Cottage Pie, menu klasik British yang memang sangat sedap menggunakan dua bahan utama iaitu daging dan kentang.
Namun bahan daging boleh digantikan dengan isi ayam. Menerusi perkongsian resipi daripada Umi Watie ini, cara pembuatannya sangat senang dan simple. Jom kita buat!
RESIPI COTTAGE PIE
BAHAN-BAHAN:
3 biji kentang – beli online di sini ½ cawan susu segar (freshmilk) 1 sudu teh lada hitam 2 sudu makan mentega –beli online di sini 1 biji bawang holland – beli online di sini 3 biji bawang putih – beli online di sini 1 cawan ayam 3 sudu makan sos bolognese ¼ cawan lada benggala ¼ cawan cendawan – beli online di sini 1 sudu teh mix spice *nota penting: kalau ayam tu ditukar dengan daging kambing, kita panggil Sherperd Pie. Bahan dan cara semua sama saja.
1. Kentang rebus sampai lembut. Panas-panas tu lenyek, jangan tunggu sejuk. 2. Letak lada hitam, garam dan susu. Kacau rata sampai jadi seperti adunan cekodok. Dah siap biarkan. Kita masak inti pula.
5. Masukkan sos Bolognese. Perasakan dengan garam dan gula ikut selera ya. Dah siap. 6. Masukkan dalam bekas. Saya guna bekas aluminium saiz 5 inci dapat 3 ketul. Tabur mozarella chesse lepas tu paipkan kentang lecek tadi.
7. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180C. Ikut ketuhar masing-masing. Makan kosong pun sedap sangat dah. Bau wangi satu rumah tau.
Anak-anak yang susah nak makan, memang merunsingkan hati ibu bapa. Biasanya lauk ayam antara yang paling mudah untuk diolah menjadi hidangan yang mereka suka. Salah satu ideanya ialah resipi Ayam Popcorn ni. Mudah & sedap. Selamat mencuba!
AYAM POPCORN CRUNCHY
BAHAN-BAHAN:
500gm dada ayam | dipotong dadu
2 ulas bawang putih| dikisar
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 cawan tepung
1/4 cawan mentega
2 biji telur | dipukul
3 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Masukkan ayam, bawang putih, garam dan serbuk lada hitam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan perap selama 30 minit. Ketepikan seketika. 2. Di dalam mangkuk berlainan, satukan emping jagung, serbuk paprika, sedikit garam dan serbuk lada sulah. Gaul rata. 3. Ambil ayam dan gaulkan di dalam mangkuk tepung hingga rata. 4. Kemudian celupkan ke dalam bancuhan telur dan sadurkan kembali dengan bancuhan emping jagung tadi. 5. Panaskan minyak masak dan tambahkan mentega ke dalamnya. Biarkan mentega cair. 6. Apabila minyak telah panas, goreng ayam sehingga bertukar warna keemasan. Ulang proses sehingga habis. 7. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.
Salah satu resipi yang sangat enak jika masak menggunakan udang segar. Kombinasi mentega, daun kari serta manis udang tu memang sedap hingga menjilat jari! Sesuai sangat cuba di hari cuti ni. Jom cuba!
UDANG MENTEGA DAUN KARI
BAHAN-BAHAN:
250gm udang saiz besar |digoreng ½ masak
5gm mentega |untuk tumis
1 ½ tin susu cair
7 helai daun kari
3 biji cili padi |dihiris
1 biji cili merah |dihiris
Garam secukup rasa
2 biji kuning telur
10gm mentega
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali dan cairkan mentega. Masukkan bahan-bahan tumisan seperti bawang merah, daun kari dan cili padi. Biarkan ia seketika. Pastikan ia dimasak di bawah api yang sederhana.
Masukkan pula susu cair dan garam secukup rasa.
Masukkan udang yang telah digoreng setengah masak terlebih dahulu.
4.Masak kuning telur bersama mentega yang dicairkan. Tuangkan ke atas udang yang telah siap dimasak.
Info Chef: : Untuk rasa yang lebih sedap, pastikan udang digoreng setengah masak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi kuah pasembur ini wajib tahu jika mahu membuat sendiri hidangan rojak dari Pulau Pinang ini.
Pasembur tak dinafikan ramai peminatnya bukan saja orang utara tapi juga dari negeri lain.
Pasembur yang sedap sudah tentu dari sana tapi kalau teringin menikmatinya kuah yang kurang manis mengikut cita rasa kita dah tentulah kena buat sendiri.
Bila dah buat sendiri kuahnya, bahan-bahan rojak pun boleh kita sediakan. Ikut suka nak letak apa tapi asasnya kena ada sengkuang, timun, tauge, telur, tauhu, kentang dan cucur.
Cara buat kuah pasembur
Bahan-bahan
2 sudu makan udang kering -kisar*
3 sudu makan serbuk cili -bancuh dengan air*
2 kpg gula Melaka*
500gm ubi keledek -rebus dan kisar
1 cawan kacang tanah -sangai dan kisar halus
1/2 cawan bawang goreng -dikisar
2 sudu makan kicap.
Garam dan gula pasir secukupnya
1/2 cawan tepung jagung
Air asam jawa
Cara membuat
1. Masukkan bahan yang bertanda dalam periuk. Tambah dalam 2 cawan air dan air asam jawa.
2. Masak sampai hilang bau cili.
3. Masuk ubi keleder kisar, garam, gula, kicap dan 1 liter air.
4. Masak sampai mendidih, kemudian masukkan kacang tanah serta bawang goreng kisar. Kuah pastikan tak terlalu pekat atau terlalu cair.
5. Apabila kuah mendidih masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dgn sedikit air. Perasakan manis, masin ikut citarasa. Biarkan seketika sebelum tutup api.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!