Sedapnya Masak Lemak Cili Api Siput Belitong campur Daun Kaduk ni. Siput Belitong ini juga dikenali dengan nama siput sedut. Namun tidak ramai yang tahu cara untuk memproses siput ini dari awal. Menerusi perkongsian saudari Yatie Yuyue, beliau kongsikan cara-cara menyiang Siput Belitong hinggalah ke proses memasaknya. Selamat mencuba!
CARA SIANG SIPUT SEDUT & MASAK LEMAK CILI API
BAHAN CUCI SIPUT: Siput sedut / siput belitong Kelapa parut Garam kasar – beli online disini Daun limau purut
BAHAN-BAHAN MASAK: Daun kaduk – lagi banyak lagi sedap 1 biji bawang holland – beli online disini 8 biji bawang merah kecil – beli online disini Segenggam cili api 3 batang serai – diketuk Asam keping – beli online disini 1 ketul kunyit hidup 1 kotak santan – beli online disini Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan lumpur pada siput. Kemudian letak dalam bekas berisi kelapa parut.
2. Biarkan siput memakan kelapa parut yang tidak dicampur denga napa-apa bahan lain selama semalaman. Ia akan menjadikan siput lebih berisi, berlemak dan berjus.
3. Selepas semalaman, bila siput sudah makan kelapa parut, ia kana mengeluarkan kotoran selut, pasir, dan sebagainya. Barulah lebih bersih dan rasa enak bila dimasak.
4. Bersihkan siput dari kelapa parut tadi. Letak dalam bekas, isi air, garam kasar dan daun limau purut untuk mengeluarkan lendir.
5. Biarkan selama 10 minit kemudian ramas-ramas siput bersama daun limau purut. Tapis.
6. Untuk menyiang siput, lakukan sebegini. (kredit pada empunya gambar kerana empunya resipi lupa untuk ambil gambar sendiri)
Ads
7. Siput sedut yang siap dipotong hujung ekornya.
8. Untuk memasak, kisar bahan-bahan rencah. Masukkan ke dalam periuk bersama serai dan masak hingga mendidih.
9. Masukkan asam keping kemudian masukkan santan kotak. 10. Seterusnya masukkan siput yang telah dibersihkan, garam dan juga gula dengan secukup rasa.
11. Bila mendidih dalam 5 minit, masukkan daun kaduk. Masak lagi seketika.
12. Bila daun kaduk mula layu, padamkan api dan siap untuk dihidang.
Walaupun sibuk dengan jadual lakonan serta aktiviti seni yang padat, siapa sangka Zarina Zainuddin ni rupanya sangat handal memasak dan ada menjalankan perniagaan berasaskan makanan. Kalau anda follow IG beliau, anda boleh tengok hasil-hasil masakan air tangan pelakon ini.
Menu yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan tentulah Pulut Kuning dan juga rendang. Wah…Melihat gambar sahaja dah cukup buat tekak rasa teringin nak cuba. Dipetik dari Mstar, Zarina menjalankan perniagaan ini pada mulanya hanya secara suka-suka sahaja.
Namun siapa sangka sajian Pulut Kuning dan rendang beliau mendapat sambutan yang sangat luar biasa! Pelanggannya pun bukan calang-calang. Ada dikalangan selebriti, VVIP dan juga pembesar negara. Patutlah ketika bulan puasa, tak menang tangan dibuatnya sampaikan Zarian terpaksa melantik agen. Wow…hebat sungguh!
Pulut kuning Zarina Zainuddin ini boleh dimakan dengan tiga jenis rendang. Ada Rendang Ayam, Rendang Daging dan juga Rendang Kerang. Malah beliau juga menyediakan Pulut Kuning Berhias. Cantik! Sesuai sangat kalau nak dijadikan sebagai hantaran atau hidangan di aneka majlis seperti ulang tahun perkahwinan atau hari jadi. Bagi yang nak cuba, bolehlah order. Pasti puas hati.
Sepanjang musim raya ni mesti korang kerap makan daging dan ayam kan. Jomlah kita hidang menu ikan pulak di musim raya ni. Tapi kalau tidak kena dengan gaya kita akan muak dengan resipi yang sama. Ubah gaya masakan dari goreng, berkuah dan bakar untuk menaikkan selera makan.
1. IKAN KERISI MASAK TAUCHU
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kerisi – saiz L
2 sudu besar tauchu
1 biji bawang besar – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
4 biji cili merah – hiris
3-4 tangkai cili padi
3sm halia – hiris
1 sudu kecil pes asam jawa
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumur ikan bersama garam dan kunyit, kemudian goreng dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi.
Masukkan cili merah dan cili padi.
Kemudian masukkan tauchu, kacau sebentar, masukkan air dan air asam jawa.
Masak hingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan ikan goreng, balik-balikan ikan dan angkat.
INFO CHEF: Selain ikan kerisi, boleh juga gunakan ikan kembung.
2. IKAN SIAKAP SOS LEMON
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap:
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Garam
Mixed herbs
Daun Rosemary
Cara Perap:
Perapkan ikan siakap dengan bahan perapan.
Panaskan sedikit minyak Zaitun dalam kuali non stick.
Gunakan api kecil, panggang ikan siakap yang telah perap hingga masak.
Letak atas pinggan dan ketepikan.
SOS LEMON
BAHAN-BAHAN:
½ biji bawang Holland- potong dadu
1sudu besar tepung gandum
3 sudu besar mentega
1 biji lemon – hiris menjadi 4 kepingan
200ml susu segar
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk mixed herbs
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali non stick dengan api sederhana.
Masukkan mentega, tumis bawang Holland hingga wangi.
Masukkan tepung kacau sebati.
Masukkan susu, kacau lagi gunakan whisker supaya senang nak sebatikan semua bahan.
Akhir sekali masukkan lemon, serbuk mixed herbsdan garam secukup rasa.
Masak sampai sos jadi pekat, kemudian tuang atas ikan siakap.
INFO CHEF: Boleh juga gunakan ikan salmon.
3. KEPALA IKAN MERAH ASAM PEDAS SRI MERSING
BAHAN-BAHAN:
500gm kepala ikan merah
1/2ml air asam jawa
3 biji bendi
2 biji buah tomato | dibelah empat
2 tangkai cili merah/hijau |dibelah dua
5 helai daun limau purut
3 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 batang serai hiris
½ inci belacan
1 inci lengkuas hiris
1inci kunyit hidup hiris
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam periuk, tumis semua bahan kisar hingga wangi.
Masukkan pes cili kering, kacau perlahan hingga garing dan timbul minyak.
Perlahan-lahan masukkan air asam jawa, bila mereneh masukkan kepala ikan dan daun limau purut.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali masukkan tomato, bendi dan cili merah atau hijau.
Biarkan seketika, tutup api dan hidangan.
INFO CHEF: Asam pedas ini tidak menggunakan daun kesum seperti kebanyakan asam pedas.
4. IKAN CENCARU SUMBAT BAKAR
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan cencaru bersaiz besar |dibersihkan dan dibelah belakang
1/2 biji kelapa parut
1 biji tomato | dipotong dadu
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
1 batang serai
1cm halia
1cm kunyit hidup
5 biji cili api
2 biji cili merah
4 ulas bawang merah
3-4 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Campurkan bahan yang dikisar halus bersama kelapa parut, tomato, garam dan gula. Gaul hingga rata.
Sumbatkan campuran kelapa tadi ke dalam perut ikan cencaru sehingga penuh.
Bakar ikan di atas pemanggang menggunakan api kecil sehingga masak.
INFO CHEF: Jika sukakan rasa ikan bakar yang pedas, tambahkan jumlah cili api mengikut cita rasa anda. Jika suka, boleh juga menambahkan sedikit cili kering.
5. IKAN TENGGIRI BAKAR PORTUGIS
BAHAN-BAHAN:
3 keping ikan tenggiri
3 helai daun limau purut
4 sudu makan cili kisar
1 kuntum bunga kantan | dihiris halus
3 batang bendi | dihiris serong
Sedikit minyak bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan jus asam jawa
Aluminium foil secukupnya
Sedikit daun pisang untuk mengalas ikan
BAHAN KISAR HALUS:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai| hiris halus
1 kuntum bunga kantan| dihiris
3 biji buah keras
1/2 cm hirisan lengkuas
CARA MEMASAK:
Ikan tenggiri dicuci bersih dan diperap dengan sedikit garam. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar. Tumis hingga garing dan terbit minyak.
Masukkan daun limau purut serta jus asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga pekat. Angkat dan sejukkan.
Potong sedikit daun pisang dan letakkan di atas aluminium foil. Letakkan sedikit sambal dan sapu rata di atas daun pisang.
Letakkan sedikit hirisan bunga kantan dan letakkan sekeping ikan di atasnya. Sapu sebelah atas ikan dengan sambal dan ditabur dengan lebihan bunga kantan dan bendi.
Bungkus ikan tadi dengan kemas dan ulang kaedah sama dengan baki ikan sehingga habis.
Bakar di dalam pemanggang ajaib dengan setiap bahagian dimasak selama lebih kurang 10 minit.
Hidangkan dengan perahan jus limau kasturi.
INFO CHEF: Untuk menyediakan minyak bawang putih, goreng 5 ulas bawang putih dicincang halus menggunakan ½ cawan minyak masak. Tapis minyak tersebut dan boleh digunakan dalam masakan.
6. IKAN PERCIK GAYA KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung bersaiz besar
Sedikit serbuk kunyit dan garam
1 cawan santan
1 keping asam gelugur
1 sudu makan tepung jagung |dibancuh dengan air
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
1 biji bawang besar bersaiz sederhana
1 ulas bawang putih
1cm halia
1cm lengkuas
15 biji cili padi
1 batang serai |dihiris halus
Secubit belacan
CARA MEMASAK:
Ikan disiang, dicuci bersih dan di kelar-kelar sedikit. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perap seketika.
Panaskan kuali. Masukkan bahan kisar halus, asam gelugur dan santan. Kacau rata dan masak hingga berwap. Tambah garam dan gula secukup rasa.
Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata dan masak hingga kuah menjadi pekat. Ketepikan.
Panggang ikan tadi sehingga setengah masak. Kemudian lumur dengan kuah percik dan bakar lagi sehingga ikan masak. Ulang kaedah yang sama pada semua ikan sehingga habis.
Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ikan percik, boleh juga menggunakan ikan selar
Lauk ayam masak merah memang sedap. Boleh dimakan bersama nasi putih dan juga nasi minyak. Resipinya berbeza-beza mengikut individu. Lain orang lain cara masakannya. Tetapi, resipi yang dikongsi oleh saudari Tengku Noruakmal ini memang mudah dan nampak sedap. Jom kita lihat bahan-bahannya.
AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong kecil-kecil dan goreng
5 sudu besar cili giling
4 ulas bawang putih | dikisar
2 biji bawang merah besar | dikisar
1/2 inci halia | dikisar
2 sudu sos cili
Kicap
2 cawan air
1 biji kiub pati ayam
Air asam jawa
Garam
Belacan
Gula melaka
CARA PENYEDIAAN:
1. Goreng ayam terlebih dahulu. Kemudian, guna minyak yang sama untuk menumis. Masukkan bawang yang dikisar (2 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih). Boleh juga kisar sekali dengan halia jika suka.
2. Masukkan gula melaka. Ia bertujuan untuk menghilangkan rasa bawang. Tumis hingga kekuningan.
3. Kemudian, masukkan cili giling.
4. Masukkan belacan dan asam jawa.
5. Titiskan kicap 5 kali dan 2 sudu sos cili.
6. Masukkan ayam yang telah digoreng.
7. Masukkan 2 cawan air.
8. Seterusnya masukkan kiub pati ayam. Rasa dulu, jika tawar baru tambah garam.
9. Biarkan ayam menggelegak dan kuah sedikit kering.
Cuba resipi Donat Gula Klasik yang lembut, gebu dan sedap hasil perkongsian Mizzmoon Moon. Cara mudah buat donat homemade yang tidak serap minyak dan sesuai untuk jualan!