Sedapnya Puding Lumut Santan ni. Resipi orang dulu-dulu tidak dapat disangkal lagi keenakannya. Bahan mudah tapi rasanya memang terbaik.
Bagi anda yang menggemari Puding Lumut Santan, resipi perkongsian saudari Zura Zul ni harus dicuba. Sangat mudah dan dijamin menjadi. Kalau makan sejuk-sejuk, lagi nikmat. Jom lihat cara-cara pembuatannya.
CARA MASAK PUDING LUMUT SANTAN SIMPLE
BAHAN A (LAPISAN PUTIH):
10gm agar-agar tali – beli online disini
2 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
1 cawan santan sederhana pekat
3 helai daun pandan – simpul
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1.Masak agar-agar tali bersama air hingga larut.
2.Kemudian masukkan gula. Kacau rata hingga larut.
3.Tuang santan, daun pandan dan juga secubit garam. Kacau lagi hingga sebati dan biarkan masak seketika.
4. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 8×8. Biarkan sederhana beku.
BAHAN B (LAPISAN HIJAU):
10gm agar-agar tali
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
1 cawan santan sederhana pekat
1 cawan jus pandan (kisar 6 helai daun pandan dengan 1 cawan air. Tapiskan)
1 biji telur (pukul dulu)
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau – beli online disini
Sedikit esen vanilla – jika suka – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Masak agar-agar tali bersama air hingga larut. Kemudian masukkan gula. Kacau rata.
2. Masukkan santan, jus pandan, telur, garam, esen vanilla dan pewarna hijau. Kacau sampai sebati.
3. Bila adunan mendidih membuak, perlahankan api. Biar ia masak jadi ketulan lumut.
4. Tutup api. Kacau lagi untuk pecahkan ketulan lumut tadi supaya jadi halus.
5. Tuang adunan perlahan-lahan atas lapisan puding yang putih tadi. Biarkan beku & boleh letak dalam peti sejuk.
6. Potong ikut saiz bersesuaian dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Guna agar-agar tali yang 20gm. Potong@gunting dua. Petua untuk agar-agar cepat larut bila dimasak adalah rendam dulu dalam air selama 30 minit hingga 1 jam sebelum dimasak.
Siapa penggemar kuih apam? Dapat pula makan apam yang gebu gebas dan lembut. Dimakan pula dengan kopi panas dan dicicah dengan kelapa parut alahai nikmatnya. Korang boleh buat sendiri apam yang jadi kesukaan ramai ini. Ikut resipi Rose Rosnah .
Buat pencinta kopi, muffin ini pasti menjadi kesukaan anda. Menurut chef Sue espresso yang digunakan dalam bahan muffin ini sebaiknya guna kopi yang baru brew, untuk dapatkan rasa kopi sebenar. Kopi yang berkualiti akan menghasilkan espresso yang sempurna dan memberi rasa yang enak pada muffin. Jika tiada atau tak pandai brew kopi sendiri, boleh beli espresso di mana-mana kedai kopi (San Francisco Coffee/coffee bean/Starbucks dan lain-lain). Juga tidak digalakkan untuk ganti espresso dalam resipi ni dengan kopi segera atau kopi emulco, rasanya akan jadi lain nanti.
**tbsp – tablespoon (measuring spoon ya bukan sudu makan nasi ) ***tsp – teaspoon (measuring spoon, bukan sudu kopi).
Cara membuat: 1. Buat streusel dulu. Caranya campurkan semua bahan A dalam mangkuk. Gunakan hujung jari, ramas-ramas lembut hingga jadi seperti bread crumbs. Ketepikan. 2. Di dalam mangkuk besar, satukan telur, susu segar, minyak jagung, esen vanilla dan espresso. Pukul dengan whisk (hand whisk saja) hingga semua bahan sebati. Jangan pukul berlebihan. 3. Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam ke dalam adunan. Kaup-balikkan sebati guna spatula.Jangan kacau berlebihan, hanya satukan semua bahan hingga sebati. 4. Sediakan acuan muffin yang disapu sedikit minyak atau boleh juga guna paper cupcakes. Tuang adunan muffin tadi ke dalam acuan hingga 3/4 penuh. Kemudian tabur streusel yang dah siap awal tadi secukupnya. 5. Bakar muffin dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 20-25 minit atau hingga muffin masak (test dengan mencucuk lidi dalam muffin, kalau lidi keluar bersih tak melekat maknanya muffin dah masak sempurna). 6. Sementara itu, dalam mangkuk lain, satukan bahan C lalu kacau rata hingga likat. Tuang (drizzle) ke atas muffin tadi dan hidangkan. Kredit: Sue M Arukin
Kek kalau bahannya dari krim keju, memang sedap tak terkata. Penggemar keju lagi lah pula. Biasanya kek keju asli yang menggunakan bahan asas krim keju dimasak menggunakan teknik ‘water bath’, iaitu tin pembakar kek dialas dengan bekas berisi air semasa membakarnya.
Tetapi jika digunakan sebagai sapuan atau krim lapisan kek seperti Kek Red Velvet dan Kek Lobak Merah, boleh dibakar seperti kek biasa aje.
Hujung minggu ni ceriakan mood anak-anak dengan kek keju yang cair di mulut ini…yummy.
1.RED VELVET CAKE
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek span:
200 gm mentega
660 gm gula halus
7 biji telur
30 gm esen vanila
1 sudu teh soda bikarbonat
100 gm tepung jagung
20 gm serbuk koko
400 ml minyak masak
350 ml susu + air lemon 50 ml
Beberapa titik pewarna merah
Bahan krim :
500 gm krim keju
200 gm gula halus
2 sudu makan air lemon
200 gm krim manis (pukul hingga kembang)
CARA MEMASAK : 1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. 2. Setelah kembang masukkan esen vanila dan telur sedikit demi sedikit, dikaup balikkan. 3. Setelah sebati masukkan tepung, soda bikarbonat, tepung jagung dan tepung koko sehingga sebati. 4. Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan campurkan campuran susu dan lemon dan kacau hingga sebati. 5. Titikkan pewarna merah. Dan asingkan adunan kepada bekas loyang pembakar, berasingan, ikut berapa lapisan kek yang ingin dibuat. 6. Akhir sekali masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit hingga masak. Cara memasak bahan krim : 1. Campurkan semua bahan krim dan kacau sehingga tidak berketul. 2. Kemudian masukkan krim manis dan kacau hingga sebati. Cara membuat lapisan kek: 1. Buang kulit lapisan atas kek dan bersihkan permukaannya. 2. Sapu rata-rata air suam atas kek tadir. 3. Sapu adunan krim keju di atas kek 4. Ulangi langkah tadi sehingga lapisan teratas. 5. Setelah selesai, hiaskan kek ikut citarasa anda.
INFO CHEF :Bagi mendapatkan kek yang gebu gunakan susu segar penuh krim (full cream). Jangan gunakan susu rendah lemak jika mahukan kek yang berlemak, gebu dan lembut
Saiz hidangan : Kek seberat 1kg Waktu Memasak : 1 jam setengah Cara Memasak : Bakar Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Rasa kek gebu dan lembut dan boleh dimakan begitu sahaja tanpa krim.
2. KEK LOBAK MERAH DENGAN BADAM
BAHAN-BAHAN:
Bahan A:
200 gm tepung gandum atau tepung kek | diayak
1/2 sudu teh soda bikarbonat | diayak
1/2 sudu teh serbuk kayu manis | diayak *Satukan semua bahan A ini, kemudian di ayak.
Bahan B:
250 gm lobak merah | diparut halus dan telah di perah
100 gm almond nibs | dipanggang dahulu selama 5 minit dalam oven pada suhu 160 C)
240 gm gula halus
180 gm minyak jagung
2 biji telur saiz A
Bahan krim keju :
150 gm krim keju
30 gm mentega tanpa garam
60 gm gula aising
10 gm whipping cream
*Badam hancur (kasar) @ almond nib dan parutan keju cheddar untuk hiasan
CARA MEMASAK : Kek : 1. Putar gula dan telur hingga kembang 2. Masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati dengan kelajuan sederhana 3. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi dan kaup balik sehingga sebati. 4. Masukkan lobak dan badam, kaup balik sehingga adunan sebati. 5. Sediakan loyang pembakar 23 sm, lapik loyang dengan kertas pembakar dan sapukan sedikit mentega pada loyang. 6. Tuangkan adunan dan bakar adunan di dalam ketuhar pada suhu 170 darjah celcius yang telah di panaskan dahulu selama 15 minit. 7. Bakar kek selama 40-50 minit bergantung kepada oven masing-masing.. 8. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sebentar dalam loyang pembakar dan kemudian terbalikkan atas redai.
Krim keju : 1. Pukul keju krim,mentega dan gula aising hingga kembang. 2. Dalam bekas lain, pukul whipping cream sehingga kembang. 3. Masukkan whipping cream ke dalam adunan keju krim dan kaup balik adunan sehingga sebati. Krim keju sedia disapukan pada kek.
Saiz hidangan: 1 loyang pembakar bulat saiz 23 sm (1.5 kg) Waktu memasak: 40 – 50 minit Cara Memasak : Bakar Jenis masakan : Kek Keistimewaan: Kek lobak merah klasik denan ‘topping’ krim keju yang lazat.
INFO CHEF : Selain badam anda juga boleh menggantikan dengan kacang walnut atau jenis kekacang , panggang dahulu kekacangnya. Lobak merah hendaklah disagat kasar.
3. KEK KEJU OREO
Bahan-bahan:
Bahan dasar kerak :
80 gm biskut oreo | telah di asingkan intinya
50 gm mentega | yang dicairkan
Bahan krim keju :
250 gm krim keju @ cream cheese
200 gm non dairy whipping cream
150 gm yogurt biasa
50gm gula kastor
15 gm gelatin
60 ml air panas
50 gm serbuk oreo dan sedikit biskut oreo sebagai hiasan
CARA MEMASAK : Dasar kerak: 1. Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang spring form 18cm. Alas loyang dengan pembalut plastik atau kertas minyak supaya senang untuk dikeluarkan. 2. Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padatkan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit hingga sejam. Kek krim keju : 3. Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. 4. Pukul krim keju cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. 5. Masukkan yogut dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata. 6. Gunakan spatula, masukkan serbuk oreo dan kacau sedikit. Tidak perlu kacau sebati. 7. Tuang separuh adunan ke dalam loyang biskut tadi. Letakkan beberapa keping biskut oreo dan tuangkan baki adunan cheese di atasnya. 6. Sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg) Waktu memasak: 40 minit Cara Memasak :Gelatin panas dan didinginkan dalam peti sejuk Jenis masakan : Kek Keistimewaan: Biskut oreo memberi kelainan rasa pada kek keju
INFO CHEF :Balut dasar loyang pembakar menggunakan plastik pembalut untuk memudahkan kek dikeluarkan dari loyang pembakar.
4. KEK VANILA KEJU LELEH
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek vanilla span:
150gm tepung superfine
150 gm gula kastor
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovalet
1 sudu kecil serbuk penaik | diayak
80 ml susu segar
80 ml minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla
Bahan ‘topping keju leleh :
250 gm keju krim
1 cawan susu pekat
1 cawan non dairy whipping cream
Parutan keju cheddar | sebagai hiasan
CARA MEMASAK : Kek vanilla span : 1. Satukan tepung, gula, telur, ovalet dan baking powder. Pukul selama 5 minit. 2. Perlahankan mixer, masukkan susu segar dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga adunan kembang dan gebu. 3. Matikan mixer, masukkan minyak jagung dan gaulkan secara kaup balik. 4. Sediakan loyang pembakar bersaiz 20 sm inci (disapu mentega serta dialas bahagian bawah loyang pembakar. Masukkan adunan dan hentakkan sedikit adunan. 5. Bakar kek pada suhu 170 darjah selama 25-30minit. 6. Setelah masak, terbalikkan loyang di atas redai dan biarkan selama 1 minit (bertujuan supaya kek tidak mengecut dan turun). 7. Selepas itu terbalikkan semula loyang dan keluarkan kek.
Topping krim keju : 1. Satukan keju, susu pekat dan non dairy whipping cream dan kacau sebati. 2. Tuang adunan kejue ke atas kek vanilla tadi. 3. Hiaskan atas kek dengan parutan keju cheddar.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg) atau empat segi Waktu memasak: 40 minit Cara Memasak : Bakar Jenis masakan : Kek Keistimewaan: Lemak dan berkrim menepati selera pencinta keju
INFO CHEF : Setelah kek masak perlu segera diterbalikkan dari loyang dan dikeluarkan dari loyang untuk mengelakkan kek mengecut.
5. KEK KEJU BLUEBERI
BAHAN-BAHAN :
1 kg krim keju | pilih krim keju sebenar
2/3 tin susu pekat
1 cawan krim putar @ whipping cream.
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan pai blueberi filling | boleh didapati dari kedai kek/bakeri
Bahan dasar kerak :
250 gm biskut marie
125 gm mentega | dicairkan
CARA MEMASAK: Dasar kerak : 1. Hancurkan biskut marie. Kemudian cairkan mentega. 2. Gaulkan biskut yang telah dihancurkan dengan mentega yang telah dicairkan. 3. Masukkan ke dalam tin pembakar berukuran bulat berukuran 25 sm . 4. Tekan adunan supaya padat. Masukkan sebentar dalam peti sejuk supaya ianya supaya membentuk dasar yang padat Krim keju : 1. Keluarkan krim keju 20 -30 minit sebelum digunakan. 2. Putar krim keju, susu dan krim putar hingga sebati. 3. Masukkan sedikit pai blueberi, gaulkan. 4. Tuangkan adunan dalam tin pembakar yang berisi biskut tadi. 5. Panaskan oven dan bakar dalam oven dengan suhu 170 darjah celcius selama 2 ½ jam. 6. Keluarkan dan bila sejuk masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam supaya kek benar-benar sejuk untuk dikeluarkan dari tin pembakar. 7. Hias kek dengan inti/filling blueberi di atasnya jika suka.
Saiz hidangan : 1 tin pembakar bulat bergaris pusat 25 sm Waktu memasak: 3-4 jam Cara Memasak : Bakar dengan teknik water bath (letakkan tin atas bekas berisi air) Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Buah blueberi mengatasi rasa muak keju.
INFO CHEF : Sedap dimakan sejuk dari peti ais.
6. KEK KEJU KIWI
BAHAN-BAHAN :
1 kg krim keju
2/3 tin susu pekat
1 cawan krim putar @ whipping cream
1 sudu teh esen vanilla
5 sudu makan pai kiwi ‘filling’ (boleh didapati dari kedai kek)
Bahan dasar kerak :
250gm biskut marie | dihancurkan
125gm mentega | dicairkan
Bahan topping @ permukaan :
1 sudu teh serbuk gelatin
30 ml air
150 gm kiwi pie filling @ inti pai kiwi
CARA MEMASAK : Dasar kerak : 1. Hancurkan biskut marie, kemudian cairkan mentega. Gaulkan biskut yang telah hancur dengan mentega yang telah dicairkan. 2. Letakkan adunan dalam loyang bulat saiz 25 sm 3. Tekan adunan supaya padat. Masukkan sebentar dalam peti sejuk agar dasarnya lebih padu. Krim keju : 4. Keluarkan krim keju 20 – 30 minit sebelum digunakan. 5. Putar krim keju dan susu serta whipping cream sehingga sebati. 6. Masukkan sedikit pai kiwi dan gaulkan. 7. Tuangkan adunan ke dalam berisi biskut tadi. 8. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 2 ½ jam. 9. Keluarkan dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam supaya kek benar-benar sejuk untuk dikeluarkan dari loyang pembakar. 10. Hias atas kek dengan kiwi pie dan hirisan buah kiwi mengikut kreativiti anda
Hiasan permukaan /topping :
10.Campurkan gelatin dengan air dan panaskan sebentar sebentar supaya gelatin tadi larut. Selepas itu masukkan kiwi pai filling, kacau. Sedia untuk disapukan atas kek.
Saiz hidangan: 1 loyang pembakar bulat bersaiz 25.4 sm Waktu memasak: 3 jam Cara Memasak : Bakar dengan teknik ‘water bath’ Jenis masakan : Kek Keistimewaan: Kek keju berkrim dengan rasa kiwi asli
INFO CHEF : Sedap dimakan sejuk-sejuk dari peti ais. Keluarkan kek dari Loyang pembakar, hanya selepas ia disimpan lebih dari 4 jam dan benar-benar sejuk.
Cara buat kuih kalakatar atau bingka kelapa. Merupakan hidangan tradisi masyarakat Banjar, kuih ini terkenal dengan rasa lemak manis, tekstur lembut dan aroma wangi...