Sedapnya Putu Halba. Bila tiba musim tengkujuh, kuih ni antara kuih yang paling ditunggu-tunggu oleh penduduk Pantai Timur terutamanya di Kelantan. Maklumlah, bukan selalu dapat menikmati kuih ini. Rupanya seakan Putu Piring namun mempunyai rasa yang berbeza. Memang sedap! Ia dihasilkan menggunakan ubi kayu segar yang diparut dan diadun bersama halba. Makan panas-panas, memang nikmati. Nak cuba buat kuih Putu Halba sedap secara homemade? Jom lihat resipi perkongsian saudari Key Tiey.
CARA BUAT PUTU HALBA KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
2 kg ubi kayu
3 sudu makan halba – boleh kurangkan ikut citarasa
Gula melaka – cincang halus
Kelapa parut
CARA MEMASAK:
1. Kupas kulit ubi kayu dan bersihkan. Pastikan keringkan air sebelum disagat.
2. Mesin atau sagat halus ubi kayu hingga habis. Paling mudah, guna mesin parut kelapa.
3. Ubi kayu yang siap diparut. Perah parutan ubi kayu tadi hingga betul-betul kering. Lebih mudah kalau perah guna kain.
4. Masukkan ubi kayu yang diperah tadi ke dalam bekas dan relaikan.
5. Kemudian masukkan halba. Gaul rata. Pastikan teksturnya berderai.
6. Untuk memasak, ambil acuan (penutup teko besi atau apa-apa sahaja yang bersesuaian) dan masukkan sedikit parutan ubi kayu. Kemudian masukkan gula melaka.
7. Akhir sekali, masukkan sekali lagi parutan ubi kayu.
7. Letak acuan pada kain bersih. Sebaiknya guna tuala good morning yang telah dilembabkan.
8. Terbalikkan dan angkat acuan.
9. Bungkus kuih dengan kain dan susun dalam periuk kukusan. (empunya resipi letak bungkusan kuih dalam corong besi dan juga bekas). Kukus hingga masak. (ubi kayu kelihatan kuning dan jernih, ia menunjukkan puti halba telah masak.)
8. Angkat dan hidangkan bersama kepala muda parut yang telah digail dengan sedikit garam.
INFO: Ubi kayu kelihatan kuning dan jernih, ia menunjukkan puti halba telah masak.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Ini apam yang sangat basic. Nama pun kampung. Tapi kalau dah makan, memang teringat-ingat. Apam yang manis dimakan dengan kelapa parut masin, memang amat mengasyikkan.
APAM KAMPUNG
Bahan-bahan
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
Sehelai daun pandan
1 1/2 cawan air
3 cawan tepung gandum
1/2 peket mauripan (mauripan + air setengah cawan kembangkan)
Kelapa parut putih + garam
Cara membuat
1. Masak gula merah, gula pasir, daun pandan bersama air 1 1/2 cawan tadi. Sejukkan.
2. Sediakan loyang, masukkan tepung, mauripan yg direndam tadi dan air gula yang disejukkan.
3. Kemudian bancuh rata. Perap 1 jam.
4. Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Kukus adunan selama setengah jam. Siap.
5. Hidangkan dengan kelapa parut.
Makanan Jepun adalah antara sajian popular dunia. Bahan makanan rendah lemak dan tidak menjadi pemangkin kepada obesiti. Pemakanan yang sihat boleh menjadikan tubuh sihat juga.
Hari ni Min nak kongsi resipi dari Chef Qayyum Irwanzi , chef muda yang kreatif dan gigih. Chef ni pernah bertugas di restoran Korea Selatan. Tapi cukup berbakat dengan sajian Jepun juga. Jom semak resipinya…
1. YAKITORI (ALA SATE AYAM)
BAHAN-BAHAN :
2 kepingan isi tanpa tulang | dipotong dadu
Sedikit daun bawang | dipotong 2.5 sm
2 ulas bawang putih |dicicang halus
2 sudu makan kicap
½ sudu makan cuka
½ sudu teh tepung jagung
Garam dan gula secukup rasa
Biji bijan untuk hiasan
CARA MEMASAK: 1. Gaulkan isi ayam, daun bawang, kicap, cuka, bawang putih, tepung jagung, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ayam diperap seketika. 2. Cucukkan isi ayam ke lidi diselang selikan bersama daun bawang. Boleh juga menggunakan cili dan cili benggala. 3. Grill ayam di atas api yang sederhana besar sehingga masak sepenuhnya setiap sisi. 4. Taburkan bijan ke atas ayam yang siap dimasak.
Saiz Hidangan : 2 Orang Waktu Memasak : 30 minit Cara Memasak : Gril/panggang Jenis Masakan : Ala sate, cucuk ayam Jepun Keistimewaan : Mudah dibuat dengan bahan masakan yang ringkas
Info Chef :Antara street food Jepun paling popular. Resepi yang sama boleh juga digunakan untuk daging lembu.
2. MOCHI (KUIH BEBOLA PULUT )
BAHAN-BAHAN :
200gm tepung pulut
4 sudu besar gula castor
Sedikit tepung katakuriko | untuk menyalut mochi
Beberapa titik pewarna makanan
Bahan inti :
200 gm buah kundur (rock melon)
100 gm gula
250 ml air
CARA MEMASAK : 1. Campurkan tepung pulut bersama gula, garam dan sedikit pewarna makanan, gaul sebati. 2. Kukus adunan mocha lebih kurang 15 minit di dalam bekas pengukus. 3. Taburkan tepung katakuriko di atas dulang dan golekkan mocha yang telah dikukus. 4. Bahagikan tepung mochi kepada beberapa bahagian bebola kecil. 5. Masukkan inti mengikut perisa citarasa anda dibahagian tengah mochi. Cara masak inti : 1 . Potong dadu (kecil) buah kundur. 2. Rebus dengan air sehingga lembut dan hampir hancur. 3. Kemudian masukkn gula hingga larut, kacau hingga sebati.
Saiz Hidangan : 10 biji Waktu Memasak : 45 minit Cara Memasak : Kukus Jenis Masakan : Manisan Jepun Keistimewaan : Rasa kenyal dan manis
Info Chef: Anda juga boleh menggunakan buah-buahan segar sebagai inti mochi.
3. SENBEI (KEROPOK BERAS PANGGANG)
BAHAN-BAHAN :
120 gm tepung beras
40 gm nasi putih
¼ sudu teh garam
2 sudu makan minyak sayuran
4 sudu makan air
CARA MEMASAK : 1. Masukkan tepung besar, nasi putih, garam dan minyak ke dalam pemproses makanan. Kisar sehingga halus. 2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga campuran basah dan berketul. 3. Uli adunan sehingga sebati. 4. Bahagikan adunanan kepada beberapa bahagian. Bulatkannya dan ratakan sehingga nipis. 5. Letakkan kertas pembakar di atas dulang pembakar. Kemudian letakkan adunan yang telah di nipiskan. 6. Bakar lebih kurang 6-8minit. Kemudian terbalikkannya dan bakar sekali lagi 6-8minit. 7. Pastikan biskut tersebut tidak hangus dan sebelum dihidangkan biskut beras hendaklah sejuk sepenuhnya.
Saiz Hidangan : 4 Orang Waktu Memasak : 45 minit Cara Memasak : Bakar Jenis Masakan : Keropok Keistimewaan : Kudapan rangup dimakan
Info Chef : Boleh dicampur rumpai laut kering dan bijan jika suka.
4. OKONOMIYAKI (JAPANESE PANCAKE)
BAHAN-BAHAN :
150 gm tepung gandum
150gm keladi jepun | diparut
10 gm dashi * sejenis stok masakan Jepun
2 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
200 ml air
250 gm kobis | dihiris halus
50 ml mayonis
CARA MEMASAK : 1. Campurkan tepung gandum, garam, dashi dan serbuk penaik. 2. Masukkan air, telur serta keladi jepun. Kacau hinggga sebati. 3. Panaskan kuali bersama minyak masak. 4. Tuangkan adunan ke atas kuali yang sudah panas dan ratakan ke sekeliling kuali. 5. Kemudian terbalikkan adunan dan biarkan ia masak sehingga kuning keemasan. 6. Hiaskan okonomiyaki dengan mayonis di atasnya. 7. Anda juga boleh menggunakan hirisan bonita (sejenis ikan) sebagai hiasan
Saiz Hidangan : 4 orang Waktu Memasak : 1jam 15minit Cara Memasak : Bakar Jenis Masakan : Sajian Jepun Keistimewaan : Lempeng Jepun yang enak dan lembut berperisa
Info Chef :Dashi ada dijual pasaraya utama,bahagian rak produk runcit antarabangsa. Di antara lain ramuannya adalah rumpai laut, kepingan halus tuna, sardin atau ikan bilis dan cendawan shiitake .Dashi adalah bahan asas dalam kebanyakan masakan Jepun.
5. EBIYAKISOBA (SHRIMP FRIED NOODLE)
BAHAN-BAHAN :
1 sudu teh minyak bijan
1 biji bawang besar | dihiris
1 biji lobak merah | diparut
2 helai daun kobis | diracik halus
¼ cili benggala hijau
500 gm udang
1 ikat daun bawang | dihiris kasar
½ sudu teh bijan
1 sudu teh kicap
1 paket mi soba yang sudah direbus
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak. Tumis bawang sehingga naik bau. 2. Masukkan bawang merah,lobak merah, kobis, cili benggala dan udang. Biarkan ia masak seketika. 3. Masukkan mi bersama kicap dan goreng seketika. 4. Akhirnya taburkan daun bawang dan bijan.
Saiz Hidangan :4 orang Waktu Memasak : 30 minit Cara Memasak : Tumis Jenis Masakan : Sajian Mi Jepun
Info Chef:Mi soba adalah mi yang halus helaiannya yang dibuat dari ‘buckwheat’ iaitu dari jenis gandum kuda atau gandum hitam.
Melalui facebook Rasa Share Resipi, Hidayati Hana telah berkongsi resipi kuih permata zamrud. Kuih ini nampak sangat mewah dengan rona hijau putih. Ditambah pula dengan inti kelapa yang dimasak bersama gula merah. Manis-manis lemak gitu. Bolehlah cuba buat nanti ya.
KUIH PERMATA ZAMRUD
BAHAN INTI KELAPA
3/4 cawan gula merah
1 sudu besar gula putih
1/2 cawan air
Sehelai daun pandan (disimpul)
1 biji kelapa parut (ambil yang putih sahaja)
1 sudu besar tepung gandum
CARA MEMASAK INTI KELAPA
1. Dalam kuali, masak gula merah, gula putih dan air. Masukkan daun pandan sehingga gula larut.
2. Selepas gula larut, masukkan kelapa parut dan gaul sebati.
3. Apabila sudah kering, masukkan tepung gandum dan tutup api.
4. Biarkan sejuk. Kemudian bulat-bulatkan. Ketepikan.
RESIPI ADUNAN HIJAU
1 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1/2 cawan air
Pewarna hijau
CARA BUAT ADUNAN HIJAU
1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
2. Tuang air sedikit demi sedikit. Kemudian letak pewarna hijau. Uli sebati hingga jadi doh.
3. Ambil doh dan bulatkan. Leperkan sedikit untuk senang masukkan inti.
4. Tutup semula dan bentukkan bulat-bulat.
5. Masukkan dalam bekas kuih lompang yang sudah disapu sedikit minyak masak.
6. Sudah siap, ketepikan.
ADUNAN PUTIH
2 cawan santan
1 cawan air
1/2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
Sehelai daun pandan
CARA MEMBUAT ADUNAN PUTIH
1. Untuk adunan putih pula, campurkan semua bahan dalam periuk.
2. Masak sehingga sedikit pekat tapi jangan likat sangat.
3. Apabila siap, tutup api.
CARA MEMASAK
1. Tuangkan adunan putih ke dalam acuan lompang. Jangan isi penuh sangat.
2. Ulangi langkah ini sampai habis adunan.
3. Panaskan pengukus.
4. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana.