Tak payah tunggu demam baru boleh makan bubur nasi. Menu ini memang tidak membosankan, sangat mudah disediakan. Orang Kedah panggil moi sup daging. Tambah sedap bila dicampur dengan cabai ikan bilis goreng. Pergh orang lalu sebelah pun tak pandang.
Bahan untuk Bubur /Moi Beras, hirisan halia,hirisan bawang putih..sedikit isi ayam sedikit garam.
Cara memasak:
Rebus beras macam biasa buat bubur nasi nak pekat kurangkan air..nak cair sikit tambah air ya… **ni optional — bila bubur sudah masak boleh gorengkan sedikit bawang putih kemudian masukkan dalam bubur sekali minyak bawang..
Kacau rata bubur/moi tersebut..makan macamni pon dah sedap walaupun takda sup.
Resipi Sup Daging / Ayam
IKLAN
Sedikit daging/ayam dibersihkan
Tumbuk seinci halia ,2 biji bawang merah ,2 ulas bawang putih,7 biji cengkih masukkan dalam periuk bersama ayam/daging dan sedikit air.
Tambahkan 2 kuntum bunga lawang, setengah batang kayu manis,3 biji buah pelaga sedikit lada hitam jika suka dan setengah keping asam keping jika suka.Rebus semuanya sehingga empuk kemudian bolehlah perasakan dengan garam.
Bahan untuk cili
IKLAN
Ikan bilis
1 biji bawang besar
Sedikit cili padi
Cara membuat:
1.Goreng ikan bilis ketepikan, kemudian goreng pula bawang besar dan sedikit cili padi, digoreng bersama tak perlu asingkan.Goreng cuma sampai sedikit layu.
2.Angkat dan tumbuk ketiga-tiga bahan ni.
IKLAN
3.Kemudian masukkan sikit kicap dan limau nipis jika suka.
Resipi tradisional Nasi Kapit Sambal Kelapa asli dari Terengganu ni telah dikongsikan oleh Muliadi Ramli di Facebook memang lain dari yang lain. Cara penyediaannya sangat mudah dan ringkas. Boleh cuba sendiri di rumah resipi lengkap yang akan saya kongsikan di bawah.
NASI KAPIT SAMBAL KELAPA
BAHAN-BAHAN:
Bahan A
4 ekor ikan selayang
Asam keping
Garam
Gula
Gula melaka atau nisan
Bahan B
1 biji kelapa parut
Bahan C
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
1 inci halia
4 batang serai
2 sudu besar lada hitam
Bahan D
Nasi himpit
Cara-caranya
Bersihkan ikan selayang dan rebus dengan asam keping dengan sedikit garam.
Ambil isinya dan ditumbuk dengan gula melaka atau nisang, garam dan gula.
Kemudian, sangai kelapa parut hingga agak garing dan sedikit perang.
Masukkan bahan C (kisar dulu sehingga halus), masak sehingga hampir kering.
Tambah bahan A tadi, gaul rata dan biarkan sampai hampir kering.
Akhir sekali, masukkan bahan B. Gaul lagi. Kalau suka sambal kelapa yang agak lembap tadi payah masak sampai kering.
Siap dan boleh dihidang dengan nasi impit yang telah dimasak mengikut arahan pada paket.
Apabila tetamu datang ke rumah, salah satu menu yang boleh dihidang adalah nasi goreng kerabu. Tak susah pun nak masak nasi goreng kerabu. Senang cakap tu, campak-campak je dalam kuali. Bagi peminat kerabu, boleh try buat nasi goreng kerabu ni. Sedap sangat. Siap ada ikan masin goreng dalam nasi ni. Memang best.
NASI GORENG KERABU
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras (dimasak macam biasa)
Sedikit minyak masak
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 sudu teh belacan
6 biji cili api (dikisar halus)
3 tangkai kacang panjang (dipotong halus)
2 batang serai (dihiris halus)
Sedikit daun selom (dihiris halus)
Sedikit daun pudina (dihiris halus)
Sedikit bunga kantan (dihiris halus)
1 ulas bawang merah (dimayang)
3 sudu makan ikan bilis goreng
1 ekor ikan masin goreng (ditumbuk halus)
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masukkan bawang putih, belacan dan cili api. Masak sampai kekuningan.
2. Masukan hirisan kacang panjang, serai, daun selom, daun pudina dan bunga kantan. Kacau seketika.
3. Masukkan nasi. Kacau rata.
4. Akhir sekali masukan bawang merah, ikan bilis dan ikan masin. Gaul rata.
5. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam. Kacau lagi. Sedia untuk dinikmati.
Rasanya ramai yang membuat kerja dari rumah, tentu leceh nak masak menu berbagai. Musim PKP ni masak yang mudah dibuat dan cepat dimasak, ni dia nasi goreng telur masin dengan udang.
Ekspres aje buatnya, boleh kenyang dari sarapan sampai ke petang…hehehe. Jom sambung buat kerja ofis pulak
NASI GORENG TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
Nasi putih
Bawang rose
Kuning telur masin
Udang
Cendawan enoki
Sawi
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah yang sudah dihiris. Masukkan udang dan biar sampai bertukar warna. Selepas itu masukkan kuning telur masin yang sudah dikukus.
2. Masukkan nasi putih secukupnya dna gaul hingga sebati. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
3. Akhir sekali masukkan sayur pilihan anda seperti sawi dan cendawan enoki.
INFO:
Kalau tidak dapat yang hanya kuning telur masin sahaja. Boleh guna telur masin yang biasa tapi kurangkan yang bahagian putih sebab masin.
Kukus atau rebus dulu telur masin supaya mudah dilenyek nanti.