Resipi Pad Thai & Char Kuey Teow Yang Sedap Dan Mudah.

Share

Dalam episod terbaru Rasa: Jelajah Rasa Nusantara, kali ini Adam Didam sekali lagi berkunjung ke Thailand untuk belajar cara-cara menyediakan sajian Pad Thai yang sedap. Manakala Ili Sulaiman pula mempelajari teknik-teknik menyediakan hidangan Char Kuey Toew yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Hmmm….Agaknya apa perbezaan antara kedua-dua hidangan ini ya? Nak cuba? Jom lihat resipi-resipi yang dikongsikan di bawah ini.

1. RESIPI PAD THAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket Mi pad thai
  • 2 biji bawang merah cincang
  • 1 keping tauhu – hiris
  • 2 biji telur
  • Sedikit air
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan kicap cair
  • Sedikit gula perang Thai
  • 2 sudu makan udang kering – rendam seketika dalam air
  • Sedikit serbuk cili
  • Sedikit kacang tanah sangai – tumbuk
  • 1 mangkuk kecil tauge
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN HIASAN:

  • Kacang sangai kisar
  • Serbuk cili kasar Thai
  • Daun bawang
  • Limau nipis

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bawang merah hingga wangi.

2. Kemudian masukkan tauhu dan tumis hingga masak.

3. Tambahkan telur dan biarkan masak seketika. Masukkan mi Pad Thai ke dalam kuali diikuti dengan sedikit air. Kacau hingga sebati dan mi jadi lembut.

4. Perasakan dengan sos ikan, kicap cair dan gula perang Thai. Gaul rata hingga semua bahan sebati dan Pad Thai sedikit kering. Jika kurang rasa, boleh lebihkan jumlahnya.

5. Tambahkan udang kering dan juga tauge. Gaul rata. Tambahkan juga serbuk cili Thai dan kacang tumbuk.

6. Hidangkan Pad Thai bersama bahan hiasan. Sedia untuk dinikmati

VIDEO:

2. RESIPI CHAR KUEY TEOW

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus kuey toew halus
  • 2 ulas bawang putih cincang
  • 1 1/2 cawan tauge
  • 1/2 cawan kucai
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 6 sudu makan minyak masak
  • 2 cawan kerang – direbus dengan air panas bergaram
  • 6 ekor udang harimau
  • 2 biji telur

BAHAN KISAR:

  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan cili boh
  • 2-3 biji bawang merah kecil
  • 1cm kunyit
  • 1cm halia
  • 8 helai daun kesum
  • Bunga kantan
  • Air asam jawa
  • Daun limau purut

CARA MEMASAK:

1. Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

2. Masukkan asam jawa dan daun limau purut. Masak selama 4 minit kemudian tambahkan garam dan gula secukupnya. Ketepikan seketika.

3. Dengan menggunakan kuali yang sama, masukkan sedikit minyak dan pecahkan telur. Masak seketika kemudian masukkan kuey teow, bawang putih dan udang. Masak selama 1 minit menggunakan api besar.

4. Masukkan kesemua sos, garam dan gula dengan secukupnya. Masukkan juga kerang, tauge, kucai dan masak menggunakan api besar selama 1 minit.

5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

VIDEO:

Jom cuba!

  • Resipi Nasi Lemak & Nasi Uduk dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 1
  • Resipi Ayam Masak Kicap & Chicken Adobo dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 2
  • Resipi Mi Celup & Pho dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 3
  • Resipi Somtam & Kerabu Mangga dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 4
  • Resipi Singgang Asam Pedas Terengganu & Sinigang Filipina dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 5
  • Resipi Sate Ayam &  Sate Padang dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 6

 

IKLAN