Sajian Petai Berlado Ikan Bilis ini tentunya menjadi kegemaran ramai. Jarang ada yang menolak bila disua menu ni. Resipi yang sangat ringkas namun sedapnya tu memang tiada tandingan. Saudari Suriani Mohd ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
CARA MEMASAK PETAI BERLADO IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN: 4 papan petai 200gm ikan bilis – beli online disini Cili padi secukupnya – ikut kepedasan yang digemari 4-5 biji bawang merah – beli online disini Serbuk cukup rasa secukupnya Minyak untuk menumis
Dapatkan LA VINNCE BLUE DIAMOND COOKWARE SET dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Ads
CARA MEMASAK: 1.Tumbuk kasar bawang, cili dan ikan bilis secara berasingan. Petai juga dibuang kulit kan dibelah. Ketepikan.
2. Ambil kuali yang bersesuaian. Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga pecah minyak.
3. Bila sambal kelihatan gelap dan masak, masukkan serbuk cukup rasa dengan secukupnya dan juga hirisan petai.
4. Gaul hingga rata dan terus diangkat. Jangan masak petai terlalu lama. Cukup sekadar sebentar sahaja.
5. Petai Berlado Ikan Bilis siap untuk dihidang dan dinikmati.
Bila sebut sate, sate ayam dan daging antara yang paling digemari ramai. Malah hidangan ini juga sangat sinonim dengan raya. Bagi anda yang rasa nak makan sate yang sedap dan mudah, resipi yang RASA kongsi ni boleh dicuba. Boleh buat awal dan sangat jimat berbanding yang dibeli. Jom cuba!
1. SATE AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | dibersihkan
5 sudu makan madu
BAHAN KISAR:
15 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
2cm halia
10 tangkai cili kering – ikut kepedasan sendiri
7 batang serai
2cm kunyit hidup
1 sudu teh garam
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
150gm gula
Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
Ayam dibersihkan dan diambil isinya. Potong dadu dan masukkan ke dalam bekas besar.
Kemudian tuang bahan kisar. Gaul rata.
Tuangkan madu. Gaul lagi hingga semua bahan sebati. Perap selama 2 jam.
Cucu isi ayam pada lidi dan bakar hingga masak.
Sedia untuk dinikmati.
2. SATE DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | dihiris nipis
30 ulas bawang merah | dikisar
15 ulas bawang putih | dikisar
20 tangkai cili kering | dikisar halus
5cm kunyit hidup | dikisar halus
3 batang serai | dikisar halus
3cm lengkuas | dikisar halus
3cm halia | dikisar halus
3 sudu teh jintan manis | dikisar halus
3 sudu teh jintan putih | dikisar halus
3 sudu makan gula
Garam secukup rasa
Sedikit minyak sapi | dicairkan
1 batang serai | dititik
Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan daging dan perapkan bersama bahan yang telah dikisar halus. Tambahkan garam serta gula secukupnya. Perap semalaman.
Cucuk daging pada lidi sate dengan kemas. Jangan susun terlalu rapat kerana akan menyebabkan sate masak tidak sekata.
Bakar sate sehingga masak. Ambil serai dan celup pada cairan minyak sapi dan sapu pada daging supaya tidak kering semasa dibakar .
Jom cuba buat cili boh homemade! Maklumlah, cili boh atau cili kisar adalah bahan masak yang wajib ada di dapur. Terdapat pelbagai jenama cili kisar yang ada di pasaran namun ada yang lebih suka hasilkan sendiri. Katanya lebih sedap. Memang tak dinafikan, cili kisar yang diadun sendiri ni memang punya rasa yang lebih padu, lebih bersih, dijamin halaldan sesuai digunakan pelbagai jenis masakan.
Namun, salah satu masalah yang dihadapi ialah ia cepat berkulat walaupun disimpan dalam peti sejuk. Kadang-kadang ada yang tak sampai seminggu dan naik kulat putih dan berbau masam. Menerusi perkongsian PuanMim Nazihah, beliau kongsikan cara hasilkan cili kisar yang tahan lebih lama. Sangat berbaloi untuk dicuba.
PETUA BUAT CILI BOH HOMEMADE YANG TAHAN LAMA
Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tau kan tapi tak apa. Nak share jugaklah. Mungkin ada sorang dua yang masih tak tau.
Selalukan kalau kita kisar cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih. Guna cara ni InsyaAllah tahan lama. Sebulan dua tak berkulat.
BAHAN-BAHAN:
Cili kering
Bawang putih
Air tapis
CARA-CARA:
1. Potong cili kering dan kupas bawang putih. Cuci bersih.
2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.Kemudian toskan.(tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).
3. Biarkan sekejap agak cili dah sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis.Jangan guna air paip ye..Malah bawang putih pun bertindak sebagai anti kulat.
4. Letak cili kisar dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya cili akan tahan lama dan tak berkulat. Selamat mencuba…
Cuaca panas sekarang ni terasa nikmat kalau dapat makan ni sejuk- sejuk mengalir ke tekak. Buatlah puding koktel yang penuh dengan buah-buahan ni. Gerenti tak henti makan.
Bahan-bahan: 10 gram serbuk agar-agar 8 cawan air 1 cawan gula pasir 1 tin susu cair 1 tin koktel
Cara membuat: 1.Masak air dan gula hingga mendidih. 2.Masukkan serbuk agar-agar dan 1/2 cawan air koktail dalam tin. Masukkan susu cair. 3.Bila dah mendidih terus tutup api. 4.Tuang dalam bekas, bila puding dah mula mengeras taburkan isi buah koktel yang dah dicarik-carik atas puding. 5.Tuang baki air koktel tin atas permukaan puding. 6.Simpan dalam peti sejuk.
Kalau nak ajar anak-anak makan sayur mungkin boleh mulakan dengan hidangan seperti ini. Goreng terung ala fries, rasanya yang rangup membuatkan anak tak perasan yang dimakan adalah sayur. Boleh dijadikan kudap-kudapan atau lauk pun boleh.