Nak buat hidangan minum petang yang sedap dan mudah disediakan? Resipi Roti Daging Cheese ni merupakan pilihan yang terbaik. Dengan gabungan roti paratha yang rangup, isi daging berempah yang lazat serta keju mozzarella yang meleleh, memang padu! Sekejap je dah siap, jom cuba.

ROTI DAGING CHEESE

Resipi Roti Daging Cheese Viral, 15 Minit Je Dah Siap!

 

 Bahan-bahan:

  • 300gm daging cincang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 biji bawang merah (dipotong dadu)
  • 1 mangkuk daun bawang
  • Roti paratha (sejuk beku)
  • Keju mozzarella secukupnya
  • Bijan hitam (optional, untuk hiasan)

Cara Memasak:

  1. Sediakan inti daging:
    Panaskan kuali tanpa minyak, masukkan daging cincang dan goreng sehingga masak.

  2. Tambahkan sos tiram, sos cili, rempah kari dan bawang merah. Kacau sehingga sebati dan naik bau.

  3. Masukkan daun bawang dan gaul sekali lagi. Ketepikan.

  4. Penyediaan roti:
    Ambil sekeping roti paratha, letakkan sedikit inti daging dan taburkan keju mozzarella di atasnya.

  5. Tarik dan balut paratha sehingga menjadi bentuk bulat. Tekan-tekan sedikit supaya meleper.

  6. Masak dalam air fryer selama 15 minit pada suhu 170°C atau hingga keemasan.

  7. Setelah masak, taburkan bijan hitam dan sedikit daun bawang untuk hiasan.

 

Ads

TONTON VIDEO PENUH DI SINI:

 

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Nak Buat Kuih Puteri Ayu Lembut & Gebu? Ini Caranya.

 

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Nak Buat Kuih Puteri Ayu Lembut & Gebu? Ini Caranya.

Ads

Resipi Sambal Ayam Cili Api Berasap Telinga Wehhh. Comfirm Berjurai Air Mata!

Rendang Ayam Mudah & Ringkas,Tak Pandai Masak Pun Gerenti Jadi.

Tambah Susu Tepung. Ini Rahsia Hasilkan Donat Pandan Yang Sedap & Gebu

 

Ads

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Dapatkan resipi, cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI