Pretzel Bite yang sangat mudah disediakan. Bagi anda yang terasa nak mengunyah tapi tak mahu hidangan yang terlalu berat, resipi perkongsian Fanthaghiro Roses ini boleh dicuba. Hanya menggunakan 2 bahan sahaja. Sekejap sahaja dah boleh dinikmati. Jom lihat cara-caranya.
RESIPI PRETZEL BITE HANYA GUNA 2 BAHAN ASAS MUDAH
BAHAN-BAHAN DOH PRETZEL: 1 ¼ cawan tepung naik sendiri – beli online disini 1/2 cawan yogurt asli (170gm)
CARA MEMASAK: 1.Satukan tepung naik sendiri dan juga yogurt asli. Gaul sebati dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekat.
2. Uli doh memanjang dan potong menjadi 6 bahagian. 3. Setiap bahagian yang dipotong tadi, dipotong sekali lagi menjadi 4 kepingan kecil.
4. Didihkan air dalam periuk dan masukkan soda bikarbonat. 5. Celup keratan doh tadi dalam bancuhan soda bikarbonat lebih kurang 10-20 saat sahaja.
6. Tapis atau keringkan air pada doh. Susun atas tray dan sedia dibakar dalam ketuhar pada suhu 170-180C selama lebih kurang 10 minit atau hingga kuning keemasan.
7. Campuran serbuk kulit kayu manis dan gula.
8. Selepas Pretzel siap dibakar, celupkan dalam mentega cair dan celupkan ke dalam campuran cinnamon sugar atau boleh ditabur garam diatasnya untuk perisa Salty Butter.
9. Cara lain, lepas dibakar Pretzel boleh disapu dengan kuning telur kemudian taburkan garam kasar. Bakar seketika sekali lagi.
INFO: Bakar Pretzel guna api atas bawah supaya kedua-dua bahagian menjadi golden brown yang cantik. Selain perisa sedia ada, boleh juga guna sosej, keju atau apa-apa sahaja inti mengikut cita rasa.
Sedapnya bila menikmati semangkuk Mee Suppanas-panas. Bila waktu begini, menu simple sahaja sudah cukup untuk mengenyangkan perut. Andai ibu-ibu baru pulang dari pejabat, lagilah kalua boleh nak elak masak menu yang susah. Sebab sudah penat seharian.
Menu Mee Sup begini digemari ramai tak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Jika tak gemar mee, boleh digantikan dengan bihun, kuetiau, pasta malah kalau nak makan dengan nasi pun boleh.
Andai tak habis dan ada lebihan, boleh simpan dan panaskan kembali untuk sarapan. Jimat masa dan wang kan?
Jom cuba resipi perkongsian saudari Zur Ain Salim. Pasti anda sekeluarga juga sukakan rasanya.
Sedapnya menu Asam Pedas Tenggiri ni. Bagi yang teringin nak makan Asam Pedas yang sedap, tak perlu lagi pergi jauh ke Melaka. Anda boleh masak sendiri di rumah ikut resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni.
Asam Pedas Melaka ni ada macam-macam versi. Ada yang guna daun kari, daun kunyit, daun kesum dan bunga kantan. Semua resipi tersebut mengikut daerah masing-masing. Jadi jom cuba. Pasti anda suka dengan rasanya.
Ikan Masin sesuai dimasak dengan pelbagai gaya hidangan. Selain goreng, ia boleh dimasak sambal, acar, gulai, kari dan sebagainya. Namun agak sukar untuk mendapatkan produk ikan masin yang dihasilkan oleh orang Muslim. Jadi untuk mengelakkan rasa was-was, puan-puan boleh cuba buat sendiri ikan masinhomemade menggunakan resipi perkongsian saudari Mim Nazihah. Mudah sangat rupanya. Jadi jom cuba.
CARA BUAT IKAN MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Ikan segar
Garam kasar
CARA MEMBUAT:
1. Siang ikan dan belah dari belakang seperti dalam gambar.
2. Buang perut dan juga insang ikan. Bersihkan dengan air bersih.
3. Atur ikan dalam bekas dan taburkan garam kasar. Lapiskan lagi dengan ikan dan tabur lagi garam. Jadikan susunan ikan berlapis-lapis. Tutup dalam bekas kedap udara dan peram semalaman. Letak bekas di ruang biasa sahaja dan tidak perlu simpan dalam peti sejuk.
4. Setelah semalaman, ambil ikan yang diperap tadi dan basuh bersih.
5. Susun ikan tadi diatas dulang atau para. Jemur ikan di bawah matahari terik hingga ke petang. Jika ikan masih lembab, ulang proses pengeringan pada keesokan harinya. Ikan yang betul-betul kering boleh disimpan lama dan tidak hapak.
6. Ikan masin homemade yang sedia untuk digoreng atau dimasak ikut selera masing-masing.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...