Memang sedap kalau dapat makan puding yang baru keluar dari peti ais yang sejuk. Tekstur puding pula tak terlalu kental dan tak terlalu lembut rasa sedap je cair di mulut. Resipi Puding Buah Naga Susu ni memang sedap sangat kalau dapat dihidangkan ketika waktu santai bersama keluarga lag-lagi bila cuti sekolah ataupun pada hujung minggu. Sangat mudah dan gerenti menjadi resipi Puding Buah Naga Susu ni untuk dibuat di rumah. Saya kongsikan resipinya. Jom cuba!
Untuk resipi puding buah naga ni, guna loyang 7 inci.
Bad mood rasa kalau cuci pinggan mangkuk sabun tak wangi dan tak boleh hilangkan kotoran dengan licin. Nasib baik ada Sugar Bubble Washing Liquid [Special Set] boleh dapatkan dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI!
CARA PENYEDIAAN:
1. Tuangkan air ke dalam periuk, dan masukkan agar-agar tali. Kacau sampai larut dengan api sederhana.
Ads
2. Masukkan susu cair, dan kemudian letak gula. Letakkan sedikit sedikit, kalau rasa dah manis okay aje, tak payah nak habiskan secawan tu. Ikut selera dan tahap kemanisan yang disukai.
3. Akhir sekali masukkan potongan buah naga. Tak payah lama, supaya buah naga tak hancur. Potongan naga tu cantik bila dah mengeras puding nanti.
4. Bila puding dah sejuk, masukkan dalam peti sejuk. Sedap dimakan dingin
Kredit: cuti_makan
Ads
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Nasi hujan panas ini antara hidangan nasi yang boleh kita sediakan untuk menjamu tetamu di hari raya nanti.
Kalau sebelum ini guna beras yang mahal, tahun ini supaya lebih jimat kita guna saja beras biasa. Hidang dengan ayam masak merah bersama acar mentah. Setel.
Ringkas dan sesuai sangat untuk hidangan tetamu yang datang waktu tengah hari atau malam. Cara membuat boleh ikut perkongsian Raja Amanina.
Resipi nasi hujan panas guna beras biasa
Bahan-bahan:
3 pot beras -cuci dan toskan (boleh gunakan beras basmati juga suka)
Air (ikut sukatan beras)
1 biji bawang besar -dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
1 inci halia -dikisar
3 sudu makan -butter atau marjerin
1 cawan susu cair
4 sekawan(kayu manis, cengkih, lawang, pelaga)
Daun pandan
1 batang serai diketuk
Secubit garam
Pewarna hijau, kuning & merah
Cara membuat
Panaskan periuk cairkan marjerin dan tumis bahan kisar, 4 sekawan, daun pandan dan serai hingga naik bau.
Masukkan susu cair dan beras
Tambahkan air & garam.
Tunggu hingga mendidih dan nasi mula kering &titikkan pewarna di tempat berasingan. Tutup periuk
Biarkan seketika dan gemburkan nasi pakai garfu
Ayam Masak Merah Kenduri
Bahan-bahan:
10-12 ketul ayam kunyit garamkan dan goreng separuh masak
2 biji bawang besar -dikisar
5 ulas bawang merah -dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
1 inci halia
1biji bawang besar -dihiris
2 genggam cili kering rebus & kisar hingga halus
3 batang serai diketuk
2 helai daun limau purut
3 biji tomato
3 sudu makan sos cili
4 sekawan(kayu manis, cengkih, lawang &pelaga)
Asam keping
Gula garam secukup rasa
Cara membuat:
Tumis bawang bersama serai, 4 sekawan hingga wangi & masukkan cili kisar masak hingga pecah minyak.
Masukkan tomato, sos cili & daun limau purut.
Tambahkan sedikit air,asam keping dan masukkan ayam.
Masak hingga pecah minyak tambahkan bawang hiris dan perasakan gula garam
Acar Timun
Bahan-bahan
2 biji timun
Sedikit kubis -dihiris
Lobak merah -hiris
Cili padi -dihiris
Bawang besar 2 biji -dihiris
Sedikit pewarna kuning (optional)
Cuka 1 senduk kecil
Gula
Garam
Sedikit air
Cara membuat:
Campurkan semua bahan gaul sebati perasakan gula dan garam agar rasanya seimbang.
Di musim perayaan sebegini, pastikan di dapur anda ada makanan yang boleh dihidang terus. Mana taknya, andai kata tetamu datang mengejut, anda tak gelabah dan boleh hidang apa yang patut. Salah satu menu yang boleh dicuba ialah Puding Biskut Marie ni. Sangat senang & sedap. Malah boleh buat awal dan simpan sahaja dalam peti sejuk. Kalau tetamu datang, hanya potong dan hidang je.
PUDING BISKUT MARIE
BAHAN-BAHAN:
200gm biskut marie
10gm agar-agar serbuk
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan tepung kastard
1 biji telur
1/2 buku buttercup
6 sudu makan serbuk koko
8 sudu makan milo
1/4 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
Kisar susu cair, susu pekat, telur, esen vanilla dan tepung kastard hingga sebati. Ketepikan.
Dalam bekas berlainan, bancuh serbuk koko dan milo bersama sedikit air suam. Ketepikan.
Masak serbuk agar-agar dengan air hingga larut dan mendidih.
Kemudian masukkan buttercup dan kacau hingga cair.
Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan kacau hingga sebati. Pastikan guna api perlahan kerana adunan akan menjadi pekat. Kacau sentiasa.
Seterusnya masukkan bancuhan serbuk koko dan milo. Kacau hingga sebati dan tiada ketulan.
Teruskan masak hingga berkilat dan ada sedikit meletup-letup. Ini menandakan puding telah masak. Tutup api.
Alas loyang saiz 7×7 dengan plastik. Lebihkan di bahagian kiri dan kanan supaya senang nak keluarkan puding dari loyang nanti.
Tuang sedikit adunan puding ( lapisan koko). Ratakan di keseluruhan loyang.
Susun biskut marie satu persatu di lapisan koko tadi. Boleh patahkan sedikit biskut jika ada ruang yang kosong.
Tuang adunan puding ( lapisan koko) sekali lagi. Kemudian susun biskut marie. Ulang proses yang sama hingga habis. Pastikan lapisan atas sekali adalah lapisan koko.
Sejukkan puding di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam. Barulah dikeluarkan dan dinikmati.
INFO:
Puding ni kurang manis. Jika suka rasa lebih manis, boleh tambah susu pekat atau gula.
Adunan puding cepat mengeras. Jika adunan keras sebelum siap proses melapis, panaskan kembali diatas api perlahan sebentar. Adunan akan lembut kembali.
Loyang yang diguna tidak semestinya bentuk 4 segi. Boleh juga guna loyang bulat atau apa-apa bekas yang anda ada.
Jika suka, boleh tabur kacang tanah yang ditumbuk kasar atau nestum diatas puding.
Merupakan sajian sambal tumis kentang dicampur dengan ikan bilis yang dimasak kering. Enak makan bersama nasi putih hangat dan telur goreng atau ikan goreng.
BERLADO KENTANG BILIS
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis ] digoreng garing
3 biji ubi kentang ] dipotong baji dan digoreng
100gm cili merah ] dikisar
50gm cili padi merah ] dikisar
1 biji bawang besar ] dikisar
1/2 sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan garam. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang Waktu memasak: 20 minit Jenis hidangan: Minang Keistimewaan: Pedas menyengat Jenis masakan: Lauk pauk Cara memasak: Goreng dan tumis
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!