Resipi Minuman Untuk Sakit Kaki, Amalkan Secara Konsisten

Resipi minuman untuk sakit kaki. Kalau menggunakan bahan semula jadi, taklah rasa sangsi dan curiga.

Apatah lagi herba dan bahan semula jadi kaya dengan pelbagai khasiat tersendiri untuk kesihatan kita.

Kena Konsisten

Minuman ini dikatakan dapat membantu menghilangkan sakit kaki. Bahkan ia dapat membantu menurunskan berat dan. Jadim yang mengalaminya bolehlah cuba minuman ini ye. Tapi ingat, kena lakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesannya.

Tambahan pula bila menggunakan bahan semula jadi. Biasanya akan ambil masa sebelum mendapat kesannya. Ikutikan resipi daripada puan Leha Yusuf  ini.

Yang penting, jangan pandai-pandai ubah resepi. Wajib guna Kayu Manis Ceylon, kayu manis asli.

Kayu manis biasa tu tak sesuai untuk minum hari-hari. Nanti boleh tingkatkan risiko rosak hati.

Madu pula, pastikan menggunakan madu asli, yang tiada campuran gula. Kang badan tak kurus, sakit kaki tak hilang, diabetes menjelma, penyakit lain yang datang. Jom kita tengok resipi.

Resipi Minuman Untuk Sakit Kaki

Bahan-bahan:

1 liter air

2 batang serai – boleh beli online di sini

IKLAN

7 biji cengkih – boleh beli online di sini

1 batang kayu manis ceylon – boleh beli online di sini

3 hiris halia diketuk – boleh beli online di sini

1 biji lemon

Madu

IKLAN

Cara Memasak:

Resipi Minuman Untuk Sakit Kaki, Amalkan Secara Konsisten

Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20 minit. Tutup api, ambil setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa. Perah satu hirisan lemon dan tambah sesudu madu.

Minum ketika masih suam sebelum makan. Baki air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, ambil setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. Perah lemon dan tambah madu. Kena minum suam suam ok!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Cara Buat Air Detox Sedap Ala Bazar, Buat Sendiri Lebih Jimat!

Air Soda Herba Sedap, Menyegarkan Tekak

Boba Kampung Ni Boleh Dimakan Panas & Ditambah Ais Pun Sedap

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI