Sedapnya Puding Jagungsimple perkongsian saudara Salman Rahim ni. Bahan-bahannya sangat mudah dan ringkas. Memang tak renyah cara penyediaannya. Jom cuba! Semestinya hidangan ini sangat enak dinikmati bersama keluarga. Pasti puas hati.
Kuih Peneram memang antara kuih tradisi yang jadi kegemaran ramai. Ada yang suka makan garing-garing, ada yang suka makan Kuih Peneram yang lembut. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri kuih ni, saudari Nor Hayani Ismail ada kongsikan resipi dari ibu mertuanya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT KUIH PENERAM YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
4 cawan tepung beras (cap bunga)
2 cawan gula merah
1 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Masak gula merah dan air hingga larut. Tapis dan biarkan suam.
2. Bila air gula suam, gaulkan dengan tepung beras. Adun sebati.
3. Biar adunan selama beberapa jam supaya tepung kembang.
4. Gaul lagi adunan dan jika adunan keras, tambah air sehingga menjadi lembut .
5. Leperkan adunan dan terap menggunakan acuan. Boleh juga bentuk menggunakan tangan.
6. Panaskan minyak masak dengan banyak dan goreng adunan Kuih Peneram tadi.
7. Angkat, toskan minyak dan boleh dinikmati.
PESAN IBU MERTUA: Jika sekali buat dan tak menjadi, usah kecewa. Cuba lagi 2-3 kali. Insyaallah hasilnya akan lebih baik.
Kuih muih tradisi keenakkannya tiada bandingan. Sukar juga nak jumpa kuih muih tradisi di masa ini. Siapa yang berhajat nak makan, kenalah belajar buat sendiri. Untung nasib menjadi. Contoh kuih Karas ni terkenal di kalangan orang Perlis. Ralit menikmatinya. Rangup dan rapuh sangat. Kunyah sambil nonton televisyen, tak sedar habis sebalang.
KUIH KARAS Bahan-bahan: 1 paket (500gm) tepung beras cap Teratai-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan gula 1 1/2 cawan air biasa
Cara membuat: 1.Kacau gula dengan air hingga larut.Kemudian, tuang ke dalam tepung beras. Kacau sebati. 2.Masukkan adunan ke dalam botol roti jala muncung 3 atau 5. Kalau ada acuan dia yang tempurung tu boleh la guna. 3.Panaskan minyak. Pastikan minyak cukup panas saja, bukan terlampau panas. Minyak tak banyak sangat. Jalakan dari tepi banyak kali dalam 5-6 pusingan,baru jalakan ke bahagian tengah 5-6 kali.Kemudian ulang lagi jalakan sampai ke tepi dan ke tengah semula dalam 5-6 pusingan lagi. Jangan tebal sebab kita nak lipat ia nanti. 4.Lepas jala, biar 5 saat. Kemudian terus lipat dua dengan menggunakan senduk, kemudian lipat sekali lagi jadi bentuk segitiga. Goreng sekejap sambil balik-balikkan hingga berwarna keemasan. Kuih karas ni cepat masak dalam 2-3 minit saja.Masa kita angkat tu, dia masih agak lembut,tapi lepas kita dah sejukkan ia akan keras sendiri. Rangup dan rapuh sangat. Kredit: Nor Al Fatihah
Selain cucur dan kuih muih enak dijadikan menu hidangan petang, wadai kipeng ini pun boleh anda cuba. Ini menu orang Banjar. Siapa yang tak pernah makan bolehlah cuba nanti ikut resipi yang dikongsi ini. Kuah wadai ni diletakkan durian lagi tambah enak.
WADAI KIPENG Bahan-bahan: 500g tepung beras pulut Air 1 sudu teh garam
Cara membuat: 1. Satukan tepung pulut dan garam, masukkan air sikit-sikit kemudian uli tepung sampai jadi doh dan tak melekat di tangan. Jangan terlalu lembik.
2. Gentelkan doh sebesar guli kemudian tekan dengan jari bahagian tengah bagi leper. 3. Panaskan air dalam periuk, bila dah mendidih masukkan doh yang dibentuk tadi hingga masak. Bila doh tu dah masak ia akan timbul sama macam buat kuih buah Melaka. Toskan.
Kuah wadai kipeng Bahan-bahan: 1 kotak/1biji santan kelapa 1 cawan gula merah(dibancuh dengan air dan tapis) 4 sudu makan gula perang 2 helai daun pandan 1 sudu teh garam 3-4 ulas durian (optional) Air secukupnya
Cara membuat: 1. Satukan gula merah, gula perang, daun pandan, garam, durian dan air. Air jangan terlalu banyak nanti kuah cair, kalau tak cukup baru tambah sikit-sikit. Masak sampai mendidih. 2. Bila dah mendidih, masukkan doh yang dah masak tadi beserta santan. Didihkan sampai masak, jangan pecah minyak pula, kena kacau sekali sekala. Jika kurang manis boleh tambah gula perang. Jika nak tambah sagu pun boleh.
Resepi & hasil air tangan suami_Joe Strangers Kredit : FB Janna Hanie
Potato Egg Melt ialah sarapan sihat dan rendah kalori yang mudah disediakan, mengenyangkan dan sedap. Ketahui manfaat, nutrisi dan cara membuatnya untuk rutin harian yang lebih sihat.