Resipi Pancake Ala Cina yang dikongsikan oleh Siti Hazneza Abdul Hamid di Facebook ini pada awalnya beliau nak masak menu lain tapi disebabkan kekurangan bahan terjadilah resipi ini. Hasilnya sangat sedap dan paling penting tak renyah nak disediakan. Bila dah siap pancake ala cina ni, terpulang nak cicah dengan kuah atau sambal apa gerenti berselera. Apa tunggu lagi? Jomlah cuba resipi ini.
Selain ayam masak lemon, ayam masak sunquick ni pun lain dari yang lain. Resipi penuh telah dikongsikan oleh Ruviantie Roslan di group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) mendapat sambutan yang hangat dari pembaca setia di group itu. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana rasa ayam masak sunquick bila telah siap di masak. Jom kita cuba?
Sukar nak memikir menu kegemaran anak-anak? Buat menu sup pasti anak-anak menyukainya. Cuba buat Chicken balls homemade ikut resipi Faizol Fawzy . Boleh buat meal prep atau bekal anak ke sekolah. Selain itu letak dalam miso sup pun sedap. Selamat mencuba.
CHICKEN BALLS
Bahan-bahan:
500gm dada ayam
1 biji telur
½ batang lobak merah sagat
2 biji bawang merah kecil
2-3 ulas bawang putih
1 tangkai daun sup
1 sudu kecil lada sulah
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam/perasa – ikut rasa
Cara membuat:
1.Blend semua dalam mesin chopper sampai lumat.
2.Panaskan air mendidih.
3.Bulatkan dan rebus.Bila timbul bebola tersebut tu kira masaklah.
Bakso, antara masakan Indonesia yang sangat popular dan digemari rakyat Malaysia di sini.
Walaupun banyak yang menjual menu ini, namun tak semuanya menepati rasa asli seperti yang dijual di negara tersebut.
Melalui perkongsian daripada Fara Amirullah, dia mendapat resipi asli bakso ini daripada ibunya sendiri yang berasal dari Indonesia. Jom kita cuba!
BAHAN SUP BAKSO:
2 biji bawang besar 2 sudu makan garlic in olive oil (kalau tak ada, boleh guna 4-5 ulas bawang putih) *cara nak buat garlic in olive oil: kisar 5 labu bawang putih bersama olive oil dan garam. Simpan dalam bekas kedap udara. Boleh tahan sehingga 6 bulan simpan di peti sejuk 2 inci halia – beli online di sini 1 sudu makan lada hitam – beli online di sini *Kisar halus kesemua bahan ni 2-3 helai daun bay leaf (kalau tak ada pun, tak apa) – beli online di sini
CARA-CARA:
1.Panaskan minyak and tumis bahan kisar tadi, masukkan daun bay leaf.
2. Dah naik bau, masukkan air. Ikut suka nak banyak mana. Saya masukkan 3 jag air alat pengisar. Garam sikit.
3. Sup bakso ni tak payah masak sedap-sedap sebab nanti kita nak seimbangkan rasa dia dengan kicap, sos and sambal bakso.
BAHAN BEBOLA DAGING:
250gm daging kisar 3 sudu makan tepung ubi – beli online di sini 1 sudu makan garlic in olive oil ½ sudu makan lada putih 1 biji putih telur Garam secukup rasa
CARA-CARA:
1.Kisar kesemua bahan sampai halus, tuang adunan ke dalam mangkuk dan uli.
2. Nak senang, pakai senduk spaghetti seperti dalam gambar. Tekan yang lubang tengah pada daging yang dikisar. Kemudian, sudukan je daging ke dalam sup.
3. Daging yang dah dikisar tadi dah uli, terus masukkan ke dalam sup yang kita dah buat. 4. Masak sampai daging empuk. Jangan risau jika rupa daging tu buruk. Itu menandakan daging betul-betul lembut dan tak banyak tepung. Bebola bakso ni jangan banyakkan tepung, tak sedap!
Nak buat aiskrim homemade lembut, halus dan murah? Ini resipi viral dengan 5 bahan ringkas yang rasanya setanding jenama mahal. Mudah, cepat dan confirm menjadi!