
Peria goreng merupakan antara menu ringkas yang sering menjadi pilihan. Bukan sahaja boleh dimakan dengan nasi, peria goreng juga boleh dimakan begitu sahaja. Sambil menonton TV pun boleh jadikan peria goreng sebagai kudapan. Jom cuba buat peria goreng di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh Iedaa Jahaya.
PERIA GORENG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
- Sebiji peria
- 4 sudu tepung bestari pedas
- 4 sudu tepung beras – beli online DISINI
- 4 sudu tepung bestari biasa
- Serbuk kari – beli online DISINI
CARA PENYEDIAAN:
1. Potong peria nipis-nipis. Rendam dalam air garam dalam 30 minit.
2. Selepas merendam, tuang di dalam penapis dan cuci. Toskan sehingga air betul-betul kering. Boleh juga lap dengan tisu bagi menyerap air. Bila sudah kering, ketepikan.
3. Campurkan semua tepung di dalam satu bekas. Lebih baik cari bekas yang besar supaya mudah untuk menggaul.
4. Masukkan peria di dalam bekas tadi dan gaulkan hingga semua peria bersalut tepung. Gaul tanpa air.
5. Panaskan minyak dan masukkan peria yang sudah bersalut tepung tadi. Masukkan sedikit demi sedikit supaya peria tidak melekat antara satu sama lain.
6. Angkat bila peria sudah garing. Siap!
Kredit resipi & foto: Iedaa Jahaya
Nak beli KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI. Banyak pilihan untuk anda.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Cara Mudah Buat Bawang Jeruk Homemade Guna Bawang Putih Biasa
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 20 Resipi Koleksi Puding Yang Senang, Korang Boleh Cuba & Simpan Untuk Koleksi.

Aneka agar-agar,puding dan jeli adalah pemanis mulut yang sangat menggoda selera. Selain warna warni dan kepelbagai rasa menjadikan ia disukai ramai. Daripada membeli setiap hari, apa kata pilih je mana satu resipi dalam koleksi ini. Resipi ini adalah perkongsian dari Chef Fatimah Zarinah Zainuddin. Tengok pada resipi nampak senang, cuma rajin atau tak je.
PUDING ABC
BAHAN A:
• 10gm agar-agar
• 700ml air
• 180 gm gula merah
• 2 helai daun pandan
BAHAN B:
• 30gm agar-agar
• 1600ml air
• 1 tin susu cair
• 300gm gula
• 1/2 tin krim jagung campur sedikit pewarna kuning
• 100gm kacang merah campur sedikit pewarna merah jambu
• 100gm cendol campur sedikit pewarna hijau
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A, masak hingga mendidih.
2. Tapiskan dan tuang ke dalam loyang. Biarkan sejuk.
3. Satukan bahan B(air, agar-agar dan gula), masak sehingga larut.
4. Kemudian, masukkan susu, kacau rata.
5. Angkat dan bahagikan kepada tiga bahagian(satu bahagian campurkan dengan krim jagung, satu bahagian kacang merah dan satu bahagian dengan cendol).
6. Cakarkan permukaan A, tuangkan campuran jagung. Biarkan beku.
7. Tuangkan pula lapisan cendol di atasnya dan biarkan beku.
8. Akhir sekali, tuangkan lapisan kacang merah di atas lapisan jagung dan biarkan beku
9. Setelah beku, puding sedia dihidangkan.
AGAR-AGAR CENDOL
BAHAN A : LAPISAN CENDOL
• 750ml air
• 170gm gula
• 10gm agar-agar
• 250ml santan
• 1 sudu makan tepung jagung
• Cendol secukupnya
BAHAN B: LAPISAN GULA MELAKA
• 750ml air
• 250gm gula melaka | diracik halus
• 10gm agar-agar
• 250ml santan
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan bahan A. Masak air, gula dan agar-agar hingga larut.
2. Satukan santan dan tepung jagung, kacau agar tidak bergentel.
3. Tapiskan dan tuangkan ke dalam agar-agar.
4. Masak sebentar hingga mendidih.
5. Angkat dan biarkan suam baru masukkan cendol.
6. Biarkan ianya keras.
7. Untuk menyediakan bahan B. Masak air, gula melaka dan agar-agar hingga larut.
8. Masukkan santan, kacau sebentar.
9. Akhir sekali, tuangkan ke atas lapisan cendol yang telah keras.
10. Sejukkan semula dan potong apabila sedia dihidangkan.
PUDING SUSU OREN
BAHAN A: LAPISAN PUDING
• 4gm agar-agar
• 200ml air
• 300ml susu
• 6 sudu besar gula (ikut sesuai)
• 50ml jus oren
• Pewarna kuning
BAHAN B: LAPISAN JERNIH
• 4gm agar-agar
• 500ml air
• 6 sudu besar gula
• 50ml jus oren
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan lapisan puding. Masak agar-agar, gula dan air hingga mendidih.
2. Masukkan susu,jus oren dan pewarna. Angkat.
3. Masukkan dalam acuan dan biarkan sejuk dan keras.
4. Untuk menyediakan lapisan jernih. Masak agar-agar, gula dan air sehingga mendidih.
5. Masukkan jus dan sedikit pewarna.
6. Cakarkan lapisan puding dan tuangkan lapisan jernih. Buat kaedah serupa sehingga habis.
7. Sejukkan sebelum sedia dihidangkan.
PUDING MANGGA
BAHAN-BAHAN:
• 1 liter susu segar
• 10gm agar-agar
• Sedikit perisa mangga
• Sedikit pewarna kuning
• 200gm gula
• 1 biji buah mangga | isinya dipotong dadu
CARA MEMASAK:
1. Masukkan agar-agar , gula, susu dan masak hingga gula larut.
2. Masukkan perisa mangga dan pewarna. Kacau perlahan hingga mendidih.
3. Sediakan acuan dan tuangkan agar-agar di dalam.
4. Taburkan buah mangga yang telah dipotong dadu.
5. Sejukkan, dan potong apabila sedia dihidangkan.
AGAR-AGAR RINTIK PANDAN
BAHAN A:
• 1/2 sudu makan agar-agar serbuk
• 250ml santan cair
• 1 sudu makan gula pasir
• Sedikit pewarna hijau
BAHAN B:
• 1/2 sudu besar agar-agar
• 500ml air
• 100gm gula merah
• 1 sudu makan tepung kastard campur 2 sudu makan air
• 2 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan bahan A. Campurkan semua bahan dan masak sehingga mendidih.
2. Tuangkan ke dalam loyang dan biarkan keras.
3. Potong kecil-kecil dan biarkan sebentar.
4. Untuk menyediakan bahan B. Masak air, daun pandan, gula merah dan agar-agar hingga larut. 5.
5. Masukkan tepung kastard.
6. Masak hingga mendidih.
7. Angkat dan tuangkan ke dalam loyang yang telah berisi dengan potongan agar-agar tadi.
8. Sejukkan.
9. Potong apabila sedia dihidangkan.
PUDING JELLY POLKADOT
BAHAN-BAHAN:
• 10gm agar-agar
• 500ml air
• 1/2 tin susu cair
• 100gm gula
• 1 sudu makan tepung kastard
• 1 1/2 sudu besar pati buah
• Fruity jelly secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masak agar-agar dengan air hingga larut.
2. Masukkan gula dan masak hingga larut.
3. Angkat dan masukkan bancuhan susu cair dan tepung kastard. Masak seketika.
4. Susun jelly di dalam acuan dan tuangkan agar-agar perlahan-lahan.
5. Sejukkan dan potong apabila sedia dihidangkan.
AGAR-AGAR PERMATA
BAHAN-BAHAN:
• 10gm serbuk agar-agar
• 200ml susu cair
• 400ml air
• 150gm cawan gula pasir
• 100ml susu pekat
• Esen vanila
• Sedikit pewarna
CARA MEMASAK:
1. Satukan semuanya dan masak hingga mendidih. Ambil tiga senduk dan di tetakkan dalam mangkuk berasingan dan campurkan dengan tiga warna kesukaan anda.
2. Sejukkan kemudian dipotong dadu.
3. Panaskan sebentar lebihan agar-agar tadi.
4. Letakkan agar-agar yang telah dipotong ke dalam bekas dan tuangkan agar-agar lebihan tadi.
5. Sejukkan dan potong apabila sedia dihidangkan.
AGAR-AGAR KASTARD
BAHAN-BAHAN:
• 20gm agar-agar
• 1200 liter air
• 250gm gula
• 200 ml susu cair
• 1 biji kuning telur
• 1 sudu makan tepung kastard
• Sedikit pewarna
CARA MEMASAK:
1. Masak agar-agar hingga larut.
2. Masukkan gula dan masak hingga mendidih.
3. Satukan tepung kastard, susu cair dan kuning telur dan tuangkan ke dalam agar-agar.
4. Kacau rata seketika kemudian tuangkan ke dalam loyang.
5. Titiskan sedikit pewarna sebagai hiasan.
6. Kemudian sejukkan.
PUDING JAGUNG MANIS
BAHAN-BAHAN:
• 15gm agar-agar
• 700ml air
• 150gm gula
• 200ml susu cair | dikisar halus
• 1 tin kecil jagung | dikisar halus
• 1 sudu makan tepung kastard |dikisar halus
CARA MEMASAK:
1. Masak agar-agar hingga hancur dan masukkan gula.
2. Masukkan susu cair, jagung dan tepung kastard. Sebatikannya, tuangkan ke dalam agar-agar dan masakkan seketika.
3. Tuangkan dalam acuan kemudian sejukkan.
4. Keluarkan dari acuan apabila keras sebelum sedia dihidangkan.
PUDING MARBLE
BAHAN-BAHAN:
• 10gm agar-agar
• 1/2 tin susu cair | dikisar
• 1/2 tin susu pekat | dikisar
• 1 biji telur | dikisar
• 2 keping roti | dikisar
• 4 sudu makan gula
• 500ml air
• Esen vanila
• Pewarna
CARA MEMASAK:
1. Masak agar-agar dan air hingga larut.
2. Masukkan gula dan masak hingga mendidih.
3. Masukkan bahan kisar serta perlahankan api.
4. Angkat dan bahagi kepada beberapa warna.
5. Tuangkan ke dalam loyang dan lorekkan agar ianya bercampur.
6. Setelah keras ia sedia diterap atau dipotong sebelum sedia dihidangkan.
PUDING BUAH-BUAHAN
BAHAN-BAHAN:
• 20gm agar-agar
• 1 liter air
• 1 tin susu cair
• 200gm gula
• 200ml sirap buah koktel
• 2 sudu makan tepung kastard
CARA MEMASAK:
1. Masak agar-agar hingga larut.
2. Masukkan gula dan biarkan ianya mendidih.
3. Masukkan sirap, susu cair dan tepung kastard.
4. Masukkan buah koktel. Biarkan sebentar.
5. Tuangkan ke dalam acuan.
6. Setelah sejuk dan ekras bolehlah dihidangkan bersama buah-buahan koktel.
AGAR-AGAR SANTAN
BAHAN-BAHAN:
• 10gm agar-agar
• 1 liter air
• 1 ketul gula melaka
• 100gm gula pasir
• 200ml santan | dipukul sedikit
• 1 biji telur | dipukul sedikit
• 2 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Masak air dengan gula melaka dan daun pandan hingga larut. Tapiskan.
2. Sukatkan air gula itu menjadi 1 liter.
3. Masakkan air gula tadi dengan agar-agar hingga agar-agar larut.
4. Kecilkan api dan masukkan campuran santan telur dan gula pasir. Tunggu hingga menggelegak.
5. Bila menggelegak, biarkan seketika dan kacau. Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan.
6. Potong apabila sedia dihidangkan.
AGAR-AGAR KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
• 10gm agar-agar
• 250ml air
• 750ml susu cair
• 200gm gula pasir
• 100gm kacang merah (rendam dan rebus hingga empuk)
• Sedikit pewarna (jika suka)
CARA MEMASAK
1. Kisar kacang merah yang telah di rebus. Ketepikan.
2. Masak agar-agar, susu cair, air dan gula sehingga mendidih. Masukkan kacang merah.
3. Masak hingga mendidih dengan api perlahan.
4. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.
5. Sejukkan dalam peti sejuk, Apabila telah keras bolehlah dihidangkan.
AGAR-AGAR BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
• 200gm buah naga |ambil isi dan blend
• 10gm agar-agar serbuk
• 125 gm gula pasir
• 900ml air
• Sedikit esen ros
CARA MEMASAK:
- Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih.
- Masukkan isi buah naga yang diblend dan biarkan ianya mendidih seketika.
- Angkat dan masukkan esen ros. Tuangkan ke dalam acuan.
- Sejukkan dalam peti sejuk sebelum sedia dihidangkan.
PUDING SUSU
BAHAN-BAHAN:
• 10gm agar-agar
• 600ml air
• 1/2 tin susu pekat
• Sedikit pewarna Merah Jambu
• Buah-buahan koktail (untuk hiasan)
CARA MEMASAK:
1. Masak agar-agar dan air hingga larut.
2. Masukkan susu pekat dan pewarna.
3. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.
4. Potong dan hias di atasnya dengan buah-buahan koktail dalam tin sebelum dihidangkan.
JELLY KELAPA MUDA
BAHAN-BAHAN:
• 10gm agar-agar
• 1 cawan air
• 4 1/2 cawan air kelapa muda
• 3/4 cawan gula
• Isi kelapa muda yang dipotong halus.
CARA MEMASAK:
1. Masak agar-agar dan 1 cawan air hingga hancur.
2. Masukkan gula dan masak hingga gula hancur.
3. Campur air kelapa dan masak sebentar.
4. Tuangkan ke dalam bekas yang telah diisikan dengan kelapa yang dipotong halus.
5. Masukkan jeli ini dalam peti sejuk, keluarkan bila ingin menghidangkannya.
PUDING MILO
BAHAN-BAHAN:
• 10gm agar-agar
• 750ml air
• 150 gm gula
• 1 tin susu cair
• 3/4 cawan serbuk milo
CARA MEMASAK:
1. Masak agar-agar dan air hingga larut.
2. Masukkan gula dan masak hingga mendidih.
3. Masukkan susu cair. Angkat dan masukkan serbuk milo.
4. Masak seketika. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.
5. Sejukkan dalam peti sejuk.
6. Apasedia dihidangkan, taburkan serbuk milo di atasnya.
PUDING SAGU BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
• 1 mangkuk sagu
• 3 cawan air (kalau pekat boleh tambah air)
• 1 1/2 cawan gula
• Sedikit pewarna
• Daun pandan
BAHAN B:
• 200ml santan kotak
• 1 tin susu cair
• 1 1/2 cawan air
• Sedikit garam
• Daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan bahan A. Didihkan air,pewarna, gula dan daun pandan hingga gula larut.
2. Masukkan sagu dan kacau sehingga pekat dan tambah air jika perlu.
3. Masak hingga hilang putih di tengah-tengah sagu.
4. Masukkan dalam acuan.
5. Untuk menyediakan bahan B. Campurkan semua dan didihkan sekejap ( kalau boleh tambah air).
6. Untuk menghidangkannya tuangkan campuran bahan B dalam acuan sagu dan hidnagkan.
AGAR-AGAR LAPIS SANTAN
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
• 10 gm agar-agar
• 1200ml air
• 200gm gula
• Pewarna- hijau, merah, kuning, biru, purple
BAHAN B:
• 10gm agar-agar
• 400ml santan
• 800ml air
• 200gm gula
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan bahan A. Masakkan bahan A hingga larut.
2. Tapis dan ketepikan.
3. Untuk menyediakan bahan B. Masakkan bahan B kecuali santan hingga larut.
4. Bila mendidih baru masukkan santan dan biarkan sebentar.
5. Angkat dan tapiskan.
6. Cara Melapis, sukat 250ml agar-agar (A) letak sedikit pewarna dan tuangkan dalam loyang dan biarkan keras. Cakarkan sedikit.
7. Sukat 250ml agar-agar (B) dan tuangkan ke atas agar-agar lapisan A. Begitulah juga dengan lapisan seterusnya untuk warna yang berlainan.
8. Setelah siap, sejukkan dan potong apabila sedia dihidangkan.
PUDING ROTI COKLAT SUSU
BAHAN-BAHAN:
• 8 keping biskut jagung
• 2 keping roti
• 300ml susu cair
• 2 biji telur
• 1/2 cawan susu pekat
• 2 sudu besar serbuk koko
CARA MEMASAK
1. Kisar roti, biskut jagung dan susu cair.
2. Masukkan telur dan susu pekat. Kisar lagi hingga licin.
3. Bahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan serbuk koko dan satu bahagian dibiarkan warna asal.
4. Panaskan kukusan dan kukuskan bahagian serbuk koko.
5. Bila sudah masak, tuangkan pula bahagian yang bewarna asal.
6. Kukus hingga masak.
7. Angkat dan sejukkan.
8. Setelah sejuk, ia sedia dihidangkan.
Resipi Sambal Hitam Pahang Yang Sedap, Pedas & Mudah Buat

Sambal Hitam adalah menu kebanggaan rakyat Pahang. Pelengkap hidangan yang simple tapi rasanya sangat sedap! Namun ramai yang kurang yakin nak buat kerana takut tak menjadi. Sebenarnya, mudah je nak buat sambal hitam ni. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Ain Nazirah Roslan ni. Sangat mudah!
SAMBAL HITAM PAHANG
BAHAN-BAHAN:
- Minyak masak
- Belimbing buluh yang sudah direbus – secukupnya
- 1/2 cawan cili padi (ikut kepedasan disukai)
- 1/2 cawan ikan bilis yang telah dikopek
- 7 ulas bawang merah (5 ulas – ditumbuk, 2 ulas – dihiris nipis)
- 5 ulas bawang putih (3 ulas -ditumbuk, 2 ulas – dihiris nipis)
- 1/2 biji bawang besar – dihiris nipis *jika perlu
- Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk cili padi sehingga halus. Kemudian tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan putih yang di hiris sehingga bau wangi.
3. Kemudian masukkan bahan bahan tumbuk (bawang merah, bawang putih, belimbing buluh, cili padi dan ikan bilis) sekaligus. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga sambal hitam sedikit kering.
5. Jika suka, boleh masukkan hirisan bawang besar. Masak hingga lembut/layu kemudian baru diangkat dan dinikmati.
INFO: Sambal ini boleh tahan lama. Boleh makan dengan roti dan nasi panas.
Kredit resipi & foto: Ain Nazirah Roslan
Hidangan Murtabak Crackers Sesuai Dijadikan Hantaran

Murtabak crackers ni memang sedap kalau cukup bahan penyediaannya. Zaman dulu orang letakkan murtabak crackers ni sebagai hantaran, bayangkan betapa istimewanya menu murtabak crackers ni sampai pernah dijadikan hantaran pada zaman dulu. Kalau nak buat semula cara orang dulu ni bolehlah cuba resepi murtabak crackers yang dikongsikan oleh Hidayah Syibly di Facebook. Beliau juga telah berkongsi cara-cara yang lengkap penyediaan resepi murtabak crackers ni. Jom kita cuba!
RESEPI MURTABAK CRACKERS
BAHAN-BAHAN:
1. 1 bungkus setengah biskut cream cracker yang tak bergula, saya guna jenama julie’s, jenama pingpong pun sedap. – BELI DI SINI
2. 800 gm daging kisar ramli (2 bungkus)
3. 2 labu (saiz besar) bawang besar dipotong dadu. – BELI DI SINI
4. 2 biji cili merah dihiris halus. – BELI DI SINI
5. 2 biji cili hijau dihiris halus.
6. Satu ikat daun sup,daun bawang di hiris halus.
7. 7 biji telur grade A.
8. 1 kotak besar susu segar, saya guna jenama goodday.
9. Dua sudu kecil garam.
10. Dua sudu kecil serbuk lada hitam. – BELI DI SINI
11. Loyang 4 segi di alaskan dgn aluminium foil dan disapu butter seluruh permukaan.
Bahan bahan untuk dikisar dan ditumis.
1. 3 biji bawang putih – BELI DI SINI
2. 1 inci halia – BELI DI SINI
3. 1 biji bawang besar
4. 1 sudu makan cili giling (saya tak taruk sebab tak mau pedas, budak budak yang nak makan) – BELI DI SINI
5. 3 sudu makan rempah kari daging
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar, ditumis hingga naik bau.
2. Masukkan rempah daging, tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit supaya rempah tak hangus dan naik minyaknya.
4. Masukkan daging kisar, masak hingga empuk. Masak daging kisar ni sekejap je, cepat empuk, lagipun kita nak bakar kemudian nanti. Masukkan air jika rasa perlu. Masakkan hingga kering sedikit airnya.
5. Masukkan bawang yg dipotong dadu ,cili hiris, serbuk lada hitam garam serta bahan perasa. Gaul rata.
6. Perlahankan api lalu masukkan daun sup dan daun bawang gaul rata baru matikan api biarkan hingga sejuk sedikit.
7. Pecahkan 7 biji telur, pukul sedikit dan tuangkan dalam adunan daging tadi gaul ratakan.
8. Bahagikan adunan pada 3 bahagian (saya devide agak-agak je main senduk je).
9. Masak susu dalam bekas jangan sampai mendidih, Suam suam aja dan perlahankan api yang paling kecil, jaga jaga jangan sampai meruap, kacau sentiasa (susu boleh ditambah dengan santan atau diganti dengan santan)
CARA MENYUSUN BISKUT:
1. Ambil 9 keping biskut (ikut besar loyang) masukkan dalam susu suam sekejap je jangan lama2 nanti kembang pulak, susun dalam Loyang hingga penuh. Bahagian sudut dan tepi mesti penuh, patahkan biskut utk isi bahagian lompong.
2. Permukaan Loyang yang telah penuh disusun biskut, tuangkan adunan daging yang pertama ratakan ke seluruhan permukaan biskut.
3. Kembangkan 9 keping lagi biskut ke dalam susu dan susun dalam Loyang hingga menutupi bahagian adunan daging tadi sudah selesai tekankan sedikit agar rata.
4. Buat perkara yang sama seperti lapisan pertama dan kedua setelah selesai, tekan2 ke seluruh bahagian agar campuran telur naik di permukaan biskut.
5. Bakar dalam oven 180’C selama 45 minit pastikan betul2 masak baru keluarkan dengan mecucuk bahagian tengah nya jika lidi tak ada kesan bererti dah masak lah tu.
6. Keluarkan dari oven dan terbalikkan kat dawai redai. keluarkan dari Loyang biarkan sejuk boleh lah di potong dan dihidangkan.
Tip.
1. Tunggu sejuk baru di terbalikkan dan dipotong bagi mengelakkan murtabak ini pecah.
2. Boleh tambah cheese di setiap lapisan murtabak… Sedap.
3. Tumis guna butter sikit… campur dgn sedikit minyak. Daging cincang akan keluarkan minyak lagi dari lemak yang cair.
Selamat mencuba!
Kredit: Hidayah Syibly
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official