Mendapat lebih ribuan lebih share dan like yang tinggi, rupanya resipi air tangan Mat Sabu, Menteri Pertahanan sememangnya dicari-cari oleh netizan dan peminatnya selepas viral gambar Mat Sabu sedang memasak gulai ikan untuk tetamunya. Apa yang lebih menarik resipi ini di tulis sendiri oleh Mat Sabu untuk peminatnya, terharu kan. Nampak pun sedap, selamat mencuba!
Yahooo…dapat juga resepi gulai ikan YB Mat Sabu. Lepas tengok video Lim Guan Eng kata dia suka gulai ikan Mat Sabu hari tu, saya kata dalam hati, best ni kalau dapat resepi.
YB Mat Sabu pula orang Penang, sure sedap gila gulai dia. Saya post kat sini kelmarin tanya ada sesiapa yang rapat dengan YB. Saya nak resepi kari tu.
Alhamdulillah, sehari lepas tu Mamazieza Azizah Hassan Wasap saya resepi tulisan tangan Menteri Pertahanan kita tu.
Fuhhh…hari ni saya try. Lebih kurang sama dengan resepi yang biasa saya buat. Tak guna santan. Cuma air asam jawa. Bezanya, YB letakkan hirisan bawang besar selepas rempah garing. Ini akan menjadikan kuah lebih pekat dan sedap.
Okeh ini resepi kari YB yang saya buat balik. Saya guna ikan kerapu.- Ujar Zalina
RESIPI GULAI IKAN MAT SABU
BAHAN-BAHAN:
Ads
Ikan kerapu / jenahak / gerut / merah / siakap | siang dan basuh bersih
2 paket rempah kari ikan babas pedas / tak pedas pon ok | bancuh dengan air
5 ulas bawang putih | hiris
6 ulas bawang merah| hiris @ tumbuk
2 biji bawang besar | potong nipis
Air asam jawa
*terung / bendi/ tomato sebagai hiasan
BAHAN TUMIS:
Jintan putih
halba
Biji sawi
Daun kari
Hirisan bawang putih dan bawang merah.
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan bahan tumis sehingga wangi
Masukkan rempah kari ikan babas 2 bungkus (bancuh dengan air sedikit). Biar pecah minyak anggaran 5 minit.
Masukkan hirisan 2 biji bawang besar dan terung@bendi. Biar lembut anggaran 5 minit.
Ads
Masukkan air asam jawa (saya guna 3/4 sudu asam jawa + 1 mangkuk kecik air. Jika suka kari lebih cair tambah air dan asam)
Masukkan ikan. Biar gelegak. Masukkan garam dan perasa ikan bilis Norr..Siappp.
Sambal kicap kalau kamu orang Johor memang wajib kena ada. Untuk penggemar tegar sambal kicap kamu perlu tahu macam mana nak simpan sambal kicap sampai tahan lama! Sambal kicap memang enak jika di makan bersama tempe goreng berempah atau apa juga jenis gorengan minum petang, memang sedap!
Rahsia nak buat sambal kicap yang tahan lama ni Tim belajar dari kak ipar, Kak Ngah namanya. Nilah seronok beripar duai, kita belajar teknik masakan yang banyak. – Tim
Bahan-Bahan:
1. Cili dan kicap mesti sama ratio.
Kalau semangkuk cili, kicap pun mesti semangkuk. Tim suka pakai kicap lemak manis. Nak pakai kicap masin kena tambah gula sikit. Letak beberapa ulas bawang putih.
Kalau nak pedas piaw pakailah cili api semua. Tim campurkan cili siam dan sikit cili hijau.
2. Blender cili dan kicap sampai hancurrr setiap biji cili. Blender lama sikit.
3. Masak atas api perlahan sampai ianya pekat dan likat. Kiranya sampai campuran kicap dan cili jadi separuh dari asalnya. Campur cuka atau limau untuk ada elemen masam.
Sambal kicap ni boleh simpan bertahun-tahun dalam peti ais. Boleh cicah dengan ikan bakar atau letak dalam sup panas.
Kicap 1 mangkuk
Cili 1 mangkuk
Cuka atau limau
Kisar sampai halus dan masak seketika dengan api pelahan. Dah siap. Boleh simpan berbulan bulan dalam peti ais.
Tip extra.
i. Bakar bawang putih sekali dengan kulit dia sebelum masuk blender. Sambal kicap akan lebih wangi. – Puan Aini
ii. Boleh campur belacan goreng pada yang suka. – Puan Nisa
iii. Goreng layu dgn sedikit minyak bawang putih, cili dan sedikit kismis sebelum kisar dan masak dan letak cuka. Sambal jadi berkilat. – Puan Fawzika
Gebu sangat sampai tak sedar sekali hadap 4 biji hilang dari radar .Meh buat apam comel yang mudah ni
APAM CHEESE Bahan-bahan: 1 cawan susu cair/susu segar(sya campur) 3 keping cheddar cheese (1/4 blok) 2 cawan tepung naik sendiri 2 biji telur gred A atau B 1 cawan gula kastor (saya kurangkan) 1sudu kecil ovaltte ½ sudu kecil esen vanilla
Cara memasak: 1.Masak susu dan cheese dengan api sederhana sehingga cheese larut.
2.Ketepikan dan biarkan sejuk. 3.Ayak tepung naik sendiri. Ketepikan. 4.Putar telur, gula, ovaltte dan esen vanilla sehingga putih gebu. Mulakan dengan speed perlahan sebelum menambah kelajuan hingga maksimum.
5.Masukkann cheese yang telah sejuk tadi. Putar sebentar. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. 6.Panaskan pengukus. Susun papercup di dalam acuan lompang/muffin.
7.Sudukan adunan sehingga hampir penuh papercup. 8.Kukus selama 8-9 minit dengan api sederhana.
Asam Pedas Johor sememangnya berbeza dengan asam pedas negeri lain. Kuahnya yang lebih merah dan pekat berbanding asam pedas Melaka yang agak cair. makan asam pedas macam ni dengan nasi putih dan sambal belacan pun dah cukup.
Satu lagi keistimewaan asam pedas Johor adalah sayur sawi jeruk yang diletak di dalam kuah berbanding sayur bendi atau terung yang biasanya diletakkan dalam asam pedas lain.
Dapat makan masakan ini lepas tu letak kuah banyak-banyak memang sangat menyelerakan. Gunakan ikan merah, ikan besar, ikan jenahak atau pari, semuanya sedap dan membangkitkan selera.
Ada orang suka kuah asam pedas pekat memang terbaik bila gaul dengan nasi putih. Resipi kali ini menggunakan asam keping untuk rasa masam dan halba memberi lebih rasa.
ASAM PEDAS JOHOR
BAHAN KISAR:
Lada kering
3 biji bawang merah ros
3 ulas bawang putih
Udang kering (lebih sedap dari belacan)
1 biji halia (besar ibu jari)
2 biji kunyit hidup (besar ibu jari)
BAHAN TUMIS:
2 batang serai
1 sudu teh halba
BAHAN LAIN:
Daun kesom
Bunga kantan
Asam keping
Tomato
Ikan besar
CARA MEMASAK:
Kisar halus semua bahan kisar.
Panaskan minyak panas. Tumis bahan serai dan halba.
Masukkan bahan yang sudah dikisar halus. Tumis hingga pecah mkinyak.
Perasakan dengan gula.
Masukkan bunga kantan, daun kesom & asam keping. Biarkan mendidih.
Kemudian masukkan ikan pilhan anda.
Akhir sekali masukkan tomato dan biar ikan masak.
Tips nak kuah pekat merah berkilat:
Lebihkan lada kisar untuk pekat.
Lebihkan minyak semasa menumis.
Letak gula semasa tumis lada, gula bantu pekatkan dan cantikkan warna lada jadi lebih merah.
Ikan masukkan bila warna kuah asam pedas dah merah menggelegak, minyak dah naik