Masak Lemak Cili Api Tenggiri bersama Rebung. Wow.. Bagi peminat sajian Negeri Sembilan ni pasti dah kecur liur. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Tapi paling penting, kena guna kelapa asli. Barulah lagi enak. Jom cuba resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni. Pasti berselera.
CARA MASAK LAUK MASAK LEMAK CILI API TENGGIRI BERSAMA REBUNG
BAHAN-BAHAN:
Ikan tenggiri
Cili api hijau dan merah – ditumbuk
2 inci kunyit hidup – ditumbuk
Rebung
1 1/2 biji kelapa parut (diperah ambil pati sahaja. Pastikan guna kelapa tua)
1-2 keping asam gelugur
CARA MEMASAK:
1. Ambil rebung, cuci bersih, diramas sedikit untuk buang bau air rendaman rebung. Kemudian toskan.
2. Sediakan kuali. Masukkan ikan, cili dan kunyit yang telah ditumbuk, rebungdan juga santan. Sebatikan.
3. Kemudian buka api dan didihkan. Masak seperti biasa. Pastikan kuah sentiasa dikacau. 4. Bila kuah hampir pekat, masukkan asam keping dan perasakan dengan garam secukupnya
5. Masak Lemak Cili Api Tenggiri bersama Rebung siap untuk dinikmati.
Ads
INFO: Empunya resipi suka guna Tenggiri Bunga kerana isinya lebih lembut.
Tidak perlu masa yang lama untuk masak ikan jenahak yang hanya digoreng garing keperangan dan dituang sos masam manis. Sangat sesuai untuk mereka yang kekangan masa tapi ingin hidangan yang penuh rasa.
JENAHAK MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
3 keping ikan jenahak
1 sudu makan tepung jagung
2 keping nanas | dipotong dadu
1/2 batang timun | dipotong dadu
1 biji cili merah | dihiris
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya
BAHAN TUMIS:
2 ulas bawang merah | dihiris
1/2 biji bawang besar | dihiris
1 ulas bawang putih | dihiris
1 inci halia | dihiris
BAHAN SOS:
4 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan air
1 sudu makan sos ikan
1 sudu teh gula
CARA MEMASAK:
Lumurkan ikan bersama sedikit garam dan tepung jagung. Goreng hingga garing. Ketepikan seketika.
Tumis bahan tumis sehingga wangi. Kemudian masukkan bahan-bahan sos. Gaul rata.
Masukkan ikan diikuti potongan nanas dan timun. Gaul seketika sehingga semua bahan sekata.
Tabur hirisan cili dan sedia dinikmati.
Info chef: Jika mahu menikmati isi ikan yang rangup, anda juga boleh mengasinkan sos serta ikan di dalam pinggan yang berasingan.
Inilah hidangan ringkas tetapi kesedapannya boleh membuatkan kita makan bertambah-tambah. Bagi yang suka pedas boleh letak cili lebih dan kalau mahu simpan lama, ubi kentang boleh digoreng goreng. Memang layan habis! Tak ada lauk lain pun tak apa.
BERLADO KENTANG BILIS
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis | digoreng garing
3 biji ubi kentang | dipotong baji dan digoreng
100gm cili merah | dikisar
50gm cili padi merah | dikisar
1 biji bawang besar | dikisar
1 helai limau purut | dikisar
1/2 sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
Masukkan garam. Kacau rata.
Kemudian masukkan ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
Selalu Ikan Patin je orang akan ingat nak masak Tempoyak je, kalini kita cuba Kari Ikan Patin pula lagi sedap rasanya. Cara penyediaannya juga mudah dan gerenti sedap! Resipi penuh telah dikongsikan oleh Sayidah Napisah. Jom cuba!
KARI IKAN PATIN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan patin (potong 4 bahagian)
1 tangkai daun kari (lurutkan dari tangkainya)
1 sudu makan halba campur
2 sudu makan rempah kari ikan (bancuh dengan sedikit air)
1 sudu makan serbuk cili
150 gm yogurt
1 sudu makan pes asam jawa
250 ml susu rendah lemak
1 biji terung bulat (belah empat)
1 biji tomato (belah empat)
2 biji cili hijau (belah dua)
Garam daan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Bahan-Bahan Menumis:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sm halia muda
Cara Penyediaannya:
Bersihkan ikan patin dan toskan.
Panaskan minyak, tumis daun kari bersama halba campur hingga wangi.
Masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan.
Seterusnya masukkan bancuhan serbuk rempah kari ikan dan serbuk cili.
Kacau rata hingga pecah minyak. Masukkan pula yogurt bersama pes asam jawa. Kacau lagi.
Biarkan seketika, kemudian masukkan susu rendah lemak. Biarkan kari mereneh sektika.
Masukkan ikan bersama terung. Selang beberapa minit, masukkan pula tomato dan hirisan cili.
Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya. Sedia untuk dihidangkan.