Resipi nasi dagang sedap guna beras basmathi ini hasilnya memang enak. Nasi lembut berderai tapi cukup lemak dan harum bila siap dikukus bersama santan.
Hidang dengan gulai ikan tongkol yang cukup rasa masam, manis, masin dan rempah bila dimakan memang licin pinggan. Jangan lupa buat acar sekali.
Resipi Nasi Dagang Sedap Guna Beras Basmathi Dengan Gulai Ikan Pekat
Bahan-Bahan Nasi Dagang
4 cawan beras basmathi (Moghul Faiza Basmathi)
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
4 ulas bawang merah (dihiris nipis)
1 inci halia (dihiris halus)
1 sudu besar halba
Sedikit garam & gula secukup rasa
Cara Penyediaan Nasi Dagang
Cuci dan rendam campuran beras basmathi dan beras pulut selama 4 jam. Toskan.
2. Panaskan kukusan. Lapik penapis kukusan dengan daun pandan atau kain bersih. Kukus beras selama 25–30 minit.
3. Angkat dan masukkan nasi ke dalam besen besar. Siram santan cair sedikit demi sedikit sambil ‘arung’ (kacau perlahan dengan senduk kayu) agar santan meresap.
4. Kukus semula hingga nasi benar-benar masak.
5. Pindahkan semula nasi ke dalam besen, tabur hirisan bawang, halia dan halba.
Ads
6. Bancuh santan pekat dengan sedikit gula dan garam (ikut rasa masin sikit untuk naikkan rasa lemak). Gaul ke dalam nasi sikit-sikit sambil kaup balik nasi sampai berkilat.
7. Siap! Tak perlu kukus lagi. Boleh terus hidang.
Bahan-Bahan Gulai Ikan TongkolUntuk Rebus Ikan:
1 ekor ikan tongkol – dipotong & dibersih
Air secukupnya (paras ikan)
Garam, asam keping, sedikit nisan/gula melaka
Sedikit cuka – jika suka (untuk isi ikan cantik)
Untuk Kuah Gulai:
2 cawan santan pekat
Air secukupnya (ikut kepekatan kuah)
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
6 biji cili kering
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan manis biji
5 sudu besar serbuk kari ikan (Cap Ros dicadangkan)
Sedikit belacan, garam, nisan/gula melaka dan perasa secukupnya
1-2 keping asam keping
Ads
Cara Masak Gulai Ikan
Rebus ikan tongkol bersama asam, garam, gula melaka dan sedikit cuka. Biarkan sejuk semalaman untuk rasa yang lebih menyerap.
2. Kisar semua bahan kisar (bawang, cili, rempah biji, lengkuas, kunyit).
3. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama santan pekat dan air. Masak hingga mendidih.
4. Masukkan serbuk kari (boleh guna cap Rose lagi sedap) dan kacau rata.
6. Masukkan ikan rebus dan sedikit air rebusan ikan. Biarkan kuah merenih perlahan hingga keluar minyak dan pekat.
Ads
7. Perasakan dengan garam, nisan dan perasa secukupnya. Kuah perlu ada rasa masin, manis dan berempah seimbang.
TIP: Nak gulai sedap, biar merenih lama sampai naik minyak. Kalau suka pedas, boleh lebihkan cili kering.
Makan hidangan waktu bersahur sering menjadi masalah buat kita. Maklumlah waktu dinihari begitu, sedang mata masih mengantuk, untuk makan sesuap nasi pun amat payah rasaya. Apa lagi kalau dihidangkan bersama lauk pauk yang berat dan pedas. Mengapa tidak digantikan sahaja hidangan nasi ini dengan oat kerana ia lebih mudah disediakan enak dan mengandungi banyak khasiat. Pun begitu masih ramai yang masih tidak serasi dengan hanya memakan oat sahaja di waktu sahur.
Quaker Oat menawarkan kebaikan bijiran penuh, berserat tinggi, sumber zat protin dan zat besi, serta mengandungi beta glukan yang membantu mengurangkan kolesterol.
Istimewa sempena Ramadan ini Quaker Oat membawakan kepada anda QUAKER OAT SAHUR (Quaker Instant dan Quick Cook) pastinya sangat sesuai untuk hidangan waktu bersahur. Mudah disediakan dan pasti mengenyangkan.
Kalau keluarga kita mahukan hidangan yang lebih bervariasi boleh sahaja kita pelbagaikan hidangan ini dengan mencipta beberapa resipi mudah yang menjadi kegemaran keluarga. Gantikan bahan utamanya dengan Quaker Oat. Banyak resipi enak dan mudah seperti bubur ayam Quaker Oat, lempeng Quaker Oat, atau dibuat lempeng dan dimasak dengan lauk dan sayur kegemaran. Boleh juga dicampurkan dengan buah-buahan dan kurma.
Jika mahu sedikit pedas,tidak salah rasanya jika kita makan bersama sambal pilihan sendiri. Lihatlah dari semudah mencurahkan air panas ke dalam oat pilihan hinggalah dimakan dengan lauk kegemaran, kita akan tetap dibekalkan dengan nutrisi yang berganda.
Sebagai Jenama Oat Nombor 1 Dunia, Quaker Oat terus komited membekalkan nutrisi kepada seisi keluarga dengan kebaikan oat sejak 1877. Janji yang tidak berbelah bahagi selama 140 tahun untuk menghidangkan oat dengan cara hidangan yang lazat kepada khalayak ramai telah menobatkan jenama ini sebagai pakar utama dan peneraju oat yang tidak boleh dipertikaikan.
Produk Quaker boleh didapati dalam pelbagai variasi, dari Quaker Instant Oatmeal, Quick Cook Oatmealdan Multigrain Cereal, kepada Quaker 3in1, Flavoured Instant Oatmeal, Oats Cookies, Chewy Bars dan bijirin sarapan pagi, ia menepati kehendak semua orang dan senang dimasukkan ke dalam diet harian. Bagi mereka yang amat menyukai nasi, terdapat juga Quaker Oats for Rice sebagai pengganti yang mudah dan bernutrisi.
Menu tengah hari ni kita masak yang simple, jom buat bubur nasi yang di kongsi oleh Yatie Kitchen ni. Rasanya lain dari kebiasaan, yang pasti ini abah punya ilmu yang diturunkan pada anak daranya satu ketika dulu. Anda yang tidak makan bubur pun sebelum ni, bila pekena bubur ni pasti ketagih nak lagi.
1.Rendam beras semalaman, masukkan ke dalam periuk dan letakkan air jangan pekat sangat atau cair. Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak hangus. Rebus setengah ekor ayam bersama empat sekawan, sup bunjut dan halia yang dihiris nipis.
2.Masukkan kiub pati ayam dan rebus hingga stok menjadi sedikit pekat. Setelah stok masak,masukkan ke dalam periuk bubur tadi perlahan-lahan.Kacau perlahan, jangan masukkan stok terlalu banyak.
3.Keluarkan ayam tadi dan carik-carikkan isinya,kemudian masukkan semula ke dalam bubur tadi dan kacau perlahan. Apabila bubur sudah nampak sedikit likat,masukkan minyak bijan, lada putih,lada hitam,pati ayam dan garam secukup rasa.Kacau sebati dan siap.
4.Untuk kangkung goreng belacan, tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan. Tumis dengan minyak dan sedikit sahaja minyak bijan. Hiaskan dalam satu mangkuk bersama bahan sampingan dan sedia untuk dimakan.
Nasi Lemak. Menu kegemaran rakyat Malaysia yang simple tapi ramai yang ‘fail’ untuk masak nasinya. Ada yang mentah, ada yang lembik. Susah nak dapatkan tekstur nasiyang sempurna macam yang peniaga jual tu. Namun, ada panduan yang boleh anda cuba. Menerusi perkongsian saudari Ruviantie Roslan, beliau berkongsi tip untuk hasilkan nasi lemak yang sempurna menggunakan sukatan yang betul. Bolehlah cuba!
CARA MASAK NASI LEMAK YANG MENJADI & SEMPURNA
BAHAN-BAHAN:
2 gelas beras
1 1/2 gelas air
1 1/2 gelas santan
Secubit garam
1-2 ulas bawang merah – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
2 inci halia ( anggaran sebesar ibu jari kaki)
Halba secukupnya – boleh abaikan jika tidak suka
Daun pandan – disimpul
CARA-CARA:
1. Untuk memulakan proses memasak, guna sukatan gelas yang sama untuk ceduk beras, air dan santan.
2. Cuci beras hingga bersih. Masukkan ke dalam periuk.
3. Kemudian masukkan air, santan, daun pandan serta garam.
4. Masukkan juga hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan halba ( jika suka).
5. Kacau sebati semua bahan dalam periuk tadi. Kemudian masak seperti biasa.
6. Bila nasi hampir nak masak, kacau sedikit supaya santan rata dan tidak berkumpul di bahagian atas. Kacau sekali sahaja.
7. Nasi lemak siap untuk dinikmati!
INFO CHEF
Boleh guna apa sahaja jenis atau saiz gelas. Yang penting, guna gelas yang sama untuk sukat semua bahan.
Jika guna pot beras ( cawan sukatan beras yang dapat masa beli periuk nasi), juga boleh guna kaedah yang sama.
Guna gelas yang besar jika nak masak nasi dalam jumlah yang banyak. Atau jika guna gelas kecil @ sederhana, boleh gandakan bahan mengikut panduan diatas.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.