Resipi Pepperoni Cheesy Pizza ni nampak mudah dan sangat sedap. Toppingnya pun ringkas saja. Ada kepingan pepperoni dan lelehan keju yang sempurna. Anak-anak memang suka pizza simple begini. Nak lagi best, guna keju Perfect Italiano Mozzarella dan Perfect Italiano Perfect Pizza. Si kecil anda pasti makan tak henti. Lebih enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry.
PEPPERONI CHEESY PIZZA
Bahan-bahan:
4 keping roti wholemeal
4 sudu besar puri tomato
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar mixed herbs
100gm pepperoni
80gm Perfect Italiano Perfect Pizza
80gm Perfect Italiano Mozzarella
Ads
Cara Memasak:
Gaulkan puri tomato, sos tomato dan dry herb di dalam mangkuk. Perasakan untuk menyedapkan lagi rasa.
Sapukan sos pada roti, taburkan keju Perfect Italiano Mozzarella dan keju Perfect Italiano Perfect Pizza lalu letakkan pepperoni di atasnya.
Bakar dalam air fryer pada suhu 160°C selama 10 minit atau sehingga keju perang.
Hidangkan bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry.
Ada keju di rumah tapi tak tahu nak masak apa? Anda boleh cuba buat Breakfast Casserole ni. Gabungan roti, telur, tomato, bayam dan keju ini menjadikan ia satu hidangan yang berkhasiat dan mengenyangkan. Nak buatnya pun mudah sangat! Gunakan Anchor Cheese Slice untuk menambah lebih khasiat pada hidangan kerana kepingan keju ini kaya dengan protein dan kalsium yang baik untuk semua. Jangan lupa cuba nanti!
BREAKFAST CASSEROLE
BAHAN-BAHAN:
10 keping Anchor Cheese Slice
8-10 keping roti putih
6 biji telur
150ml Susu UHT Fernleaf
80gram Anchor Cooking Cream
3 biji tomato – hiris
1 mangkuk kecil cincangan bayam
Garam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk; pukul telur bersama separuh cooking cream, garam dan lada sulah secukupnya. Panaskan sedikit Anchor Unsalted Butter di dalam kuali leper. Tuang bancuhan telur dan hancur-hancurkan hingga masak. Ketepikan.
Sediakan mangkuk/casserole tahan panas. Sapu dengan sedikit Anchor butter.
Di dalam mangkuk lain, satukan separuh lagi Anchor Cooking Cream bersama Susu UHT Fernleaf, sedikit garam dan cincangan bayam. Kacau sebati.
Susun beberapa keping roti di dalam mangkuk. Tuang campuran bancuhan susu dan cooking cream di atas roti dengan rata.
Letakkan telur hancur dan ratakan. Susun hirisan tomato. Tabur sedikit serbuk lada hitam. Bakar dalam air fryer pada suhu 180-190C selama 10 minit atau hingga keperang-perangan.
Keluarkan casserole dari air fryer. Susun kepingan Anchor Cheese Slice. Masukkan semula ke dalam air fyer lalu bakar lagi untuk 3-5 minit. Hidangkan panas.
Kalau anda teringin nak makan burger, jom kita buat Burger Ayam Crispy ni. Cukup mudah dan memikat selera. Gerenti rangup guys! Makan satu pun dah boleh tersandar kekenyangan dibuatnya. Paling penting, gunakan keju Chesdale Burger untuk hidangan ini. Barulah padu! Jom cuba nanti.
BURGER AYAM CRISPY
Bahan-bahan:
2 keping ayam boneless
1 cawan tepung beras
1 sudu besar mixed herbs
2 roti burger
2 sudu besar mayones
Salad
2 sudu besar sos cili
Garam secukupnya
Air sejuk
4 keping keju Chesdale Burger
2 sudu besar Anchor Salted Butter
Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry
Cara Memasak:
Gaulkan tepung beras, mixed herbs dan garam hingga sebati.
Celupkan ayam di dalam campuran tepung tadi. Kemudian, celup ayam ke dalam air sejuk dan celup kembali ke dalam campuran tepung. Goreng sehingga garing.
Sapukan Anchor Salted Butter pada roti. Bakar seketika sehingga roti perang.
Letakkan mayones, sos cili dan salad bersama ayam dan keju Chesdale Burger.
Siap untuk dihidangkan. Enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry.
Mencari makanan yang manis untuk berbuka puasa? Jom buat Popiah Pisang Berkeju. Cukup senang cara membuatnya. Hanya ambil sekeping kulit popiah, letakkan pisang, keju serta coklat cip, lipat dan goreng. Boleh juga masak menggunakan air fryer. Mudah kan? Nak hidangan bertambah lazat, gunakan Anchor Cheese Slices. Kepingan keju ini kaya dengan protein dan kalsium yang sesuai untuk seisi keluarga.
POPIAH PISANG BERKEJU
Bahan-bahan:
8 keping kulit popiah
8 keping Anchor Cheese Slices
4 biji pisang – potong dadu
50gram coklat cip
150gram Anchor Unsalted Butter
Kuning telur
Cara Memasak:
Ambil sekeping kulit popiah. Letak sekeping Anchor Cheese Slices.
Letak potongan pisang dan coklat cip secukupnya.
Sapu bahagian hujung kulit popiah dengan kuning telur. Gulung kulit popiah dan rapikan.
Cairkan Anchor Unsalted Butter dalam kuali. Goreng popiah hingga keperang-perangan. Hidangkan panas.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!