Petang ni teringin nak makan pai . Kadang beli tak memenuhi cita rasa. Boleh cuba buat sendiri dengan resipi yang dikongsi oleh Zaliha Mohamed. Sejenis pai yang “savoury” iaitu pai yang tidak manis. Savoury pie atau pai yang mengandungi sama ada daging atau ikan yang dicampur bersama sayur-sayuran. Ini bahan dan cara membuatnya.
PAI TUNA
Bahan Pastri:- 350gm tepung gandum 200gm butter – lembut 110gm yogurt 1 kuning telur 1 sudu kecil gula Secubit garam
Cara-caranya:-
Gaul kesemua bahan kecuali yogurt .dah agak sebati, masukkan yogurt. Uli sehingga menjadi doh yang lembut. Simpan dalam peti ais dalam 20 min. Sementara itu, boleh la buat intinya.
Ads
Inti Tuna Flakes:- 1 tin tuna flakes in water ayam brand 1/2 batang lobak merah- dadu kecil 1/2 biji lada benggala hijau/merah – dadu kecil 1/ 2 biji bawang besar (holland) – potong dadu 4 ulas bawang putih – cincang 1 batang sadery – hiris nipis 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil lada sulah 1 sudu kecil lada hitam 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air) 2 sudu besar minyak zaitun
Cara-caranya:- 1.Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang Holland sehingga layu. 2.Masukkan sayur-sayuran kecuali lada benggala. 3.Masukkan “Tuna flakes in water Ayam Brands”.
4.Perisa kan dengan garam, serbuk lada hitam & lada sulah. 5.Masukkan lada benggala dan air tepung jagung. Dah nampak memekat, tutup api. Siap dan sejukkan. 6.Keluarkan doh. Canai dan letak doh yang di canai ke dalam acuan atau bekas yang hendak di gunakan.
7.Cucuk-cucuk dengan garfu. Loyang atau bekas pakai buang.
8.Isikan inti dan tutup dengan adunan si atasnya. Cucuk-cucuk dengan garfu.
9.Sapukan kuning telur dan bakar dalam oven dengan suhu 170°c atau sesuaikan dengan oven masing-masing selama 35 min atau sehingga masak kekuningan.
Daging kambing sering dimomokkan kononnya ia amat memudaratkan. Padahal daging kambing adalah amalan pemakanan sunnah yang digemari oleh baginda Rasulullah s.a.w.
Menurut kajian oleh Persatuan Jantung Amerika, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung kerana daging ini mempunyai tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat.
Daging kambing lebih mudah dihadam kerana struktur molekul daging kambing yang berbeza. Daging kambing juga mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineral.
Ni min kongsikan aneka menu kambing dari Timur Tengah, Fusion Barat dan India. Dari tiga benua, jom cuba esok…
1. BETIS KAMBING BUKHARY
BAHAN-BAHAN :
4 ketul betis daging kambing (shank, bahagian kaki bawah lutut /betis)
4 sudu makan rempah bukhary
3 sudu makan puri tomato
1.5 liter air stok rebusan daging
2 biji bawang besar /dikisar
10 ulas bawang putih/ diketuk
5 sm halia
2 batang kayu manis
50 gm daun ketumbar /dihiris halus
5 biji bunga cengkih
5 biji buah pelaga
5 biji bunga lawang
5 biji cili hijau /dipotong 2.5 sm
2 biji tomato dipotong empat
2 sudu makan minyak masak
2 sudu makan minyak sapi
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna saffron
CARA MEMASAK :
1. Rebus daging sehingga 30 minit
2. Angkat dan keluarkan daging, ketepikan.
3. Panaskan oven pada suhu 250 celcius selama 10 minit.
4. Panaskan minyak masak dan masukkan sekali minyak sapi.
5. Tumis bawang besar dan bawang putih dan masukkan cili hijau berserta rempah ratus empat sekawan.
6. Masukkan pula rempah bukhari dan puri tomato, kacau dan tumis hingga pecah minyak.
7. Masukkan hirisan daun ketumbar dan tomato
8. Masukkan air rebusan kambing
9. Masukkan garam dan pindahkan kesemua bahan di dalam dulang pembakar dan tutup dengan kertas aluminium
10. Bakar di dalam oven selama 1 setengah jam pada suhu 250 celcius. Keluarkan dan ia siap dihidang.
Saiz hidangan : 4 – 6 orang Waktu memasak : 1 jam 40 minit Cara memasak : Rebus, tumis dan bakar Jenis hidangan : Lauk utama Arab Keistimewaan : Sedap dimakan bersama nasi bukhari atau roti Naan/roti Arab
INFO CHEF : Semasa membersihkan daging buangkan tisu liat agar ia mudah empuk.
2. DAGING KAMBING MASAK LADA HIJAU
BAHAN -BAHAN :
1 kg daging kambing /direbus terlebih dahulu
Bahan dikisar :
200 gm cili hijau /dikisar
50 gm cili padi /dikisar
2 sm kunyit hidup /dikisar
100 gm lengkuas /dikisar
3 biji bawang besar /dikisar
5 ulas bawang putih/dikisar
2 batang serai /dikisar
5 helai daun limau purut/dihiris halus
100 gm daun ketumbar/dihiris halus
3 batang kulit kayu manis
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar.
2. Masukkan kulit kayu manis, dan tumis kesemua bahan hingga naik bau.
3. Masukkan daging kambing yang telah direbus, dan balik-balikkan hingga sebati.
4. Kemudian masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.
5 .Tambahkan garam secukup rasa bersama asam keping
6. Masak lagi selama 5 minit.
7. Sedia untuk dihidang
Saiz hidangan : 10 orang Masa memasak : 45 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Sambal Keistimewaan : Daging kambing masak lada hijau ini juga disebut sebagai sambal hijau daging kambing
INFO CHEF:Gabungan lada hijau dan cili padi hijau menjadikan kuahnya berwarna hijau menyelerakan dengan aroma dan rasa rempah kulit kayu manis
. 3. SUP KAMBING MALABARI
BAHAN-BAHAN :
800 gm daging kambing dipotong kiub (bertulang)
50 ml minyak sapi
Bahan sup A:
6 ulas bawang putih /dicincang
2 sm gm halia /dihiris nipis
5 gm kulit kayu manis
5 gm biji pelaga
5 gm daun kari
2 gm ketumbar biji
2 gm habatus sauda
2 gm biji poppy
1 biji limau/dipotong baji
5 gm serbuk lada hitam
4 cawan air
Garam secukup rasa
25 gm daun ketumbar/dihiris
120 gm bawang goreng
35 gm tomato / dipotong baji
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk dan masukkan bahan-bahan sup (A). Tumiskan selama 2 minit hingga naik bau..
2. Masukkan 4 cawan air dan biarkan hingga mendidih.
3. Masukkan daging kambing dan masak hingga daging empuk. Renehkan dan masukkan tomato..
4. Kemudian tabur bawang goreng dan daun ketumbar dan boleh dihidangkan. Perahkan jus limau di atasnya. Saiz hidangan : 8- 9 orang Masa memasak :30-40 minit Cara memasak :Didih dan reneh Jenis masakan : Sup India Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama nasi dan roti
INFO CHEF: Sup kambing Malabari ini adalah resipi sup istimewa dari India. Sup yang kaya dengan rempah ratus.
4. GULAI KAWAH BETIS KAMBING
BAHAN-BAHAN :
4 kg betis kambing/direbus dengan air selama 1 jam
300 gm bawang besar /dikisar
5 sm halia /dikisar
7 ulas bawang putih /dikisar
2 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
10 gm bunga cengkih
2 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
200 gm rempah kari daging
2 keping asam keping
1/2 biji santan kelapa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Rebus kambing dengan kadar menutupi daging, apabila masak keluarkan dagingnya.
2. Pijarkan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah 4 sekawan.
3. Masukkan serbuk kari, jintan dan ketumbar,tumis hingga pecah minyak dan masukkan air rebusan daging
4. Kemudian masukkan kambing dan didihkan
5. Masukkan asam keping, dan perisakan dengan garam .Masukkan santan dan reneh selama 20 minit
6. Biarkan daging empuk
7. Gulai kawah siap dihidang
Saiz hidangan : 7- 8 orang Waktu memasak : 40 minit Cara memasak : Tumis dan renih Jenis hidangan : Lauk utama fusion Keistimewaan : Lauk ini bertambah lazat apabila sudah semalaman
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama roti dan nasi. Anda boleh menggunakan rempah gulai yang siap dijual, didalamnya tersedia segala campuran rempah ratus.
5. MOUSAKKA KAMBING
BAHAN-BAHAN : Bahan A (inti) :
800 gm daging kambing cincang
250 gm puri tomato
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
300 gm bawang besar /dihiris
7 ulas bawang putih /dihiris
Garam secukup rasa
1 biji terung panjang / potong bulat menjadi beberapa keping
Bahan B:
1 liter susu segar
250 gm mentega
250 gm tepung gandum
250 gm keju mozarella
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi dan kemudian masukkan puri tomato.
2. Tumis selama 7 minit dan masukkan semua rempah setelah tumisan sebati dan wangi.
3. Kemudian masukkan daging cincang, perlahankan api dan biarkan sejuk.
4. Ambil kuali lain panaskan mentega hingga cair dan kemudian masukkan tepung gaul sehingga kelihatan seperti doh dan masukkan susu.
5. Kacau sehingga pekat dengan suhu 60-70 celcius, tutup api. (becahamel sos siap)
6. Sediakan dulang pembakar, susun terung sehingga menutupi bahagian dulang
7. Kemudian masukkan inti daging cincang tadi dan diikuti bancuhan susu
8. Ulangi sebanyak 2 lapisan dan taburkan keju di atas lapisan tadi
9. Bakar dalam ketuhar selama 25 minit, dengan suhu 160 darjah celcius. Siap dihidang.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan bakar Jenis hidangan : Mediterranean Keistimewaan : Inti daging dilapisi bechamel dan terung ciri utama moussaka
INFO CHEF :Moussaka dipercayai berasal dari Greece tetapi cukup terkenal di negara Arab dan Mediterranean.
Kuih Limas, kuih tradisional yang menjadi kegemaran orang-orang Perak. Sekali imbas, rupanya seakan Kuih Tepung Pelita atau Kuih Sampan, namun ada sedikit perbezaan iaitu Kuih Limas ini dibuat menggunakan tepung gandum sahaja dan tidak menggunakan tepung beras. Nampak sedap kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Noriza Jaja ni. Jika tahu, boleh buat kelongsong atau acuan menggunakan daun pisang. Namun jika tidak pandai, boleh sahaja guna bekas plastik yang dilapik dengan daun pisang. Pasti sedap dijadikan sajian minum petang.
1. Campurkan semua bahan dan kacau rata. Tapis dan ketepikan.
2. Jika santan agak pekat boleh kurangkan sukatan tepung jadikan 1/2 cawan.
Empunta resipi guna santan yang diperah dari sebiji kelapa. Jadi kita kena pandai-pandai adjust sebab santan yang kita guna kadang-kadang tidak sama kepekatannya. Kuih Limas asli memang kepalanya agak lembut ya.
BAHAN-BAHAN LAIN:
Kelongsong daun pisang@bekas plastik
Gula secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Panaskan kukusan dan susun kelongsong dan isi 1 sudu besar gula (empunya resipi letak lebih sebab nak berair macam dalam gambar paling bawah)
2. Bila air sudah mendidih, masukkan adunan lapisan bawah (hijau).
3. Kukus selama 12 minit menggunakan api sederhana. Bila sudah masak, sejukkan sebentar supaya bila tuang adunan lapisan atas, kuih tidak bercampur. 3. Apabila lapisan hijau sudah sedikit sejuk, masukkan pula adunan lapisan atas. (Untuk lebih mudah, tuang guna senduk perlahan-lahan)
4. Kukus sekali lagi selama 10-12 minit menggunakan api sederhana. Apabila sudah masak, tutup api. 5. Kuih Limas siap untuk dihidang. Kuih ini boleh dinikmati ketika suam atau pun sejukkan di dalam peti terlebih dahulu.
Tips:
Kukus dengan api sederhana sahaja untuk mendapatkan permukaan kuih yang cantik.
Sejukkan lapisan bawah dulu supaya tidak bercampur adunan sebab kuih ini agak lembut.
Balut tudung pengukus supaya air tak jatuh ke atas kuih.
Empunya resipi guna santan segar.
Sebelum tuang adunan ke dalam acuan, kena kacau terlebih dahulu supaya adunan sebati.
Suka makan Daging Dendeng? Nah…. Resipi Daging Dendeng perkongsian saudari Maiza Azlyn ni patut anda cuba. Resipi paling mudah dan ringkas namun rasanya memang sedap. Tidak hairanlah hantaran asal resipi ini mendapat ribuan ‘share’ dari pengguna facebook. Memang sedap rupanya. Jom cuba! Anda dan keluarga pasti sukakannya juga.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...