1. Masukkan bahan kisar dan nisse dalam kuali. Biar mendidih dan cair. 2. Kemudian masukkan kicap manis, sos cili dan sos tomato serta cuka. Kacau rata.
3. Masukkan bijan dan kacang tanah. Kacau sekejap. Masukkan gula putih dan garam serta perasa. 4. Untuk memekatkan kuah, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit ikut kepekatan yang dikehendaki. Siap kuah dan ketepikan.
Macam-macam cara orang masak sup ekor ada ala mamak, siam ataau sup biasa. Tapi hari ini RASA nak kongsikan masak sup ekor yang memang kau-kau rasanya, sekali makan gerenti nak lagi, tak terlalu berlemak, tidak terlalu masam atau berempah. Nak tau caranya ikut resipi ni…
SUP EKOR
BAHAN-BAHAN:
1kg ekor lembu | bersihkan
4 cawan air rebusan tulang
2 batang seleri | potong serong
1 batang lobak merah | potong baji
3cm halia | titik
2cm lengkuas | titik
2 batang serai | titik
5-6 tangkai cili padi | titik
1 biji tomata | belah empat
4 ulas bawang putih | titik
1 biji bawang besar | dadu halus
1 biji limau nipis | ambil jusnya
1 bunjut perencah sup tulang
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit minyak masak
Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
Sedikit hirisan daun sup | untuk hiasan
Sedikit bawang goreng | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Rebus ekor, selepas mereneh lima minit. Tutup api dan buang airnya.
Masukkan air lain kemudian rebus hngga empuk. Setelah empuk, tutup api dan ketepikan
Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bawang besar, putih dan halia, lengkuas , serai hingga dan perencah sup tulang wangi
Seterusnya masukkan pula rebusan tulang yang telah direbus bersama sama dengan air rebusannya sekali.
Kemudian masukkan cili padi yang telah ditumbuk kasar, seleri, lobak merah dan tomato.
Biarkan ia mendidih seketika, perasakan dengan garam, bahan perasa dan jus limau. Setelah cukup masin, pedas dan masam bolehlah tutup api.
Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan bawang.
Biasa kan kita tengok bila orang buat brownies, mesti muncul masalah itu ini. Sama ada tak jadi kedut-kedut ataupun brownies menjadi bantat.
Nah, untuk makan petang yang istimewa pada hari yang syahdu ini, kita persembahkan resipi brownies daripada Noratiqah Nordin! Tapi yang paling best, kita gabungkan resipi brownies ini bersama biskut biscoff yang popular tu. Insya-Allah, resipi ini boleh dijadikan jualan kerana ia sangat sedap, chewy dan anti gagal!
1. Masak marjerin secara double boiler hingga marjerin cair.
2. Masukkan dark coklat pada marjerin hingga coklat cair. Kemudian, angkat dan ketepikan.
3. Di dalam mangkuk lain, masukkan telur. Kacau. Masukkan gula castor dan gula perang. Gaul hingga sebati sahaja.
4. Masukkan tepung naik sendiri dan serbuk koko. Gaul hingga sekata. Masukkan bahan coklat yang kita masak tadi. Gaul hingga sekata. Kemudian, masukkan biskut biscoff. Kacau.
5. Masukkan dalam loyang. Jika tiada baking paper, boleh guna kertas burger saja.
6. Letak hiasan biscoff spread dan biskut biscoff d atas permukaan brownies. Masukkan dalam ketuhar dengan suhu 160 darjah Celcius selama 45min atau sehingga masak. Lain ketuhar lain aturan masanya.
Ada yang rajin nak buat sate? Sate yang dibeli belum tentu rasanya mencapai citarasa sendiri. Mungkin hari ni kita tak sempat membuatnya , boleh simpan resipi ni untuk buat hujung minggu nanti.
SATE AYAM SEEKOR BAHAN-BAHAN : Ayam seekor (ambik isi saja potong dadu cuci & toskan) BAHAN KISAR 2 labu bawang besar 1 labu bawang putih 2 inci halia 4 batang serai
( Kisar semua bahan di atas) BAHAN PERAP 2 cawan gula 2 sudu kecil garam 4 sudu kecil kunyit 3 sudu besar jintan manis
CARA MEMASAK:
1.Dalam besen besar masukkan isi ayam ,bahan kisar dan bahan perap. 2.Gaul sebati/ perap
3.Bila dah perap baru cucuk. *Lebihan perapan tadi ambil sedikit letak dlm bekas + sedikit minyak (untuk renjis masa bakar)
KUAH KACANG Segenggam cili kering 2 labu bawang besar 2 inci halia (Kisar bahan di atas) 1 batang serai di ketuk 2 cawan kacang tanah yg di blend 2 keping gula melaka 1/2 cawan gula Garam Air secukupnya Asam keping
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak 2.Tumiskan bahan kisar ,masukkan serai (tumis sampai pecah minyak) 3.Masukkan kacang tanah gaul sebati. 4.Masukkan air kacau dan biar mendidih(api perlahan) 5.Masukkan gula melaka,gula,garam dan asam keping. 6.Masak hingga pekat, rasa dan tambah apa yang kurang.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...