkai cili merah | dibelah 2 1 sudu makan pes asam jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis secukupnya
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 tangkai bunga cengkih 3 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
7 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 3cm halia 3cm lengkuas 2 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam kemudian rebus hingga empuk. Angkat dan ketepikan. 2. Panaskan minyak, tumis bahan penumis, daun kari bersama bahan kisar hingga pecah minyak. 3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau seketika. 4. Seterusnya masukkan ayam yang telah direbus tadi, gaul rata. Masukkan sedikit air supaya rempah sebati dengan ayam. 5. Setelah itu, masukkan air asam jawa, santan dan kentang. Renehkan sehingga kentang empuk. 6. Akhir sekali masukkan kerisik, tomato ceri, cili merah, kemudian lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya. Setelah masak, angkat dan hidangkan.
KARI IKAN PATIN BERYOGURT
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan patin | potong 4 bahagian 250ml susu rendah lemak 150gm yogurt 1 sudu makan pes asam jawa 2 sudu makan rempah kari ikan 1 sudu makan serbuk cili 1 sudu makan halba campur 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya 1 biji tomato | belah empat 1 biji terung bulat | belah empat 2 biji cili hijau | belah dua Garam dan gula secukup rasa Minyak masak untuk menumis secukupnya
BAHAN HIRIS:
6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 4cm halia muda
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan patin dan toskan. Panaskan minyak, tumis daun kari bersama halba campur hingga wangi. 2. Kemudian masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan. 3. Seterusnya masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili. Kacau rata hingga pecah minyak. 4. Masukkan pula yogurt bersama air asam jawa. Kacau lagi. 5. Biarkan seketika, kemudian masukkan susu. Biarkan kari mereneh seketika. 6. Masukkan ikan bersama terung selang beberapa minit masukkan pula tomato dan hirisan cili. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
KARI IKAN KELI
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan keli | dipotong dua 750ml santan 3 sudu makan rempah kari ikan 1 sudu makan pes asam jawa 4 batang kacang bendi 2 biji tomato | belah dua 2 biji cili merah | belah dua 6 biji cili padi | buang tangkai 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai 1 sudu makan halba campur Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 4 tangkai cili kering 4 cm halia muda
CARA MEMASAK:
1. Rendam ikan keli yang telah disiang dalam air asam jawa lebih kurang lima minit. 2. Bersihkan ikan keli, kemudian potong dua dan toskan. Panaskan minyak, tumis daun kari dengan halba campur hingga wangi. 3. Kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak. Masukkan rempah kari yang dicampur dengan sedikit air. 4. Setelah agak garing, masukkan santan, air asam jawa. Biarkan mereneh seketika. Seterusnya masukkan ikan, garam dan gula secukup rasa. 5. Akhir sekali sebelum angkat, masukkan kacang bendi, tomato, hirisan cili merah dan cili padi. Sedia dihidangkan.
KARI IKAN SARDIN
BAHAN-BAHAN:
1 tin sardin saiz besar 250 ml santan kotak Sedikit air | jika perlu 2 sudu makan rempah kari ikan 1 sudu makan pes air asam 1 sudu makan pes cili kering 1 tangkai daun kari | leraikan dari tangkainya 1 biji cili merah | dibelah dua 1 biji cili hijau | dibelah dua 1 biji tomato | dibelah empat 1 biji bawang besar | dibelah empat Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis 5 biji bawang merah | dihiris halus 3 ulas bawang putih | dihiris halus 4cm halia | dihiris halus memanjang 1batang serai | dititik
CARA MEMASAK:
1. Asingkan ikan sardin dari kuahnya. Kemudian ketepikan. 2. Panaskan minyak, tumiskan bahan hirisan, serai daun kari hingga wangi. 3. Masukkan pes cili, diikuti dengan rempah kari ikan yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak. 4. Kemudian masukkan ikan sardin diikuti pula santan dan air asam jawa. Biarkan kuah mereneh lebih kurang lima minit. 5. Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya. Akhir sekali sebelum angkat masukkan bawang besar, cili hijau, merah dan tomato.
KARI TULANG IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
1kg tulang dan kelapa ikan masin talang 1liter santan 3 biji terung bulat | dibelah empat Sedikit air jika perlu 1 tangkai daun kari | dilurut dari tangkainya 2 biji tomato | dibelah empat 2 tangkai cili merah | dibelah dua 2 tangkai cili hijau | dibelah dua 2 keping asam gelugor 1 sudu makan halba campur 3 sudu makan rempah kari
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 4cm halia 3cm kunyit hidup 5 biji cili padi Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar, santan, rempah kari, dan tulang ikan masin dalam periuk. 2. Kemudian masak atas dapur, bila kuah mendidih masukkan terung. 3. Setelah terung empuk,kemudian rasa. Jika sudah masin, tambah sedikit gula sahaja. Jika kurang tambah garam secukup rasa. 4. Sebelum tutup api masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan tomato. 5. Sementara itu, panaskan sedikit minyak. Masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, daun kari dan halba campur hingga kekuningan. 6. Kemudian tuangkan dalam gulai tadi. Sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa: