Ads

Resipi NASI GORENG KICAP Sedap & Senang, Anak-Anak ‘Gerenti’ Suka!

Selalunya nasi goreng kicap begini disediakan untuk anak-anak kerana rasanya yang enak dan tidak pedas. Tapi nasi goreng kicap yang ini bukan anak saja suka, yang dewasa pun sama.

Ada lebihan nasi semalam dalam peti sejuk tu, boleh lah buat menu ni untuk sarapan. Anak-anak mesti suka, makan menambah nanti.

Resipi nasi goreng kicap sedap dan senang
Bahan-Bahan:

Nasi putih sejuk
Isi ayam -dipotong dadu
Sedikit udang
Cili kisar
Bawang merah -ditumbuk
Bawang putih -ditumbuk
Bawang merah dipotong
Cili api -dipotong
Kicap masin
Telur
Serbuk perasa

Resipi NASI GORENG KICAP Sedap & Senang, Anak-Anak ‘Gerenti’ Suka!

Ads
Cara memasak

1. Panaskan minyak kemudian goreng isi ayam bersama udang hingga masak.

2. Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk.

Ads

3. Selepas naik bau, masukkan bawang dan cili potong. Pecahkan telur kemudian masukkan cili kisar. Gaul sekata.

4. Selepas cili garing masukkan nasi sejuk dan tuang kicap secukupnya. Masukkan juga serbuk perasa. Gaul rata tumisan dan nasi.

Ads

5. Jika suka masukkan sayur, gaul lagi. Tak perlu masukkan garam kerana kicap sedia masin.

Kredit resipi & foto: Ekin Hafiz

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Sardin Goreng Bawang Cili Paling Padu, Menu Simple Tapi Buat Nasi...

Sardin Goreng Bawang Cili ialah menu ringkas yang padu, mudah dimasak dan buat nasi tak cukup sepinggan. Resipi bajet dengan rasa luar biasa.