Suka makan Puding Karamel? Resipi yang dikongsi oleh saudari Rin Ismail ni pasti menambat selera anda. Hanya menggunakan 6 bahan ringkas, puding Karamel Biskut enak ini anda boleh hasilkan buat hidangan keluarga. Kalau nak sediakan untuk jamuan makan pun sesuai. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
PUDING KARAMEL BISKUT
BAHAN-BAHAN:
1 tin susu sejat
1/2 tin susu pekat manis
5 biji telur
12 keping biskut lemak Hup Seng
Sedikit esen vanilla
3 sudu makan gula
Ads
CARA MEMASAK:
1. Cairkan gula dalam kuali. Tunggu sampai berkaramel ( hangus) kemudian letak 2 sudu makan air.
2. Kacau sampai gula hancur. Masukkan dalam acuan. Ketepikan.
Ads
3. Satukan susu sejat, susu pekat manis, telur, biksut dan esen vanilla. Kisar hingga halus. Pada masa yang sama, panaskan periuk kukusan.
4. Check gula dalam acuan tadi sama ada keras atau tidak. Bila dah agak keras, tuang bahan yang dikisar tadi ke dalam bekas yang sama. Kukus selama 45 minit.
Ads
5. Sebelum angkat, cucuk lidi untuk mengetahui puding sudah masak atau tidak. Jika lidi bersih dan licin, ia menandakan puding dah masak.
6. Masa puding masih panas, keluarkan dari acuan. Jika sejuk, dibimbangi gula puding akan mengeras dan melekat. Enak dinikmati masa sejuk.
Kuih cempiang atau ada juga yang menyebutnya campiang memang popular di Sabah. Sedap dimakan panas-panas, ia terkenal sebagai antara menu sarapan pagi yang sungguh lazat. Rupanya macam cinnamon rolls. Bahannya pun ringkas sahaja, apakata sekali sekala kita beralih selera dengan mencuba sendiri resipi kuih dari negeri di bawah bayu ini.
KUIH CEMPIANG
Foto : IG: twgram
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
Sepeket yis
2 sudu makan susu pekat
2 sudu makan gula (campurkan ke dalam secawan air suam sampai berbuih)
Bahan B :
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan majerin atau mentega
2 sudu makan susu tepung (gaulkan bersama)
Bahan inti doh :
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu serbuk rempah (kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih kisar)
1 sudu besar air suam
CARA MEMASAK : 1. Biarkan 10 minit hingga bahan A berbuih. 2. Masukkan ke dalam bahan B danuli kejap sahaja sampai sebati.Rehatkan selama sejam untuk mengelakkan doh melekat pada tangan. 3.Selepas itu boleh uli dan canaikan doh. 4. Letakkan bancuhan kicap secara merata di atas doh, tetapi jangan sampai di bahagian tepi. 5. Gulung doh sehingga ke hujungnya. Kemudian potong anggaran 1.5 cm setiap satu. Kalau nak tebal boleh potong sehingga 2 cm atau lebih. 6.. Goreng dengan api yang perlahan dan minyak yang banyak.
Foto : niemasrul@blogspot.com
Kredit: Chik Puan Meyanah via Masak Apa Hari Ni :Salamisimon1.blogspot.my
Sekarang musim buahan-buahan. Jadi bila stok banyak, bolehlah hasilkan pelbagai jenis makanan menggunakan buah-buahan ni. Selain tahan lama, jem buah-buhana ini juga sangat sedap. Buat banyak-banyak dan boleh nikmati pada bila-bila masa walaupun di luar musim. Jom cuba!
2. Masukkan ke dalam kuali dan campurkan dengan gula. Jumlah gula tidak perlu terlalu banyak kerana buah durian sudah sedia manis dan bagi mengelakkan jem menjadi keras.
3. Kacau jem menggunakan api sederhana hingga menjadi jernih.
4. Angkat dan simpan dalam bekas bertutup. Boleh dinikmati mengikut kreativiti.
Gula – ikut jumlah buah dan kemanisan yang dikehendaki
CARA MEMASAK:
1. Kupas buah manggis dan ambil isinya sahaja.
2. Masukkan ke dalam kuali dan masak guna api sederhana. Tambah gula mengikut jumlah buah dan kemanisan yang dikehendaki. Untuk warna lebih menarik, boleh juga tambahkan sedikit pewarna ungu.
3. Kacau sentiasa supaya jem tidak hangus.
4. Bila jem kelihatan agak pekat, angkat dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.
5. Simpan jem dalam bekas bertutup dan letak dalam peti sejuk supaya tahan lama.
Sedap Puding Jagunglembut bergedik ni. Makan sejuk-sejuk memang enak. Cara penyediaannya juga tak renyah dan tak guna banyak bahan. Cubalah. Resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni memang sentiasa terbaik. Pendek kata, kalau pertama kali cuba pun, jika ikuti cara-cara seperti yang dikongsi, pasti jadi. Berbaloi untuk dicuba dan memang kena dengan cita rasa.
CARA MEMASAK: 1.Satukan serbuk agar-agar, gula dan air di dalam periuk yang bersesuaian. Masak sehingga larut. 2. Kisar jagung bersama susu cair hingga halus. 3. Tuang kisaran jagung ke dalam periuk berisi agar-agar tadi dan kacau sebati. 4. Didihkan campuran agar-agar dengan api perlahan. 5. Tutup api kemudian tapis. Biarkan wap panasnya hilang. 6. Tuang adunan ke dalam acuan atau loyang yang bersesusian.
7. Sejukkan dan biarkan mengeras terlebih dahulu sebelum dihidang.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.